NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 24 July 2009

Dosa-dosa yang di pandang ringan oleh manusia


Sinopsis: Buku bertajuk: Dosa-dosa yang di pandang ringan oleh manusia adalah hasil karya: Al-Ustaz Muhammad Soleh al-Munajjid yang diterjemahkan oleh: Abu Aminah Wajihah dan diterbitkan oleh: Pustaka Azhar, Johor Bahru, Johor (2006). 

“Apa yang dihalalkan oleh  Allah dalam kitabNya mak itulah yang halal, dan apa yang diharamkan maka itulah yang diharamkan, sedangkan apa yang didiamkan tentangnya maka ia adalah yang dimaafkan, maka terimalah apa yang dimaafkan oleh Allah, sesungguhnya Allah tidak pernah lupa, kemudian baginda membaca ayat:

"Dan tidaklah Tuhanmu lupa."



A064


"Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa." (Q.S. Maryam: 64) 

Dosa walau sekecil manapun wajib dihindari apatah lagi yang melibatkan dosa besar. Dosa-dosa tersebut telah menjadi amalan kita. Kita menyedarinya. Berterusan melakukannya. Kenapa perkara tersebut berlaku juga?

Dosa yang amat berat ialah apabila ajaran Islam dan perintah-perintahnya dipandang ringan dan dilakukan tanpa  ada perasaan berdosa. Kita seharusnya mengelak daripada terjerumus kepada perkara-perkara tersebut. Amalan kita. Kefahaman kita. Tindak-tanduk  kita. Semuanya cacat. Barangkali kita perlu mengubati kecacatan tersebut.


Dosa-dosa yang di pandang ringan oleh manusia:

Syirik.

Menyembah kubur.

Sihir, bomoh dan ramalan.

Kepercayaan adanya pengaruh bintang dan planet terhadap berbagai kejadian dan kehidupan manusia

Riyak dalam ibadah.

Thiyarah (bernasib sial ).

Bersumpah dengan nama selain Allah.

Berama mesra bersam orang munafik atau fasik.

Tidak thuma’ninah dalam salat.

Banyak melakukan gerakan sia-sia dalam salat.

Mendahului imam dengan sengaja dalam salat.

Masuk Masjid setelah makan sesuatu yang berbau busuk.

Perbuatan zina.

Liwat.

Isteri menolak ajakan suami.

Isteri meminta cerai tanpa dibenarkan syarak.

Zihar.

Menyetubuhi Isteri ketika haid.

Mengauli isteri pada dubur.

Tidak berlaku adil dengan isteri-isteri.

Berdua-duan dengan wanita bukan mahram.

Berjabat tangan dengan wanita bukan mahram.

Wanita keluar rumah dengan berwangi sehingga menggoda lelaki.

Wanita bermusafir tanpa mahram.

Memandang wanita dengan sengaja.

Dayus.

Mendakwa keturunan atau mengingkarinya.

Makan riba.

Menyembunyikan kerosakan barang jualan.

Mempermainkan harga.

Jual beli setelah azan kedua pada hari Jumaat.

Judi.

Mencuri.

Memberi atau menerima rasuah.

Merampas tanah milik orang lain.

Menerima hadiah setelah menolong.

Tidak memenuhi hak-hak pekerja.

Tidak berlaku adil di antara anak-anak.

Meminta-minta tanpa keperluan mendesak.

Berhutang dengan niat tidak mahu membayar.

Memakan harta haram.

Minum arak.

Menggunakan peralatan daripada emasa dan perak.

Saksi palsu.

Mendengar dan menikmati muzik.

Mengumpat.

Mengadu domba (namimah).

Mengintip rumah orang tanpa izin.

Berbisik empat mata dan membiarkan kawan ketiga.

Menurun atau memanjangkan pakaian hingga ke paras buku lali.

Lelaki memakai perhiasan emas.

Memakai pakaian pendek, tipis dan ketat.

Lelaki atau wanita yang menyambung rambutnya.

Lelaki menerupai wanita atau sebaliknya.

Mewarnakan rambut dengan warna hitam.

Mengambar/melukis makhluk yang bernyawa.

Berbohong dalam perkara mimpi.

Memijak, deduk dan buang air di kuburan.

Tidak bersuci setelah buang air kecil.

Mendengar perbualan orang lain sedangkan mereka tidak menyukainya.

Menyakiti jiran.

Berwasiat yang merugikan.

Permainan dadu.

Melaknat orang beriman dan melaknat orang yang tidak berhak dilaknat.

Meratapi jenazah.

Memukul dan menanda di wajah.

Memutuskan hubungan dengan saudara muslim lebih dari tiga hari.

                                                                                                                                     
                                                                                                                                       bersambung ...




Membunuh jiwa meninggalkan salat
Menahan keluar zakat.
Tidak berpuasa Ramadan tanpa uzur.
Derhaka kepada ibu bapa.
Memutuskan hubungan silaturrahim keluarga.
Lari dari medan perang.
Pemimpin penipu.
Sombong dan bongkak.
Saksi palsu.














Pautan berkaitan: http://www.pustakaazhar.com/dosa-dosa-yang-dipandang-ringan-oleh...
                             http://izahratusshita.blogspot.com/renungan-dosa-dosa-yang-di ....
                             http://books.google.com.myt/Dosa_dosa_yang_dipandang_ringan ...
                             http://pustakaiman.blogspot.com/dosa-dosa-yang-dipandang-ringan ...
                             http://usamah81.blogspot.com/dosa-dosa-yang-dipandang-ringan ...
                             http://elib.uum.edu.my/kip/Record/vtls000016952
                             http://gadissunyisepi.blogspot.com/renungan-dosa-dosa-yang-di ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”