NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 31 October 2013

Membangun Dengan Takwa


Para Rasul dan Nabi a.s. mengajak umatnya beribadah kepada Allah s.w.t. sebagaimana mereka mengajak kepada ketinggian akhlak dan istiqamah di atas hidayah Allah s.w.t. Selain daripada perkara-perkara di atas mereka juga konsisten dan berkekalan tujuan dakwah itu sendiri:


1.      Berdakwah mentauhidkan Allah
2.      Berdakwah untuk membangun manusia
3.      Mengelak dan menjauhkan diri dari kerosakan-kerosakan moral
4.      Merombak sistem kehidupan masyarakat yang rosak melalui:

a.       Mengikat dengan akidah
b.      Memperundangkan kaumnya dengan syariat
c.       Mengukuhkan keimanan
d.      Mempraktikkan amal soleh

Monday 28 October 2013

Iktikad akal adalah khayalan-khayalan Syaitan



A036
A037


“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”  ( Q.S. Az-Zukhruf 43: 36-37 )

Golongan Manusia


Manusia dikategorikan kepada tiga golongan, iaitu:

1. Golongan menzalimi diri sendiri
2. Golongan pertengahan
3. Golongan melakukan kebajikan

Keilmuan islam diwariskan kepada golongan yang ingin dan bercita-cita melaksanakan peraturannya, melebarkan ajarannya dan tetap pendirian mereka. Golongan tersebut adalah mereka yang melakukan kebajikan.

Tuesday 15 October 2013

Hasad


BERKATA Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Bidayatul Hidayah’: Sifat hasad adalah cabang daripada bakhil kerana orang yang bakhil ialah orang yang tidak mahu memberikan sesuatu yang ada di tangannya kepada orang lain kerana tidak mahu melihat kurnia Allah itu tercurah kepada sesiapa sahaja daripada hamba Allah s.w.t. Sifat hasad adalah kejahatan yang luar biasa kerana itu Nabi s.a.w. bersabda:


“Awas diri kamu dari bersifat dengan sifat hasad dengki kerana sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api membakar kayu api.”

Monday 14 October 2013

Manusia



A028


“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).” ( Q.S. Al-Baqarah: 28 )


A002


“Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).” ( Q.S. Al-An'aam: 2 )

Hujan

  

“Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.” ( Q.S. An-Nuur : 43 )

Sunday 13 October 2013

Iman



A060
A061
A062
A063
A064


“Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.

Thursday 10 October 2013

Ilmu




Ali bin Abi Talib r.a. berbicara tentang kelebihan ilmu:

Segala kemuliaan layak diberikan kepada ahli ilmu kerana memberi petunjuk hidayah kepada seseorang.

Kehebatan seseorang dilihat dari amalan terhadap ilmu diperolehi.

Orang yang bodoh memusuhi orang-orang berilmu.

Golongan penuntut ilmu tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Ghaib


Ghaib adalah suatu perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia kerana ia bersifat abstrak. Ia juga kerana kita tidak memiliki suatu pengetahuan untuk mengetahuinya. Kita hanya mempercayai adanya seperti malaikat, jin, janji, kesetiaan, kecantikan dan sebagainya.

Makhluk tidak memiliki ilmu pengetahuan mengenai sesuatu yang ghaib. Allah s.w.t. sahaja yang memiliki dan mengetahui tentang yang ghaib. Para malaikat pun tidak mengetahui sesuatu yang ghaib termasuklah Azazil yang pada suatu ketika dahulu mengetuai dan berada alam ghaib.

Allah mengetahui segalanya kerana Dia Memiliki Ilmu Yang Ghaib dan Maha Luas termasuk meliputi seluruh alam, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bangkai, kayu dan batu yang merupakan sebahagian dari isinya. Ia juga meliputi pengetahuan tentang yang ghaib dan yang boleh dicapai oleh pandangan, sama ada yang telah terjadi, yang sedang dalam proses dan yang akan terjadi;  di langit atau di bumi, di daratan dan lautan, di dalam rahim,  bersifat mikroorganisma atau gunung- ganang, universal atau particular, kesat  atau halus, terang atau gelap, hari ini atau kelmarin, semalam atau esok, semuanya dalam pengetahuaan Allah s.w.t.

Tuesday 8 October 2013

Buku



Imam Ahmad bin Hambal menasihatkan seorang pemuda yang sedih dan kesedihan dengan katanya:

“Ambil buku lalu baca.”

Abdullah bin Ma’sud pernah berdialog dengan kawan-kawannya; antaranya:

“Kenapa kamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami?”

