NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 29 June 2014

PERSEKONGKOLAN MUNAFIK



Sinaran matahari menjanjikan ketaatan. Kesetiaan. Keceriaan. Menyerlah keterangan, membongkar kemunafikan, menyuluh penipuan, menjelaskan kesamaran yang diwujudkan oleh wajah-wajah yang sinonim dengan pendustaan dan keingkaran, kerana kononnya membicarakan sesuatu kebenaran yang akhirnya akan dileburkan atas nama menentang pengganas-pengganas, militant-militant dan ekstremis-ektremis oleh pejuang-pejuang keadilan dan kesejahteraan.
Matahari tidak pernah menipu manusia kerana kezahirannya memberi manfaat kepada semua makhluk. Tidak berdusta dalam kehidupan, meremeh-remehkan nyawa manusia terbilang, lalu bersekongkol dengan peminta-peminta sedekah yang mengisi perut-perut mereka hasil penipuan, perampasan, peragutan, perompakan dan pembunuhan untuk merebut hasil mahsul bumi merdeka.
Lalu berlakulah pengeroyokan dengan mengajak konco-konco bersama-sama menentang bahayanya pengganas-pengganas, militant-militant dan ekstremis-ektremis yang berkubang di bumi yang subur itu, kepada penduduk asal bumi melalui persekongkolan oleh manusia-manusia munafik yang dahagakan hasil mahsul bumi merdeka.

Monday 23 June 2014

NYAWA MANUSIA BERHARGA



A075“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)." ( Al-Quran surah An-Nisaa’ ayat 75 )


A083“Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (Al-Quran surah al-Maidah ayat 83 )

Islamic State of Iraq and Syam (ISIS) atau pejuang-pejuang kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam telah membuktikan tentang kehebatan mereka di medan lapangan berhadapan dengan tentera Iraq pimpinan Nouri Al-Maliki dan tali-barutnya di medan pertempuran semasa bermulanya menyambut Nifsu Syaaban 1435H, pihak ISIS dan sekutunya telah melakukan serangan mengejut sehingga menguasai utara Iraq dan sempadan Iraq-Syria menjadi taklukan  kawalan mereka. Suatu scenario yang sukar difikirkan oleh pemerintah Iraq dan sekutu-sekutunya. Bagi golongan cerdik ia perkara biasa, bahkan ia boleh menguasai seluruh alam. Persoalannya bagaimana mereka melakukannya?

MESYUARAT PERKIM KEBANGSAAN KE-53



Perwakilan Perlis ketika menyampaikan ucapan penangguhan
Kedah Darul Aman telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Agong Tahunan PERKIM Kebangsaan kali Ke-53 pada 20-21 Jun 2014, di TH Hotel & Convention Centre, Mukim Titi Gajah, Bandar Anak Bukit, Alor Star. 

Mesyuarat dihadiri oleh Ahli Majlis seramai 52 orang, perwakilan 141 orang dan pemerhati 58 orang.

Pada tahun 2015, Mesyuarat Agong Tahunan PERKIM Kebangsaan akan diadakan di Sabah negeri bawah bayu.

Selamat bermesyuarat.







Sunday 15 June 2014

KECERDIKAN AKAN MEMENANGI PEPERANGAN



Penganalisa politik menyatakan bahawa Iraq kini di ambang peperangan. Ada pula yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) sebagai polis dunia yang mengujudkan pengganas-pengganas di Iraq dan tidak kurang juga beberapa pemerhati politik melihat kewujudan militant dan ekstremis di Iraq itu sehingga kini menguasai bandar kedua terbesar di Iraq, Mosul dan kawasan utara Iraq boleh menggugat negara-negara jiran. Ada agensi berita menyatakan bahawa lelaki misteri mengetuai serangan di Iraq. Benarkah semua itu? 

Sebenarnya, jika diimbas sepintas lalu, Iraq telah lama berperang, sedang berperang dan memang berperang kerana pengisytiharan kemenangan perang sebelah pihak oleh AS tanpa dipersetujui oleh pemerintahan bekas Presiden Saddam Hussein. Maka serangan terbaru daripada pejuang-pejuang itu adalah kesinambungan daripada peperangan yang panjang yang pernah diisytiharkan oleh Presiden Iraq, Saddam Hussein selepas AS menyerang Iraq. Pejuang-pejuang baharu keluar dari persembunyian mereka.

