NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 15 September 2014

PELIK TAPI BENAR


Dunia ini pelik-pelik tetapi ianya benar. Peliknya ialah apabila diugut nada kenyataannya akan berubah. Bersetuju kemudian tiba-tiba jadi tidak bersetuju. Mulanya tidak bersetuju beberapa jam selepas itu jadi bersetuju. Bertegas dengan pendirian yang difikirkan tergesa-gesa sedangkan isunya besar, akhirnya menarik balik penegasan tersebut dinasihatkan oleh bapa berkuasa. Itulah dunia yang diilhamkan oleh akal yang sihat dipautkan dengan perasaan yang diinginkan kerana ada manfaat yang hendak dikemut. Orang awam perpinga-pinga dengan sepak terajang pencinta-pencinta kehidupan yang terpampang di hadapan matanya kemewahan tetapi sukar dicapai kerana berhalangan dikunci oleh golongan kemerdekaan.
Islam mengingatkan bahawa golongan kuffar: Yahud dan Nasara tidak akan senang dengan kamu, maka ingatan itu dibisik-bisik, diperingatkan oleh ibu-ibu merdeka memanjang kepada bayi-bayinya supaya senentiasa berwaspada dengan hasutan iblis dan syaitan. Kerana dengan manis mulut itu meresap ke dalam akal seperti api dalam sekam membakar jiwa. Ia adalah peringatan-peringatan dan awasan-awasan perlu diambil berat supaya anak-anak yang merdeka itu sebenarnya senentiasa diringi oleh doa ibu bapanya, teguh pendirian dan tidak tergelincir ke sarang rasuah, menipu, membuncitkan perut diri, untuk waris, proksi dan berpakat dengan melakukan kedajalam memilik negara dan memaling-malingkan insan mulia.
Beberapa perkara yang wajar difahami supaya mengingatkan kita tentang dajal yang sedang mendajal-dajal, dajal yang sentiasa mendajal, dajal yang akan mendajal dan dajal yang mencari ruang dan peluang untuk mendajal kerana namanya dajal tetap mendajal. Ia akan bebas mendajal apabila sentuhan taubat nasuha melintasi akal, perasaannya dan bertapak di situ, antaranya dajal mendajal:-

  1. Bersekongkol dengan pembunuh umat Islam di pelbagai tempat, berterusan menguasai tanah, hasil mahsul bumi dan otak-otak umat ini yang akhirnya mereka menjadi umpan untuk sambaran api neraka.
  2. Memerangkap rakyat awam dengan menyorok pesawat MH370 kerana ada sesuatu agenda yang dirahsiakan untuk kepentingan diri, waris-waris dan proksi-proksi yang akhir hayatnya ditenggalamkan niatnya.
  3. Menyuarakan menyokong suara-suara sumbang untuk menentang pejuang-pejuang Islam yang mereka sendiri mendapat manfaat daripada kewujudan dan tindakan pemuda-pemuda itu kesannya doa pemuda-pemuda itu melumpuhkan dajal-dajal.
  4. Melakukan lakunan-lakunan untuk menjahanamkan orang lain dan mengharapkan manfaat daripadanya tetapi sebaliknya menjadi masalah kepadanya kerana hukuman qisas menantinya sebab itu terkebil-kebil matanya.
  5. Menyatakan persekongkolannya secara nyata tentang kebaikan golongan dajal dan menafikan doa-doa mujahid-mujahid yang tidak terhijab dengan Allah s.w.t. dan menjelaskan niat-niat busuknya yang akan dimakan oleh ulat-ulat.

Apabila persekongkolan itu berlaku dihadapan kita, tidak wajar mentaati golongan-golongan mendajal itu; benda disorok dikatakan tragedi, merompak kem tentera 5 minit dijampi mentera terpukau semuanya sedangkan dilatih bersiap siaga setiap saat, melakukan pengganasan dengan menembak rakan sendiri, memfaraidkan khazanah harta dimakan untuk menentangnya balik, dan teragak-agak melakukan kebaikan dan menyegerakan meresahkan kehidupan.
Dalam hidup ini jangan berkompromi dengan dajal. Dajal akan lari apabila hasratnya telah tercapai, tetapi mereka akan melekat dan mendakap menjadi parasit jika kita mudah dirasuah, banyak manfaat di sini, pengecut, mudah ditekan dan dibuli, ditawarkan strategik perniagaan untuk manfaat diri, dipujuk rayu, dilagu-lagukan, dijanji-janjikan dan dibuai-buai bagi menyentuh perasaan supaya lekat dimindanya.
Ambillah ingatan bahawa yang datang akan pergi. Yang hidup akan mati. Yang muda segak akan menua merapu, jika berkuasa sampai masanya akan terlucut. Akhirnya dajal-dajal yang bersekongkol melihat kelemahan golongan-golongan kerdil kenit untuk mereka menengeh dan cengkam, mengikat dan mengugut untuk mengukuhkan perumahnya, maka kekallah ia di sana seperti cenkamananya di Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Jerman.

Pelik Tapi Benar: Di sini lahirnya sebuah cinta.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”