Lalu ia berkata kepada mereka:

Kerajaan Turki mansuh larangan bertudung


Posted on Wednesday, October 09 @ 07:31:04 MYT

Dilulus untuk paparan oleh Penjual Cendol

Luar Negara Ankara: Turki memansuhkan larangan ke atas wanita memakai tudung di kawasan bangunan kerajaan semalam, antara langkah pembaharuan bertujuan memperkuat demokrasi.

Larangan itu sudah wujud lebih 90 tahun lalu sejak pembentukan Republik Turki. Ia menyebabkan ramai wanita Turki tidak menyertai perkhidmatan kerajaan.      

“Satu peraturan yang secara rasmi campur tangan ke atas kebebasan berpakaian dan gaya hidup hingga menjadi punca ketidaksamaan taraf, diskriminasi dan ketidakadilan terhadap rakyat, sudah menjadi sejarah," kata Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag di Twitter. 
Bagaimanapun, golongan sekular masih percaya pemansuhan itu adalah bukti kerajaan masih meneruskan agenda agama.

Peraturan itu tidak membabitkan badan kehakiman dan tentera disiarkan oleh Pekeliling Rasmi dan berkuatkuasa serta- merta.

Cara kikis sekular

Perdebatan mengenai pemakaian tudung adalah punca utama ketegangan antara golongan agama dan sekular serta menjadi isu di kalangan penduduk.
Pengkritik terhadap Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan melihat Parti AK pimpinannya sebagai cuba mengikis asas sekular republik itu selepas era pemerintahan Uthmaniyah oleh Mustafa Kemal Ataturk pada 1923.

Bagi penyokong Erdogan, beliau hanya memulihkan kesimbangan dan kebebasan meluahkan soal agama kepada penduduk.

Pemansuhan larangan itu adalah berasaskan kepada perintah Kabinet pada 1925 apabila Ataturk memperkenal beberapa pembaharuan bertujuan menamatkan cara berpakaian menunjukkan simbol agama di kalangan pekerja kerajaan.

Ia disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha pendemokrasian oleh Erdogan sejak minggu lalu.

REUTERS
-----------


Turkey lifts generations-old ban on Islamic head scarf


ANKARA | Tue Oct 8, 2013 1:03pm EDT
(Reuters) - Turkey lifted a ban on women wearing the Islamic head scarf in state institutions on Tuesday, ending a generations-old restriction as part of a package of reforms the government says are meant to improve democracy.

The ban, whose roots date back almost 90 years to the early days of the Turkish Republic, has kept many women from joining the public work force, but secularists see its abolition as evidence of the government pushing an Islamic agenda.

The new rules, which will not apply to the judiciary or the military, were published in the Official Gazette and take immediate effect in the majority Muslim but constitutionally secular country.

"A regulation that has hurt many young people and has caused great suffering to their parents, a dark period, is coming to an end," Prime Minister Tayyip Erdogan told a meeting of his AK Party, which has its roots in Islamist politics.

The debate around the head scarf goes to the heart of tensions between religious and secular elites, a major fault line in Turkish public life.

Erdogan's critics see his AK Party as seeking to erode the secular foundations of the republic built on the ruins of an Ottoman theocracy by Mustafa Kemal Ataturk in 1923.

His supporters, particularly in Turkey's pious Anatolian heartlands, say Erdogan is simply redressing the balance and restoring freedom of religious expression to a Muslim majority.

"There was a witch hunt for civil servants with a head scarf," said Safiye Ozdemir, a high-school teacher in Ankara who for years had to remove her head scarf at work against her wishes, but had started to defy the ban in recent months.

"Today it became clear that we've been right. So we are happy, and we are proud. It's a decision that came in very late, but at least it came, thank God."

INTRUSIVENESS

The lifting of the ban, based on a cabinet decree from 1925 when Ataturk introduced a series of clothing reforms meant to banish overt symbols of religious affiliation for civil servants, is part of a "democratization package" unveiled by Erdogan last week.

The long-awaited package - in large part aimed at bolstering the rights of Turkey's Kurdish community - included changes to the electoral system, the broadening of language rights and permission for villages to use their original Kurdish names.

An end to state primary school children reciting the oath of national allegiance at the start of each week, a deeply nationalistic vow, also took effect on Tuesday.

But Erdogan's opponents have found little to suggest he is curbing what they see as his puritanical intrusiveness into private life, from his advice to women on the number of children they should have to his views on tobacco and alcohol.

They leapt on the dismissal on Tuesday of a television presenter - after she was criticized by AK Party deputy chairman Huseyin Celik for wearing a revealing evening dress - as evidence that the government's tolerance went in only one direction.

