NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 17 September 2014

AMERIKA SYARIKAT MULA MENGUGUT


Amerika Syarikat mula mengugut menyatakan bahawa pejuang-pejuang singa digeruni sukar dihadapi dan belum dikenal pasti kehebatan mereka

Amerika Syarikat mula mengugut masyarakat antarabangsa dalam isu menghadapi pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah yang semakin mendapat tempat bukan sahaja di wilayah yang diisytihar sebagai Daulah Islamiyah tetapi juga seluruh pelusuk alam. Termasulah rakyat Amerika Syarikat menjadi warga Daulah Islamiyah.  Semakin ramai individu-individu mewakafkan diri dan harta-harta mereka meniatkan bergabung dengan pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah yang akhirnya mereka yang menggabungkan diri itu juga disebut sebagai pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah.

Buktinya pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah bukan sahaja dianggotai oleh pejuang-pejuang wilayah Daulah Islamiyah tetapi juga termasuk di sana dianggotai oleh rakyat negara timur tengah, Amerika, Eropah, Asia, Afrika dan Australia,  turut menggabungkan diri bersama-sama.


Semasa Amerika menceroboh, menyerang Iraq pada 20 Mac 2003, ia berganding bahu dengan 32 buah negara tetapi kini sehingga hari ini, diberitakan komitmen negara-negara yang akan bersama dengannya 26 buah negara, menyusut sebanyak 6 buah negara sebagai petanda bahawa Amerika Syarikat akan terkepung, barangkali negara-negara itu adalah Ukraine, Israel, Palestin, Sierra Lone, Liberia dan Guinea. 

Menurut akhbar-akhbar antarabangsa lebih daripada 60 negara rakyat mereka menyertai dan bergabung dengan pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah. Ini bermakna  37.50% dari negara-negara anggota Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu sebanyak 163 buah negara itu dianggotai oleh pejuang-pejuang. Walaupun jumlah yang menyertai pejuang-pejuang itu adalah kecil tetapi ia menggambarkan bahawa perjuangan mereka diterima, diakui oleh masyarakat antarabangsa. Sebabnya mereka tidak meminta-minta; minta sedekah, minta sumbangan dan minta bayaran. Tidak rasuah, bahkan memusnahkan benda-benda haram; seperti rokok, arak, barang makanan yang telah luput tarikh, bersekongkol dengan dajal, mengugut, meminta simpati dan tekad mereka bulat kepada mardatillah.

Setelah dideklarasikan oleh Amerika Syarikat, negara yang mula-mula  sekali menyatakan keabdiannnya kepada Amerika Syarikat adalah Jepun dan Korea Selatan, sebelum itu Arab Saudi menyumbang kepada PBB USD100 juta memerangi pengganas. Mereka bulat menyokong kerana tidak memiliki kekuatan tetapi dicengkam oleh Amerika Syarikat hampir 70 tahun.  Suatu tempoh yang telah membatu, membuta akal dan perasaan mereka. Perancangan pemerintah  mereka sahaja yang memahaminya.

Manakala negara-negara merdeka memiliki masalah dalaman terus dihimpit olah bayang-bayang kegelisahan kerana masing-masing memikirkan tentang survival diri dan puak-puaknya tetapi sukar melepaskan diri dari percaturan dan cengkaman dajal yang matanya berkebil-kebil sambil berkedip-kedip. Pandangan dan cara mereka bertindak dalam pengawasan Amerika Syarikat. Mereka pula berusaha keluar dari kepompong yang mengikatnya sama seperti negaranya sebelum di bom dengan bom atom oleh Amerika Syarikat yang membunuh ratusan nyawa yang tidak berdosa.


Barack Obama mengulangi ugutan seperti yang pernah dilakukan oleh presiden-presiden Amerika Syarikat terdahulu semasa menyerang Afghanistan dan Iraq

Amerika Syarikat mengulangi ugutan sama seperti yang pernah diungkapkan oleh presiden-presiden Amerika Syarikat sebelumnya semasa menceroboh dan menyerang Afghanisatan dan Iraq. Amerika Syarikat terpaksa lari dari Ukraine kerana bahaya baginya berhadapan secara terbuka dengan Rusia walaupun ia disokong oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Biar mereka bertempur dengan Rusia.

