NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 16 September 2014

MH17: MAKLUMATNYA DIRAHSIAKAN


Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terus mengasak Rusia. Puncanya kerana Rusia memenangi perseteruan di Ukraine. Rusia bukan sahaja dapat memiliki Crimea, Donetsk dan Luhansk (mengisytiharkan bernaung dibawah Rusia) tetapi ia juga memenuhi integriti dalam menghujahkan peristiwa yang berlaku di Ukraine, terutamanya peristiwa pesawat MH17 ditembak. 

Amerika Syarikat berterusan mencari kesilapan Rusia dan kemudian menuduhnya terlibat dalam tembakan MH17. Dengan mengalihkan isu, dan terus melakukan sekatan-sekatan dan menambah sekatan-sekatan lain menghalang pengembangan potensi Rusia. Terkini Amerika Syarikat menuduh Rusia terlibat menghantar tentera di Ukraine. Ia dikenakan sekatan lagi.
Pertembungan antara Amerika Syarikat dan Rusia bukan lagi suatu rahsia. Walaupun tuduhan-tuduhan itu dinafikan dan dipandang ringan oleh Rusia tetapi ia memiliki strategik yang sukar difikirkan oleh Amerika Syarikat. Cara Amerika Syarikat berdiplomasi telah difahami.
Dalam isu-isu tertentu, jika Amerika Syarikat merasakan ia menangi sesuatu isu ia akan berada di barisan hadapan dan mengasak sepuas-puasnya tetapi jika ia menemui laluan sukar dan ia tahu risikonya, maka ia akan melakukan kerja-kerja di belakang tabir seolah-olahnya ia tidak terlibat.
Amerika Syarikat dan NATO akan berusaha melumpuhkan ekonomi dan potensi Rusia supaya akan berlaku keresahan dan huru-hara di Rusia. Sebagai isyarat bahawa pertumbuhan ekonominya berada dalam keadaan perlahan dan lembab, tetapi Amerika Syarikat silap dalam percaturannya. Kesan daripada sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan itu telah mengundang kepada masalah kepada negara-negara anggota EU yang berurus niaga secara langsung dengan Rusia. Mereka akan terjejas dan perkara tersebut mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi anggota EU. Maka sasaran untuk mengenakan sekatan demi sekatan kepada Rusia tidak berkesan. Sebaliknya mengena balik kepada anggota EU-NATO sendiri di mana Amerika Syarikat kurang terlibat dalam ekonomi domestik mereka sebaliknya berada di belakang tabir.
Dalam dunia kehidupan, EU-NATO sepatutnya tidak akur seratus peratus dengan cadangan negara-negara anggota yang yang memiliki ekonomi mampan tanpa melihat ekonomi anggota-anggota EU yang lain yang banyak bergantung dengan ekonomi domestik dan berada dalam zon ekonomi bersama Rusia. Jika silap perhitungan boleh meruntuhkan ekonomi anggota lain. Ekonomi Amerika Syarikat tidak menghadapi masalah kerana ekonominya berada di luar lingkaran koridor ekonomi yang bersempadan dengan Rusia.
Nampaknya peperangan itu bukan hanya berlaku dengan mengangkat senjata tetapi peperangan itu juga dengan memenangi ekonomi, penyertaan rakyat dan melepaskan diri dari belenggu-belenggu yang menyekat dan menghambat potensi untuk membangunkan keharmonian rakyat. Untuk jangka pendek, perkara tersebut kurang dirasai, tetapi untuk jangka panjang, Rusia telah mengorak langkah membina koridor ekonomi baru membentuk pakatan ekonomi yang akhirnya anggota EU yang mesra dengan Rusia akan ternganga kerana peluang yang dimiliki disekat oleh Amerika Syarikat. 

Kesudahannya anggota-anggota EU yang boleh berdikari dengan sendirinya akan berpaut kepada Amerika Syarikat sepenuhnya untuk menampung ruang-ruang lompong dan mencari peluang-peluang ekonomi yang telah terlepas itu. Mereka terpaksa bermula daripad kosong.
Amerika Syarikat-NATO akan melakukan kesilapan dalam pertembungan dengan Rusia dalam isu Ukraine kerana Rusia disokong oleh rakyatnya, manakala Amerika Syarikat-NATO masih teraba-raba mengatur langkah terutamanya ekonomi dunia mula malap kerana sekatan-sekatan yang dilakukan menghalang orang awam untuk hidup.Sebab itu Amerika bergegas menceroboh Iraq untuk kali ketiga kerana minyak.
Jika Amerika Syarikat-NATO beranggapan melalui sekatan-sekatan yang dilakukan kepada Rusia akan merugikan anggota-anggota EU yang telah sedia berurus niaga dengan Rusia termasuklah negara-negara kejiranannya. Mereka sepakat bahawa tidak ada masalah berurus niaga, bahkan lebih harmonis bersama Rusia.
Persoalanya ialah siapakah di kalangan anggota EU yang akan terkena tempias daripada sekatan-sekatan yang dilakukan kepada Rusia itu, atau ada agenda lain dan disengajakan dikenakan sekatan-sekatan tersebut supaya perjanjian-perjanjian yang telah dimeteri terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan? Akhirnya anggota-anggota yang terlibat seperti didera dan menanggung kerugian.
Amerika jangan memerangkap negara-negara anggota EU dengan isu-isu yang dibuat itu kerana mereka telah melakukan komitmen dengan Rusia sebelum peristiwa Ukraine mengalami krisis kepimpinan ketika era Vicktor Yanakovicyk. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
Kehidupan itu memerlukan kecerdikan untuk hidup selesa.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”