NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 6 February 2010

PERKIM BAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN



Pengenalan Organisasi

PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan merupakan pertubuhan sukarela yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dan perkhidmatan pembangunan masyarakat serta menyediakan perlindungan dan bantuan kepada anak-anak yatim, golongan miskin yang tidak berupaya dan memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama selaras dengan ajaran Islam. PERKIM bahagian juga berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan kebajikan dan dakwah seperti JAKIM, YADIM, JAWI, ABIM, Jam’iyah dan badan-badan lain.


Sejarah Organisasi

Selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ada cadangan daripada kalangan tokoh-tokoh ‘saudara baru’ Islam tentang perlunya diwujudkan suatu pertubuhan yang dapat menampung, menyelaras dan mengembeling usaha dan tenaga saudara baru dan dengan tujuan meningkatkan kefahaman dan amalan mereka agar dapat sama-sama menggalang pertubuhan pada keseluruhannya.

Cadangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Mubin Sheppard, bekas Residen Inggeris di Negeri Sembilan yang telah mengambil keputusan untuk menetap di negeri ini dan telah memeluk agama Islam dalam tahun 1957, kepada Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Difahamkan,YTM Tunku amat tertarik dengan cadangan yang baik ini dan meminta Tuan Haji Mubin Sheppard merundingkan perkara tersebut dengan pembesar-pembesar Islam dan tokoh-tokoh masyarakat Islam untuk mendapatkan sokongan yang lebih luas dan kukuh.Tuan Haji Mubin Sheppard talah melawat ke beberapa negeri di Malaya ketika itu dan menemui serta membincangkan rancangan untuk menubuhkan suatu pertubuhan Islam dengan cara teratur dan sistematik untuk mempertingkatkan ajaran dan amalan Islam serta membantu orang-orang baru memeluk agama Islam agar mereka benar-benar menikmati persaudaraan Islam tulen.


Misi

PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan :

* Menjalankan segala usaha untuk membina para pendakwah yang mampu menjalankan tanggungjawab dakwah dengan cekap, gigih dan berktrampilan menerusi pendekatan kebajikan, keintelektualan, dan ramah dengan menampilkan Islam sebagai agama adil yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

* Membawa misi keamanan dan keharmonian dalam kehidupan harian masyarakat majmuk di negara ini, dengan beriltizam sepenuhnya kepada kaedah berdakwah secara bijaksana dan menghormati prinsip kebebasan beragama.

* Menjadi contoh kepada seluruh Bahagian PERKIM di seluruh negara dari segi ketrampilan pengurusan dan kejayaan operasinya.


Visi

PERKIM Bahagian Wilayah akan menjana kekuatan dan keupayaan menjadikan lapangan dakwah sebagai wahana fundamental dalam usaha menjadikan Islam sebagai cara hidup yang bersifat sejagat bagi menegakkan tamadun alternatif yang memartabatkan kemuliaan insan sebagai hamba dan khalifah di bumi.




PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan
Tingkat M, Balai Islam, No. 250-D, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.
Tel/Fax : +603-40434801
Email : pbwp1@streamyx.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”