Hari ini, ugutan-ugutan Amerika Syarikat itu sudah tidak diendahkan oleh masyarakat antarabangsa termasuk rakyatnya sendiri, enggan mematuhi arahan tetapi mengadakan demontrasi berterusan menuntut keadilan kerana pihak polis menembak mati seorang remaja yang tidak bersenjata. Alasannya kerana mencuri barangan runcit. Para demontrasi pula terlibat secara langsung berhadapan dengan polis (tentera) di medan demontrasi dengan diacukan dengan senjata.

Bagaimana Amerika Syarikat hendak mengugut masyarakat antarabangsa dan menurut kata-katanya sedangkan rakyatnya sendiri tidak mendengar nasihat pihak-pihak berkuasa bagi mencegah merebaknya demontrasi di pelbagai tempat. Jika beliau sendiri dikepung oleh masalah dalaman negara, rakyat sendiri menentang dasar-dasar yang  diadakannya merugikan orang lain dan menguntungkan penguasa-penguasa mewah. Dasar luarnya pula tidak konsisten, kerap berubah-ubah, sahabat pun didajalnya juga. Apakah negara-negara merdeka yang didajal itu mendengar nasihatnya lagi? Jawapannya dengar.

Jika pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah menembak mati dan menyembelih mangsanya kerana menceroboh, mengkhianat, menzalimi, melakukan dosa-dosa yang ditetapkan oleh syarak dan bersekongkol menyerang Daulah Islamiyah, kecut semua syaitan dan iblis. Minta ampun semuanya.


Pejuang-pejuang menjadi legitimasi kepada keupayaan Amerika Syarikat menghadapi penderma-penderma yang dungu-dungu kerana matlamat kutipan duit-duit tersebut digunakan menggempur, menceroboh dan membunuh orang yang tidak berdosa termasuk dungu-dunga berperang di medan lapangan meninggalkan waris-waris kelaparan di rumah

Keistimewaan pejuang-pejuang itu mereka setaraf, sama ada pejuang-pejuang senior atau pejuang-pejuang junior. Melalui persamaan itu menjadikan musuh-musuhnya sukar mengalahkan mereka. Sama seperti pejuang-pejuang Hamas sukar dihancurkan oleh tentera Israel sebaliknya memusnahkan tentera Israel dan membunuh ramai tenteranya. Dengan kehadiran pejuang-pejuang antarabangsa pula, telah membawa bersamanya  pembaharuan-pembaharuan teknologi yang sukar dikenal pasti oleh musuh-musuh Amerika Syarikat. Amerika Syarikat akan buntu sampai bila-bila kerana kehebatan mereka sukar ditandingi. Kalau tidak percaya cuba isytiharkan bahawa kamu berada di mana, Insya Allah pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah akan datang menyampaikan hajat-hajat mereka yang berhajat.

Jika ada negara menyatakan sokongannya kepada penceroboh, penjahat, penzalim, pendajal, perasuah, penipu dan pembunuh maka akan adalah rakyat dari negara tersebut mengikrarkan sokongan, mendokong dan berbondong-bondong bersama-sama pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah. Semakin pejuang-pejuang diperlekeh semakin ramai yang bersama-sama dengannya. Suatu senario yang sukar untuk digambarkan oleh pakar-pakar strategik. Bagi insan-insan mulia, perkara tersebut telah digambarkan dan diberitahu oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w..  Mereka  yang datang berbondong-bondong itu adalah dari kalangan memahami pesanan-pesanan yang pernah diberitakan oleh Junjungan Besar melalui al-Quran dan Sunnahnya. Kefahaman mereka bukan hanya melekat diotak tetapi menyerap ke saluran darah, menambah oksigen kepada bekalan tersebut, terus meresap keseluruh anggota badan sehingga kehidupannya dihabiskan dengan merafakkan diri munajat pada malam harinya dan menjadi singa mencari mangsanya pada siang harinya.

