NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 11 September 2014

BENDERA



Bendera adalah lambang negara. Kemegahan bagi rakyatnya. Memberi semangat dan kekuatan kepada semua wargannya dan menjulang kehebatannya. Apabila panji-panji itu berkibar, hebat rasanya, berdegup jantung dan semangatnya membara ketika meraikan  sesuatu kejayaann. Insan-insan mulia yang cintakan negaranya akan terasa izzahnya, bangga dirinya dan teguh pendiriannya bersama panji-panji yang berkibar-kibar itu.
Ada negara, terdapat beberapa persamaan bendera antara sesebuah negara dengan sesebuah negara lain. Sama ada kebetulan atau ada unsur-unsur peniruaan atau memang ada persamaan yang telah ditakdirkan seperti itu. Tetapi yang pastinya terdapat perbezaannya.

Bendera-bendera berjalur serupa

Jalur bendera Malaysia serupa dengan jalur bendera Amerika Syarikat. Bezanya bendera Amerika Syarikat mempunyai 50 bintang kecil, manakala bendera Malaysia mempunyai sebuah bintang dan bulan sabit. Persamaan jalur-jalur bendera Malaysia dan Amerika Syarikat itu dapat dilihat dari jarak jauh. Apabila bendera tersebut didekatkan baharulah dapat dibezakan ciri-ciri kedua-duanya.
Barangkali kerana adanya persamaan itu menjadikan Malaysia sejak akhir-akhir ini menjadi mangsa kedajalan golongan-golongan yang mendajal kerana tempiasan daripada kezaliman yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada umat-umat yang tidak berdosa, dizalimi, diceroboh dan dibunuh olehnya jika tidak menurut telunjuknya. 

Antara kesan yang balanya terkena kepada Malaysia ialah pesawat MH370 disorok oleh dajal. Dajal itu mungkin musuh Amerika Syarikat kerana penglibatan Amerika Syarikat mengendalikan isu-isu antarabangsa atau mungkin dilakukan oleh rakyat Amerika Syarikat kerana beranggapan bahawa Malaysia senang dibuli dan akan senyap kerana Malaysia dalam genggaman mereka, rakan seperniagaan.
Semua yang Amerika Syarikat uar-uarkan pasti dikuti dan diciplak oleh Malaysia bulat-bulat seperti memartabatkan bahasa dengan menawarkan kepada warga Amerika Syarikat mengajar di Malaysia. Berpakaian ala Amerika kerana Amerika Syarikat telah memberi amaran sama ada bersama kita atau menentang kita. Selepas daripada itu larangan dibuat supaya tidak memakai kupiah putih (kupiah lembik dan bersarban ala Taliban) kecuali songkok hitam. Bas sekolah dan bas pekerja pun diselaraskan warnanya supaya kebersamaannya dalam pewarnaan.

Bendera serupa jika dicondongkan dan dipusing-pusingkan

Malaysia juga mempunyai persamaan warna bendera dengan negara lain. Umpamanya bendera negeri Perlis mempunyai persamaan dengan bendera Ukraine yang terlibat dalam negaranya penembakan pesawat MH17 di kawasan Donetsk, di negeri dimaklumkan oleh Rusia semasa memberi taklimat kepada rombongan Malaysia semalam, rombongan yang diketuai oleh Menteri Pertahanan. Walaupun Amerika Syarikat menuduh bahawa Rusia dipersalahkan kerana membekalkan peluru berpandu bumi ke udara (anti pesawat) kepada pihak pemisah Donetsk. Rusia menafikannya sebaliknya menjelaskan bahawa melalui plot penerbangan yang dilalui oleh pesawat MH17 sebelum terhempas, terdapat pesawat pejuang berada berhampiran dengan pesawat tersebut.
Walau bagaimanapun AS-NATO tetap menuduh Rusia terlibat dan bagi membenarkan tuduhan-tuduhan mereka, lalu mengenakan sekata tambahan kepada Rusia.


Kesannya bendera-bendera yang serupa 

Rupa-rupanya bendera-bendera yang serupa itu seperti ada persamaan dalam isu MH17 dengan pesawat MH370, rakyat Amerika Syarikat seperti terlibat, sama ada menegakkan sesuatu isu yang belum melalui penyiasatan, terlibat secara langsung kerana isu tersebut melibatkan pengaruh atau mengambil pendirian seolah-olah apa yang diperkatakan oleh Amerika Syarikat adalah benar sebelum ianya dibuktikan melalui penyiasatan dan didakwa di mahkamah.
Maka benarlah bahawa bendera Amerika Syarikat itu fobia kepada masyarakat antarabangsa terutamanya dasar luarnya yang selalu mencampuri urusan negara-negara merdeka. Akhirnya Malaysia menjadi mangsa bukan sahaja oleh rakyat Amerika Syarikat tetapi oleh dasar luarnya. 

Pesawt MH17 ditembak dan pesawat MH370 disorok.






































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”