NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 27 September 2014

PBB BINCANG ISU MH17



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu prihatin dengan isu MH17 kerana ditembak semasa terbang daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur melalui kawasan Ukraine, melintasi ruang udara Grabovo, Donetsk, ditembak diruang udara negra tersebut mengorbankan semua insan-insan mulia yang tidak berdosa seramai 298 orang termasuk krew-krew pesawat tersebut.  Ditembak di kawasan yang di awasi 24 jam oleh radar dan satelit Ukraine, NATO dan Amerika Syarikat, termasuk oleh radar dan satelit Rusia. 

Sebab itu Amerika Syarikat dan Rusia tahu siapa dan senjata jenis apa digunakan menembak pesawat.

Suatu perkara yang memang diketahui umum, diberitahu oleh Rusia sebelum pesawat terhempas terdapat pesawat pejuang berhampiran MH17, yang menggambarkan seolah-olah berlaku pemantauan kepada pesawat tersebut. 

Apakah kaitan pesawat pejuang itu dengan penembakan pesawat MH17? Mengapakah Ukraine berdiam diri? Kenapakah Amerika Syarikat berada diluar gelenggang menuduh Rusia terlibat dalam penembakan yang dikaitkan dengan pihak pemisah? Bagaimanakah NATO-EU berperanan untuk mengesahkan tindakan Amerika Syarikat itu dengan mengikut arahan Amerika Syarikat melakukan sekatan-sekatan kepada Rusia, atau suatu agenda lain menjadikan Belanda sebagai anggota NATO-EU menjadi mangsa kepada penembakan warganegaranya, termasuk Malaysia? Mungkinkah diganda-gandakan komplotnya bukan sahaja kepada pesawat MH17 ditembak tetapi juga pesawat MH370 disorok? Begitukah cara mempermain-mainkan golongan bawahan, rakyat awam?

Berikut adalah perbandingan antara pesawat penumpang MH17 yang membawa bersamanya penumpang seramai 298 orang, semuanya mati. Manakala pesawat MH370 membawa bersamanya penumpang seramai 239 orang, semuanya selamat tetapi hilang. Perbezaan antara kedua-dua pesawat itu, pesawat MH17 dan pesawat MH370 terdapat  lebihan peumpang seramai 59 orang kepada pesawat MH17. (Pengiraannya: 298 – 239 = 59 orang). Untuk menjelaskan perbandingan tersebut seperti berikut:-


PESAWAT MH17

  1.       Pesawat MAS milik kerajaan Malaysia.
  2.       Penumpangnya 298 orang.
  3.       Penerbangan Amsterdam-Kuala Lumpur.
  4.       Masa tragedi selepas 2 jam berlepas.
  5.       Puncanya ditembak di ruang udara bergolak.
  6.       Peristiwa penembakan itu diketahui oleh masyarakat antarabangsa.
  7.       Majoriti penumpangnya warganegara Belanda 154 orang.
  8.       Bangkai pesawat, serpihan-serpihan, cebisan-cebisan dan barangan mangsa dapat dikesan.
  9.       Rusia  menyatakan sebelum pesawat meletup terdapat pesawat pejuang terbang berhampiran.
  10.      Selepas 2 jam pesawat hilang dari pengawasan radar dapat dikesan.
  11.      PBB prihatin selepas kehilangan pesawat untuk membincangkan isu tersebut.
  12.      PBB prihatin kepada mangsa-mangsa terpampang kelihatan dihadapan mata kepala mereka.
  13.      PBB prihatin kerana ia hanya melibatkan anggota NATO-EU.
  14.      PBB prihatin kerana tidak mahu dilibatkan sebagai berkomplot melakukan dajal.
  15.      PBB prihatin apabila melibatkan kuasa tetap PBB Amerika Syarikat-NATO.


PESAWAT MH370

  1.       Pesawat MAS milik kerajaan Malaysia.
  2.       Penumpangnya 239 orang.
  3.       Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing.
  4.       Masa tragedi selepas 50 minit berlepas.
  5.       Puncanya hilang dari kawalan pengawasan radar.
  6.       Diketahui  melalui makluman MAS pada pukul 7.24 pagi selepas selesai sarapan pagi.
  7.       Majoriti penumpangnya warganegara China  152 orang.
  8.       Bangkai pesawat, serpihan-serpihan, cebisan-cebisa dan barangan kargo hilang tanpa kesan.
  9.       Rusia memaklumkan bahawa kapal terbang dibawa lari oleh tentera laut Amerika Syarikat.
  10.    Selepas 11 jam sidang media dikeluarkan oleh MAS, suatu jangka masa lama pemberitahuan berita.
  11.     PBB sehingga kini tidak prihatin untuk  membincangkan isu tersebut.
  12.     PBB tidak prihatin kerana tiada mangsa korban yang terpampang dihadapan mata kepala mereka.
  13.     PBB tidak prihatin kerana ia hanya melibatkan kuasa China.
  14.     PBB tidak prihatin kerana tidak mahu dilibatkan sebagai berkomplot dajal kepada mangsa-mangsa.
  15.     PBB tidak prihatin kerana hanya melibatkan kuasa tetap PBB China sahaja.


Manusia  dan haiwan. Haiwan walaupun tidak mempunyai akal tetapi tahu membandingkan antara mangsanya dan kelompoknya.

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”