Beberapa hari yang lalu AS telah mengarahkan Armada-Armadanya di kawasan Pasifik jika mereka berada di situ menuju ke kawasan berhampiran dengan Iraq bagi memudah dan mengurangkan kos-kos penyelenggaraan pesawat-pesawat dapat diminimumkan ketika melakukan tindakan di kawasan-kawasan yang hendak disasarkan setelah mendapat isyarat melalui pemantauan satelit atau derun yang imej-imejnya dibesarjelaskan dan jarak sasaran yang wajarannya ditetapkan.

Keupayaan AS menggunakan satelit, pesawat-pesawat peninjau, pegebom, penyerang, derun, helikopter, pengangkut, peluru berpandu dan gabungan keseluruhan persenjataan jarak jauhnya itu diakui hebatnya di samping sekutu-sekutunya daripada NATO dan negara-negara Arab yang boleh dimanipulasikan untuk menanggung bersama kos-kos menggempur musuh-musuh AS dari kalangan pengganas-pengganas, militant-militant dan ekstremis-ekstremis di Iraq, jika AS menganggap mereka sebagai musuh dan kawan jika berlaku sebaliknya.

Jika ditakdirkan AS terlibat secara langsung berhadapan dengan pejuang-pejunag ISIS di Iraq, ia seperti mengulangi peperangan di Afghanistan menentang Taliban selepas peristiwa serangan pengganas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Washington D.C. Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Ada lima perkara misteri dalam tempoh satu setengah dekad itu:-

  1. Sehingga hari ini Amerika Syarikat belum mendapat jawapan misterinya serangan WTC di Washington D.C itu kerana pelakun-pelakunnya semua mati seperti ditunjukkan dalam video melanggar menara bangunan tetapi dalam masa yang sama dibahagian bawah bangunan turut meletup serentak seperti orang pitam rebah kebawah. Yang pastinya selepas peristiwa serangan WTC, AS tergesa-gesa menyerang Afghanistan, negara miskin dibawah pimpinan Taliban dengan menjustifikasikan melalui serangan WTC atas nama pengganas.

  1. Dikhabarkan oleh lidah AS tentera-tentera mereka telah berjaya melakukan serangan kilat hebat kepada Osama bin Laden di kawasan persembunyiannya di rumah terpencil dan membunuh orang tua itu bersama pengawal-pengawalnya. Serangan tersebut terancang setelah menerima maklumat dari risikan. Mayat Osama bin Laden pula dicampak ke dalam laut supaya dimakan oleh ikan.

  1. Selepas beberapa hari setelah Osama bin Laden dibunuh yang mukanya mirip dengan ahli Parlimen Eropah, dikhabarkan lagi penyerang-penyerang yang berjasa kepada AS itu terbunuh ketika mereka diangkut beramai-ramai menaiki helikopter untuk satu tujuan misi dan kesian helikopter mereka meletup di udara kerana kemalangan. Pingat-pingat berjasa, surat penghargaan dan majlis keraian merayakan membunuh bapa pengganas tidak sempat diadakan kepada pejuang-pejuang itu.

  1. Pada peringkat awal serangan AS ke atas Afghanistan, seorang lelaki misteri dikatakan memimpin Taliban yang menguasai Afghanistan kerana tidak diketahui siapa orangnya. Selepas beberapa tahun baharu dikenali lelaki tersebut adalah Mullah Omar. Walau bagaimanapun sehingga kini gambarnya yang jelas masih misteri. Selepas bertukargantinya beberapa orang Presiden Amerika Syarikat, dan kini Barack Obama, Mullah Omar masih hidup dan berpengaruh, gerakannya tersusun dan pada bila-bila masa boleh bertindakbalas ke atas musuh-musuhnya.

  1. Kini, di Iraq, dilapurkan seorang lelaki misteri mengetuai serangan yang tidak diketahui siapa orangnya, daripada mana asal-usulnya dan izzah yang dimilikinya. Apakah melalui lelaki misteri itu AS akan mengalami nasib yang sama seperti di Afghanistan ketika berhadapan dengan Taliban atau AS menunjukkan kecemerlangannya tanpa bantuan negara sekutu kerana kawasan Iraq telah, dalam peta mindanya, keluasan kawasanya dan seluk belok tanahnya difahami kerana ia pernah menakluki Iraq beberapa tahun? Tentera-tentera Veteran perlu dipanggil semula membantu merungkai masalah terkini supaya dapat ditamatkan dengan segera militant tidak dikenali itu.

Dalam strategi peperangan, Amerika Syarikat tidak akan melakukan serangan secara solo ke atas pejuang-pejuang misteri yang hebat itu, kerana jika berlaku juga dan ditakdirkan AS berseorangan menyerang pejuang-pejuang singa itu, AS akan menerima padah seperti yang pernah dialami oleh Kesatuan Soviet apabila menyerang Afghanistan secara bersendirian, yang akhirnya, Kesatuan Soviet tumbang. Kesannya Kesatuan Soviet berpecah. Mengambil daripada semangat dan peristiwa tersebut, kini Rusia, berhati-hati dalam urusan menentang manusia-manusia misteri yang tidak diketahui asal-usulnya.