"These policies ... show not only the government's attitudes to women but also its understanding of freedoms," said Sezgin Tanrikulu, deputy head of the main opposition Republican People's Party (CHP), which was founded by Ataturk.

"There are countries which interfere in the outfits worn by television presenters, but in those countries we can't talk about democracy," he said in a statement.

Celik dismissed such criticism, emphasizing that he had not specifically named the television channel or presenter involved.

"As an individual, a TV viewer or a politician, it is my right and freedom of expression to express my opinion," he said on his Twitter account. "To exploit my comments by saying it is intervention in lifestyles is malicious."

(Writing by Nick Tattersall and Humeyra Pamuk; Editing by Mark Heinrich)




MKM: Bicara Profesional


Pertanian Lestari: Transformasi Koperasi Ke Arah Pemakanan


Pukul      :     8.00 pagi

Tempat   :     Kuala Lumpur International Hotel

Penganjur:     Pusaat Keusahawanan Koperasi dan Peruncitan
                     Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia


Objektif:





Sumber: http://www.mkm.edu.my/documents/32685/db89ba5f-825b-413c-bc83


Sunday 6 October 2013

Biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa


Firman Allah s.w.t.:


A052
A053
A054


Kitab yang membicarakan dasar hukum hakam
“Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.

Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.

Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.” ( Q.S. Al-Mu'minuun: 52-54 )


A129


“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” ( Q.S. Al-Baqarah: 129 )


A106
A107


“Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu).

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. ( Q. S. Al-Anbiyaa':106-107 )

Doa-doa insan teraniaya tidak berhijab kepada Allah s.w.t.


     Ikrar seorang muslim adalah Al-Quran
Pemerintahan mesir tidak pernah mengganggu kuasa lain. Ia juga tidak pernah menyekat rezeki orang lain. Kerana rezeki itu keperluan asasi manusia. Ia juga tidak pernah mengganggu jiran-jirannya, sama ada jiran setempat atau jiran bersempadan dengan negara.

Mereka yang mengguasai kerajaan Mesir melalui Ikhwanul Muslimun adalah manusia yang diberkati oleh Allah s.w.t. kerana mereka berikrar untuk meninggikan syariat Islam. Keikhlasan mereka memerintah Mesir boleh diperhatikan melalui tempoh pemerintahan mereka yang singkat sebelum rampasan tentera dan persengkongkolan jahat. Mereka tidak mengancam musuh sebaliknya musuh terancam disebabkan perancangan jahat mereka bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. akan membalas tunai kepada individu, kelompok atau persekongkolan yang berazam merosakkan Islam dan umat Islam, sehingga terbantutnya perlaksanaan syariat Islam di sana.

Sejarah melakarkan bahawa jatuh bangun sesuatu tamadun bangsa disebabkan oleh bangsa itu sendiri.

Yakinlah bahawa bantuan untuk rakyat Mesir hampir tiba kerana saat-saat yang dinantikan akan menjelang tiba, bila sampai tempohnya. 

Ke mana mereka hendak mengelak?

Umat Islam tidak akan bertepuk tangan ketika mereka merai kejayaan. Berpesta-pestaan adalah perangai jahiliah. Mereka merafakkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana mereka senentiasa di bimbing menerusi kitabullah dan sunnahtul rasul. Ia juga kerana menjadikan saya, tuan/puan, kamu, kita dan mereka menjadi pengganut Islam.

Umat Islam tidak akan bersangatan bencinya kepada pengkomplotan kejahatan. Tetapi akan tetap menunaikan janji seperti yang dipersetujui. Ikrar seorang muslim adalah Al-Quran. 

Masa terus berlalu; 
Sampai bila mereka boleh menghalang hembusan angin yang membawa maut.
Sampai bila mereka menghalang angin puting beliung melanda daratan.
Sampai bila mereka boleh menghalang hujan yang mengakibatkan banjir.
Sampai bila mereka boleh menghalang arus ombak yang mengganas.
Sampai bila mereka boleh menghalang gempa bumi.
Sampai bila mereka boleh bertahan dengan sistem ekonomi riba.
Sampai bila mereka menggunakan akal sihat mengaburi kehidupan dirinya sendiri.
Sampai bila?

Allah s.w.t. memberi akal, fikiran, hati, perasaan dan penglihatan supaya kita merasai nikmatnya, sabar dengan kesulitan dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.


Dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:


“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.” ( H.R. Imam Muslim )


Mengkufuri nikmat akan memusnahkan diri sendiri.

