NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 7 May 2012

PERKIM dan Projek Misteri RM270 Jutanya



Apa kelebihan atau pengalaman yang Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ada hingga membolehkannya dianugerahkan projek pembinaan jalan yang bernilai RM270Juta ketika Mahathir berkuasa sebagai PM?

Dan bagaimana sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan Islam iaitu PERKIM boleh melibatkan diri dalam pembinaan jalan yang bernilai RM270Juta? Yang jelas telah lari dari matlamat awal penubuhannya.

Tujuan dan Matlamat PERKIM, sebagaimana yang ditetapkan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa PERKIM ditubuhkan ialah menyampaikan Islam kepada orang bukan Islam khususnya dan umat manusia amnya sebagai amalan ikhlas tanpa apa-apa ganjaran selain daripada keredhaan Allah S.W.T.

Dan dalam masa yang sama 3 pemegang amanah Pertubuhan tersebut dari cawangan Damansara Utama pernah dituduh pecah amanah Disember lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”