Peperangan AS dengan saki baki tentera Saddam Hussein, walaupun dalam keadaan mereka kekurangan peralatan persenjataan, mereka tidak mengaku kalah, sama seperti Taliban di Afghanistan dikatakan kalah, tetapi sehingga kini masih menyengat dan sekali-sekala memusnahkan sasaran dan mengucar-kacirkan musuh-musuhnya. Semasa catatan ini direkodkan, tentera-tentera Iraq pimpinan Nouri Al-Maliki lari lintang-pukang daripada pos-pos mereka dan menyelinap menjadi orang awam apabila berlaku serangan oleh pejuang-pejuang ISIS.

Hari ini, AS sedang dihasut untuk berperang di Iraq, diperhatikan oleh sekutu-sekutunya kerana secara tersuratnya mereka menyokong serangan ke kubu-kubu militant yang kini sedang mengganas tetapi sekutu-sekutu AS berfikir dua kali untuk menghantar tentera kombat di medan pertempuran. Manakala pejuang-pejuang misteri pula ingin menuntuk dikembalikan hak-hak mereka yang telah dirampas apabila Iraq diserang oleh AS bersama pakatannya yang mengeroyok Iraq semasa dipimpin oleh Saddam Hussein ketika itu. Walaupun Saddam Hussein pada ketika itu bersetuju dan bekerjasama untuk perlucutan senjata pemusnah besar-besarannya; tetap juga diserang apabila rahsia-rahsianya diketahui, musuh-musuhnya pula bersekongkol menjatuhkannya maka Iraq diserang habis-habis tanpa belaskasihan.

Pejuang-pejuang ISIS, pejuang-pejuang misteri, pejuang-pejuang singa telah keluar dari persembunyian mereka, pejuang-pejuang bekas tentera Saddam Hussein, pejuang-pejuang Kurdis dijangka bergabung menghadapi ketumbukan tentera AS di Iraq. Maka suasana perjuangan di Iraq dijangka akan berpanjangan.

Dalam tempoh yang sama keadaan di Ukraine dan Laut China Selatan akan berkurangan provokasinya kerana AS terpaksa menghadapi pengganas-pengganas, militant-militant dan ektremis-ektremis di Iraq, kerana jika lambat ditangani dikhuatiri minyak daripada Iraq tidak menitik ke AS, dan perkara tersebut akan mengusarkan AS di samping suasana ekonomi dunia yang kini tidak menentu dan melalui jalan sukar pada masa hadapan.

Jika ditakdirkan juga AS dan sekutu-sekutunya, terlibat peperangan di Iraq ia terpaksa membayar harga yang mahal dengan pengarahan tentera dan kerahan-kerahan paksaan kepada rakyatnya untuk berkhidmat kepada negara seperti yang berlaku di Vietnam untuk memerangi pengganas-pengganas misteri yang dikehendaki di Iraq.

Apabila AS memulakan peperangan melalui serangan jarak jauh; bom lari, tembak dari udara, peluru berpandu dan derun. Ia tidak menyelesaikan masalah. Bahkan ia akan meningkatkan pengaruh pengganas-pengganas, kerana rakyat tempatan bersimpati dan akan bangkit mengangkat senjata bersama militan. Akhirnya AS akan rugi.

Untuk memenangi peperangan, AS mesti mengarahkan tenteranya berperang di darat berhadapan dengan pengganas-penganas seperti singa itu, setelah mereka bertapa dan keluar daripada persembunyiannya. Selepas ini kita nak lihat siapa lelaki jantan di Iraq.

Diandaikan AS memenangi peperangan dengan pejuang-pejuang ISIS ia juga dalam keadaan sukar kerana berada di tengah-tengah antara Syria dan Iran, yang dilabelkan oleh AS sebagai paksi kejahatan dan terlibat secara tidak langsung dalam provokasi di Syria.

Walau bagaimanapun, sekiranya AS berpakat dengan pejuang-pejuang ISIS suatu scenario politik yang berbeda akan berlaku. Kita tunggu dan lihat, bagaimana mencorakkan masa depan Iraq yang menarik sejarahnya.

Kecerdikan akan memenangi peperangan.  