Berjayalah mereka yang yakin dengan kekuatan iman yang telah meresap ke dalam urat nadi dan jantung umat ini.




Thursday 3 October 2013

Fitrah manusia mengajak kepada kebaikan tetapi adakalanya tergelincir kepada kesesatan


Allah s.w.t. adalah sumber rahmat, kasih sayang, hikmah dan pemberi kurnia bagi manusia. Allah s.w.t. tempat memohon dan meminta pertolongan. Dia berkuasa melakukan sesuatu; kebaikan atau bencana malapetaka. Dia memperkenankan doa.


Firman Allah s.w.t.:




A063


“Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur." ( Q.S. Al-An'aam: 63 )

Konvensyen Transformasi Modal Insan: Memperkasa Nilai Audit Koperasi


Memperkasa Nilai Audit Koperasi



Konvensyen sehari yang dianjurkan oleh Maktab Koperasi Malaysia diadakan pada hari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.




Sumber: http://www.mkm.edu.my/documents/10157/fec661f9-6cbe-4496-aef6-ee

Orang tua janggut putih yang banyak pahala setiap kali musim haji


Thursday, October 3, 2013

pahala di musim haji

Siapa agaknya orang tua di negara kita yang cukup banyak pahala setiap kali masuknya musim haji? kalau ada yang nak menafikan bahawa dosa dan pahala bukan hak kita nak tentukannya, sekurang-kurangnya orang tua itu tetap telah membuat satu sumbangan yang besar pada umat Islam di negara kita.

Bila sebut musim haji, semua orang tentu ingat pada Tabung Haji... betul tak? sebab Tabung Haji merupakan satu badan besar yang monopoli kesemua urusan mengerjakan Haji dan Umrah di negara kita.

Sampai habis urusan umrah sunat dan aktiviti ziarah mereka sapu bersih. Tak kisah monopoli atau tak asalkan faedahnya jauh mengatasi keburukan.

Adapun kemudian daripada itu... setelah kita menyebut Tabung Haji, adakah anda semua ingat akan Prof Di Raja Ungku Aziz?, orang tua berjanggut putih yang mulutnya tak pernah lekang dari senyuman manis. Semakin tua semakin bertambah manis senyumannya.

Orang tua itulah yang telah membuat kajian dan menyediakan kertas kerja lalu dibentangkan pada tahun 1959 pada orang-orang besar negara. Kertas kerja bertajuk: "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji", itu telah diterima dengan baik.

Hasil daripada kajian dan pembentangan kertas kerja itu, maka pada tahun 1963, tertubuhlah Tabung Haji yang pada masa ditubuhkan telah diberikan nama Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji. Penubuhan perbadanan itu berlaku pada November 1962.

Dan kemudiannya perbadanan itu mula beroperasi pada 30 September 1963. Jadi pada 30 september 2013 baru-baru ini telah genaplah umur Tabung Haji selama 50 tahun beroperasi di Malaysia. Mari kita lihat perbezaan masa mula 50 tahun dulu dengan sekarang.

Tabung Haji 50 tahun dulu:

1.       Punyai seramai 13 orang petugas sahaja.
2.       Ada seramai 1,280 pendeposit sahaja.
3.       Ada sejumlah RM46,600 simpanan sahaja ketika itu.
4.       Beribu pejabat kcil di sebuah pejabat di jalan Ipoh, KL.

Tabung Haji hari ini setelah 50 tahun:

1.     Simpanan dan dana sejumlah lebih daripada RM41 Billion !!! melayakkan Tabung           Haji menjadi sebuah badan pengurusan dana Islam di negara kita yang paling               besar sekali.
2.     Terdapat lebih daripada 8 juta pendeposit sekarang.
3.    Ada sebanyak 119 cawangan di seluruh negara tak termasuk sebanyak 6,000 pusat       perhubungan dan juga sebuah pejabat operasi di Arab Saudi.

Daripada semua data di atas, walau apa cara sekalipun kredit perlu diberikan pada orang tua janggut putih dengan senyuman manis yang saya sebutkan di atas tadi.

Kalau ada dikalangan para ustaz atau ahli parti politik islamik atau pergerakan tolak demokrasi yang tak berapa setuju dengan Ungku Aziz kerana dia tak lilit serban dan tak reti kepalai tahlil atau kerana dia bukan dikalangan golongan ulama yang tak layak jadi ketua...

... eloklah tuan-tuan semua muhasabah sikit dan tanya diri sendiri apakah usaha yang jauh lebih baik yang aku telah, sedang atau akan buat agar melebihi orang tua itu sebelum anda nak kata atau kondem apa-apa.