‘Ya Allah, kuatkan keimanan kepada kami bersama golongan yang menegakkan agama Islam, sekalipun orang-orang kafir membenci mereka.’

Suka diperingatkan kepada mereka yang mengucap dua kalimah syahadah kerana menyokong keganasan, kezaliman, pencerobohan, penipuan dan pembunuhan supaya jangan menyatakan secara  lafaz ‘soreh atau kinayah’, menyindir-nyindir, memperlekeh, membanding-bandingkan persekongkolan dajal-munafik, meremeh-remehkan doa-doa pejuang-pejuang di medan jihad kepada mereka. Akhirnya doa-doa yang melafaz-lafazkan ucapan-ucapan kedajalan itu terhalang doa-doa mereka kepada Allah s.w.t. Itu adalah antara impaknya, amat berat apabila terpecik oleh doa pejuang-pejuang yang berada di medan lapangan itu, kerana doanya tidak berhijab, permohonan mereka dimakbulkan serta merta.

Strategik itu sukar difahami oleh pakar-pakar dan Amerika Syarikat. Akhirnya mereka menjadi Korban di sana.


Amerika Syarikat menghantar 3,000 tenterannya untuk berperang menentang virus Ebola dan diharap kehadiran tentera itu menyebabkan Ebola lari lintang-pukang meminta suaka di Amerika Syarikat kerana  mereka hanya perlu menyeberangi Lautan Atlantik  untuk menyelamatkan diri,  jika ke timur akan berhadapan dengn pejuang-pejuang Al-Qaeda dan Boko Haram

Baru sebentar tadi, Amerika Syarikat  akan menghantar tenteranya seramai 3,000 orang untuk menghadapi  serangan virus Ebola yang digeruni itu. Dengan kekuatan tentera  seramai itu nampaknya virus Ebola akan mencari perlindungan dan tidak mustahil virus-virus tersebut mengangkat bendera putih dan lari ke Amerika Syarikat memohon suaka di sana kerana dimusnahkan perumahnya sehingga bebas dari Ebola. Tentera-tentera  itu, bukan lagi menggempur pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah di Iraq tetapi menggempur virus-virus Ebola di Liberia  atau di negara-negara Afrika barat yang telah membunuh ribuan orang. Goyang kakilah kalau macam itu tentera di sana.

Ketika catatan ini dilakukan, Libya diambang penguasaan pejuang-pejuang dan Mali pula pernah dikuasai oleh Al-Qaeda beberapa bulan, kemudian berundur di kubu-kubu pertahanan setelah kehadiran tentera Perancis dan tentera pakatan Afrika tengah menggempur mereka dan Boko Haram yang terkenal suka menculik wanita-wanita cantik dengan panglimanya agak panas baran itu.

Maka, kehadiran tentera Amerika Syarikat di Liberia mempunyai tiga tujuan:-


1. Menggempur virus Ebola habis-habisan kerana jika menggunakan obat pencegahan, pelali dan pemusnah tidak berkesan kerana Ebola tidak takut mati tetapi dengan kehadiran tentera Amerika Syarikat secara saintifiknya penyakit itu akan dibunuh dan lari ketakutan kerana kehadiran tentera di Afrika barat akan dibebaskan. Kecut Virus Ebola. Barangkali Ebola itu adalah virus buatan manusia maka ia akan dihapuskan oleh manusia juga kerana Ebola itu wujud sebelum peperangan Gaza Palestin-Israel yang mengambil masa 52 hari.

2. Melalui   virus  Ebola  ciptaan  manusia  itu,  Amerika   Syarikat menjustifikasikan alasannya mengujudkan pengkalannya di Liberia dan memudahkan baginya menggunakan segala kemudahan ketenteraan dan tentera-tentera dungu itu boleh digunakan sebagai penampan nanti apabila berhadapan dengan pejuang-pejuang Al-Qaeda di Mali, pejuang-pejuang di Libya dan Boko Haram di Negeria.

3. Tentera  Amerika Syarikat dilarikan  daripada  kawasan  berisiko  besar  di  Iraq  kepada berisiko ringan di Afrika barat. 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”