Friday 13 June 2014

AL-QURAN SUMBER MANFAAT HIDUP



Al-Quran Kitab Suci. Kesuciannya meresap ke jantung melalui hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia masuk ke seluruh urat nadi bertapak kukuh di dalam sanubari. Apabila Al-Quran telah berpadu sebati dengan darah maka segala kefahaman, ucapan, perlakuan dan tindakan menjadi eleman utama dalam aktiviti kehidupan seharian pemiliknya. Jika ia berlaku, tiada makhluk yang berupaya menghalang mereka menuju kejayaan, menafikan keikhlasan dan menghalang ajaran yang mereka anuti menerusi ajaran Al-Quran. Mereka berjaya. Cemerlangan di dunia dan di akhirat.

Walaupun musuh-musuh mereka menghalang, menentang, memprovok, menghina, melabelkan dengan pelbagai tuduhan-tuduhan palsu, dusta, mereka-reka cerita, serong tetapi semuanya itu akan mengangkat martabat, kesungguhan dan taraf mereka semakin meningkat. Dijulang oleh kawan dan lawan. Mereka senentiasa diingati.


Siapakah mereka? 

Antaranya, ialah:-

  1. Petunjuk kepada orang-orang bertakwa kerana dia sendiri bertakwa.
  2. Beriman dengan rukun Iman.
  3. Berimana dengan rukun Islam.
  4. Tetap imam pada dirinya.
  5. Golongan yang dijanjikan kejayaan oleh Allah.
  6. Mendapat hidayah petunjuk dan kegembiraan.

Allah menjelaskan dalam surah Sad ayat 29:



A029



"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar."


Surah an-Naml ayat 1-3:



A001
A002
A003


"Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya),

Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat."


Al-Quran Kitab Suci. Kesuciannya meresap ke jantung melalui hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia masuk ke seluruh urat nadi bertapak kukuh di dalam sanubari. Apabila Al-Quran telah berpadu sebati dengan darah maka segala kefahaman, ucapan, perlakuan dan tindakan menjadi eleman utama dalam aktiviti kehidupan seharian pemiliknya. Jika ia berlaku, tiada makhluk yang berupaya menghalang mereka menuju kejayaan, menafikan keikhlasan dan menghalang ajaran yang mereka anuti menerusi ajaran Al-Quran. Mereka berjaya. Cemerlangan di dunia dan di akhirat.

Walaupun musuh-musuh mereka menghalang, menentang, memprovok, menghina, melabelkan dengan pelbagai tuduhan-tuduhan palsu, dusta, mereka-reka cerita, serong tetapi semuanya itu akan mengangkat martabat, kesungguhan dan taraf mereka semakin meningkat. Dijulang oleh kawan dan lawan. Mereka senentiasa diingati.



Thursday 12 June 2014

IRAQ FASA BARU



Pejuang dari Negara Islam Iraq dan Syam atau dikenali sebagai ISIS dilaporkan telah menguasai  dua daerah di Provinsi Diyala dan Ninawa termasuk bandar-bandar Mosul, Arbil, Kirkuk dan Tikrit bermula pada Isnin, 9 Jun 2014 bersamaan 11 Syaaban 1435. 

Serangan terancang, kemas dan teliti yang dilakukan oleh ISIS disebabkan kekuatan mereka yang semakin meningkat dan kelemahan pimpinan pusat di Baghdad, dibawah pimpinan Nouri Al-Maliki.


Walau bagaimanapun, jiran Iraq, Iran telah menyuarakan ketidakselesaan mereka di atas kejayaan mengejut yang diperolehi oleh pihak ISIS. 

Amerika Syarikat telah mengambil serius masalah kejatuhan bandar-bandar utama di utara Baghdad itu ke tangan ISIS. Mereka sedang memikirkan kaedah penggunaan serangan udara.

PBB turut mengadakan mesyuarat tergempar berkaitan kemunculan mendadak ISIS terutamanya di Iraq.

Jiran-jiran Iraq juga menyuarakan kemunculan ISIS dengan mengadakan mesyuarat tergempar.

Jika berlaku persefahaman di antara ISIS dengan saki baki tentera Saddam Hussein yang suatu ketika dahulu digeruni, ia akan memberi impak yang amat besar untuk tentera Nouri Al-Maliki menghalang pergerakan pejuang-pejuang menuju Baghdad.

Perdana Menteri Iraq meminta PBB, kesatuan Eropah (NATO) dan liga Arab untuk membantu negaranya melawan pejuang-pejuang ISIS yang menggerunkan itu.

Ketika pejuang-pejuang memperhebatkan serangan, pemerintah Baghdad baru merekrut anggota separa tentera atau tentera baru menghadapi serangan pejuang yang pada bila-bila masa sahaja akan merempuh Baghdad.  