Apa pandangan anda berkenaan Tabung Haji sekarang? berikan pendapat anda di ruang komen kat bawah...saya tau ada yang nak kata Mamak yang sedang ketuai TH sekarang tak berapa sesuai atau tak berapa layak sebab dia hanya ada SPM saja kan-kan-kan....silakan komen!








Rowan “Mr Bean” Atkinson Dikabarkan Masuk Islam?

  
Oleh: Pizaro Rabu 27 Zulkaedah 1434 / 2 October 2013 11:06

KABAR mengejutkan datang dari dunia komedi. Rowan Atkinson sang komedian yang popular dengan peran kocaknya sebagai ‘Mr Bean’, Selasa (1/10/2013) diberitakan mengikrarkan ke-Islamannya.

Sebagaimana dilansir sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool, Mr Bean menerangkan setelah ‘menonton’ film fitnah tentang nabi Muhammad SAW “Innocent of Muslim” adalah penyebab utama ia menemukan hidayah.

‘Mr Bean’ tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan.

Bakat seniman legendaris ini tidak dimiliki oleh setiap artis komedi, diam adalah ciri khas lawakan dari pelawak yang memulai debut kariernya dari teater.

Dalam penulusuran Islampos.com, media-media mainstream di Inggris belum banyak memberitakannya. Namun sebagian media Arab sudah menurunkan berita Rowan masuk Islam.

[dedih mulyadi/Islampos]



Wednesday 2 October 2013

Amir Jaisy Islam Syria: Syaikh Muhammad Zahran Ibn Abdullah Alusy


Syaikh Muhammad Zahran ibn Abdullah Alusy 
Syaikh Muhammad Zahran ibn Abdullah Alusy (Abu Abdullah), dilahirkan di Douma,  di pinggiran kota Damaskus, Syria.  Ayah beliau; Syaikh Abdullah Alusy,  seorang ulama yang sangat berpegang teguh kepada manhaj Ahlus Sunnah wal Jama'ah.

Sejak kecil Syaikh Muhammad Zahran ibn Abdullah,  rajin mempelajari al-Quran dari ayahnya dan juga para syaikh-syaikh di kampungnya.

Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Madinah Munawwarah, Arab Saudi, dengan pengkhususan dibidang hadits.  Kemudian beliau menyambung Masternya di kuliah Syariah Islam di Universiti Damaskus, Syria.

Sebelum revolusi berlaku beliau bekerja di perusahaan real estate. Beliau memiliki sebuah perusahaan berasaskan pembinaan.

Ketika revolusi Syria bermula pada March 2011, beliau masih berada di dalam penjara rejim Assad, kerana kegiatan dakwah yang beliau lakukan di Syria sejak tahun 1987.  

Pada awal tahun 2009, beliau mendapat banyak tekanan dari kerajaan rejim Assad dan ancaman dari pihak tentera rejim kerana kegiatan dakwah beliau yang berakhir dengan penangkapannya oleh agensi perisikan rejim, kemudian beliau dipindahkan ke dalam penjara tentera Sednaya 1.

Kesan daripada demonstrasi berterusan yang berlaku pada awal revolusi  telah memberi tekanan kepada rejim Assad,  melepaskan sejumlah tahanan dan termasuk di dalam senarai tersebut ialah Syaikh Muhammad Zahran Ibn Abdullah Alusy. Beliau dibebaskan dari penjara pada 22 Jun 2011, setelah tiga bulan revolusi bermula.

Pembebasan beliau telah mengujudkan pembentukan kekuatan tentera untuk melawan rejim Assad yang saban hari menyerang dan membunuh rakyatnya.  Pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan mujahidin ini diberi nama "Sirriyah Islam" kemudian berkembang dan diganti namanya menjadi "Liwa Islam" yang hingga kini masih merupakan salah satu brigade mujahidin yang berada dibarisan hadapan.

Akhirnya, kini syaikh Muhammad Zahran Ibn Abdullah Alusy telah diamanahkan untuk menjadi pemimpin dari 50 brigade/batalion untuk membentuk kekuatan mujahidin di Syria yang diberi nama "Tentera Islam". Diharapkan pada masa hadapan akan bergabung dalam penyatuan mujahidin, memperolehi lebih banyak kejayaan, digeruni dan penggemblengan para mujahid seluruh pelusuk alam.





Tuesday 1 October 2013

Orang kafir Terhijab Dari Kebenaran



A001


“Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.” ( Q.S. Al-An'aam: 1 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”