NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 29 September 2014

KUASA AS: PADA PERINGKAT KLIMAKS ATAU MENONGKAH?




Amerika Syarikat sombong. Kesombongannya itu dengan menunjuk-nunjukkan kekuatan tenteranya berligar-ligar diruang udara wilayah Daulah Islamiyah terutamanya pesawat-pesawat udara dan peluru berpandu yang dilancarkan dari kapal-kapal laut yang berkuasa nuklear. Amerika Syarikat berbangga dengan serangan-serangan yang dilakukannya tetapi ia tidak faham bahawa dengan pencerobohan yang dilakukannya itu menjadikan ia mengalami kesukaran pada masa akan datang. 

Ia bukan membina kekuatan, menjalin persahabatan tetapi meramaikan lagi musuh-musuhnya yang memang sedia ramai. Masa sedang berlalu.

Dengan kekuatan-kekuatan yang Amerika Syarikat miliki, sudah tidak diendahkan oleh masyarakat awam dan masyarakat yang memang berdendam dengan polisi-polisi yang dilakukan olehnya. Bukan sahaja berlaku di Timur Tengah, Asia Tengah, Eropah, Afrika dan Asia tetapi yang paling menyukarkan apabila berlaku di dalam negara Amerika Syarikat sendiri.

Rakyatnya tidak lagi mendengar arahan, perintah dan rayuan daripada pihak berkuasa tempatan. Mereka mendesak juga pemerintah Amerika Syarikat supaya mendengar keluhan-keluhan mereka, Menghukum pesalah yang berselindung dengan pakaian seragam (uniform) penguatkuasaan. Jika Amerika Syarikat dapat menangani permasalahan dalaman negaranya itu maka dengan mudah juga ia dapat mengatasi permasalah-permasalah yang berlaku di luar negara kerana Amerika Syarikat memiliki teknologi yang baik yang tidak dimiliki oleh negara-negara miskin. Amerika Syarikat hanya menjual teknologi-teknologi kelas dua kepada pembeli-pembelinya, manakala teknologi yang terbaik digunakan oleh Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat mesti belajar dari sejarahnya; membina kekuatan, melebarkan pengaruh dan seterusnya mengekang penguasaan ekonomi dunia yang boleh ditentukan olehnya; menaikkan nilai matawang, menurunkan nilainya dan menetapkan kembali nilai-nilai matawang tersebut pada peringkat global. Turun naik nilai-nilai mata wang itu mempengaruhi kewangan Amerika Syarikat dan ia juga turut mempengaruhi ekonomi sesebuah negara tertentu yang berkaitan dengan ekonomi global yang ditentukan oleh nilai dolar Amerika.

Perubahan-perubahan ekonomi dunia dan kerap dipengaruhi oleh harga pasaran minyak. Amerika Syarikat pula berusaha menguasai pasaran minyak dunia dengan mempengaruhi negara-negara pengeluar minyak dunia supaya penetapan harganya dipengaruhi oleh sentimen pasaran terbuka yang Amerika Syarikat beraksi di sana.

Beberapa tahun sebelum ini, harga pasaran minyak global kerap tidak menentu disebabkan peranan Amerika Syarikat mempengaruhi harga pasaran minyak dunia yang tidak konsisten.

Selepas pencerobohan Amerika Syarikat untuk kali ketiganya ke atas Iraq pada 7 Ogos 2014, menunjukkan bahawa Amerika Syarikat tidak lagi segagah dahulu dan cenkamannya mula longgar, tidak lagi boleh mempengaruhi negara-negara lain turut bersama-sama dengannya. Antara negara-negara yang tidak sehaluan dengannya adalah Rusia dan China. Bahkan negara-negara di Eropah pun ada yang tidak bersetuju dengan cara Amerika Syarikat mengurus pergolakan beberapa kawasan  tetapi sebagai solidariti terpaksa akur menurut rentak Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat mesti ingat seperti yang pernah diperingatkan bahawa suasana yang ada pada hari ini akan berubah pada esok harinya. Kerana hari ini, semalam dan esok adalah hari-hari yang berbeza. Amerika Syarikat mesti ingat semua itu.

Sebelum ini Amerika Syarikat pernah dicabar oleh rakyatnya sendiri dalam demontrasi tetapi berlaku beberapa hari sahaja, tetapi kini ia dicabar lagi dengan demontrasi juga telah memasuki dua bulan di kawasan Ferguson, Missouri. Masih teguh dengan pendirian mereka. Tembak menembak pun berlaku. Ferguson itu hanyalah sekelumit daripada masalah-masalah dalaman yang dialami olehnya tetapi ingat masalah-masalah kecil itu jika lambat ditangani ia mudah merebak, mencetuskan huru-hara dan mempengaruhi negeri-negeri lain. Jangan disebabkan ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’. Jangan disebabkan oleh masalah pencerobohan di wilayah Daulah Islamiyah di negara sendiri berlaku huru-hara. Ingat Amerika Syarikat ada 50 negeri, masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza-beza, cara dan tindakan walaupun matlamatnya sama.

Amerika Syarikat memiliki rakan-rakan yang diakui kesetiaan mereka memerintah negara masing-masing tetapi Amerika Syarikat juga mesti mengambil kira sentimen penduduk setempat dalam negara-negara tersebut. Jika mereka tergugat seperti di Ferguson, mereka juga akan bangkit melakukan demontrasi penentangan seperti yang berlaku di Libya dan Yaman.

Akhirnya Amerika Syarikat akan rugi kerana minyak dari negara-negara serantau telah terkepung oleh sentimen-sentimen yang dicipta oleh Amerika Syarikat sendiri. Amerika Syarikat boleh meneropong dari udara tetapi  tidak dapat menjejakkan kaki di bumi bergolak kerana sentimen-sentimen yang dicipta oleh Amerika Syarikat sendiri. Jangan salahkan rakyat awam tetapi salahkan diri sendiri.

Dahulu orang awam menghormati pihak berkuasa berpakaian seragam (uniform) tetapi zaman millenium beberapa negara orang awamnya kurang menghormati mereka lagi. Bukan sahaja tidak dihormati tetapi diperangi, diserang dan dibunuh. Jika diserang dari depan dianggap baik dan bermaruah tetapi kini ketika mereka leka dan membelakang, maka ketika itulah ia diserang. Kesian, mereka  mati tidak sempat menggunakan senjata yang digalasnya.

Amerika Syarikat wajar melakar kejayaan bersama paksi-paksi yang bersamanya tetapi wajar juga dinilai rakyat awam yang tertekan diperhatikan supaya ilusi-ilusi yang difikirkan tidak menjadi kenyataan.

Keruntuhan dan kemerosotan sesebuah negara itu berlaku secara perlahan-lahan dan ia dapat dirasai suasananya.

Persoalanya adakah kuasa Amerika Syarikat telah sampai pada klimaksnya atau sedang menongkah?











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”