Tindakbalas Amerika Syarikat dan Iran walaupun berbeda tindakan dan pandangan di Syria tetapi dalam isu Iraq mereka seperti senada. 

Berjayakan mereka menangani kemaraan pejuang-pejuang ISIS dan rakyat yang bergabung dengannya? 

Kita tunggu pada hari-hari yang akan mendatang.







Sunday 8 June 2014

QUEEN ELIZABERTH II MENARIK PERHATIAN



Hari memperingati perang dunia kedua dikenali dengan D-Day dituanrumahkan oleh Perancis dengan dihadiri oleh pihak-pihak yang pernah terlibat dalam peperangan tersebut sama ada oleh pihak kuasa-kuasa bersekutu terdiri daripada negara-negara Komanwel, United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Kesatuan Soviet dan China serta sekutu-sekutunya atau/dan berhadapan dengan pakatan kuasa-kuasa paksi terdiri daripada negara-negara Jerman, Itali dan Jepun serta sekutu-sekutu mereka. Peperangan telah memusnah nilai kemanusiaan dan ketamadunan. Setelah peristiwa tersebut berlaku maka wujudlah beberapa negara mempersiapkan diri dan memiliki teknologi pemusnah besar-besaran yang diakui hebatnya seperti yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Rusia, China, Perancis, Britain dan beberapa negara lain.

Pada hari D-Day yang diraikan pada 6 Jun 2014, sehari lebih awal, sempena meraikan hari penetapan Keputeraan Yang Di-Pertuan Agung Malaysia, Dirgahayu Tuanku, telah juga menjemput para tentera veteran yang terlibat dalam peperangan tersebut, sama-sama meraikan sempena mengenang berlalunya 70 tahun peperangan tersebut. Para veteran memakai pakaian yang disediakan menurut rekabentuk corak warna yang pernah menjadi pakaian seragama tentera pada ketika itu. Tidak dilupakan juga memampangkan pingat-pingat dan pangkat disisipkan dibaju para veteran yang telah berjasa kepada negara tercinta.

Para koresponden daripada pelbagai sumber maklumat berita telah mengadakan sesi temuramah mengimbau kembali tentang pengalaman para veteran ketika tahun-tahun yang sukar 1944. Lalu berceritalah orang tua-tua itu tentang pahit maung hidup yang dialami ketika semasa dan setelah berakhir peperangan tersebut. Sungguh menghibakan cerita mereka.

Yang menjadi fokus catatan ini ialah tentang comelnya Queen England Elizaberth II, Raja Britain, daripada jarak jauh telah dapat dilihat kelibatnya berbanding dengan tetamu-tetamu yang hadir pada hari itu termasulah tuan rumah. Kenapa? Kerana pakaiannya berwarna hijau muda menyerlah dan menyerikan di tengah-tengah kelompok ribuan jemputan yang berpakaian bush jaket hitam dan di dalamnya berlapiskan baju berwarna putih bertali leher. Mengapa mereka berpakaian sedemikian? Kerana ia pakaian rasmi. Suasana dan kawasanya pula sejuk.

Di negara kita juga ada yang berpakaian bush jaket hitam dan di dalamnya berlapiskan baju berwarna putih bertali leher. Mengapa mereka berpakaian sedemikian? Kerana pakaian rasmi. Suasana dan kawasannya pula panas.

Tahniah kepada semua yang meraikan dan mengenang kembali peristiwa tahun 1944, termasuklah saya berkesempatan mengikutinya melalui siaran televisyen secara langsung yang dipancarkan dari Perancis, negara yang hebat.

Semoga Allah s.w.t. memberkati golongan ikhlas dan benar dalam tindakannya.













BONGKAR !!! 10 SEBAB JEPUN MENCAPAI KEMAJUAN


BONGKAR

5 JUN 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira

SUMBER ASAL:


Sumber ambilan:



Thursday 5 June 2014

TALIBAN PADA AKHIR ERA BARACK OBAMA



Taliban dan Amerika Syarikat telah mengorak langkah mengadakan persefahaman. Persefahaman yang dilihat dengan tepat adalah dengan pembebasan tentera Amerika Syarikat Sarjan Bowe Bergdahl dari Hailey, Idaho, yang ditawan oleh pejuang-pejuang Taliban pada 30 Jun 2009 di Tenggara Afghanistan. Dibebaskan pada 31 Mei 2014, setelah lima tahun dibawah seliaan pejuang-pejuang Taliban dan beberapa kali perundingan antara pihak Amerika Syarikat dan Taliban dalam tempoh tersebut untuk pembebasan Bowe. Hasilnya direalisasikan selepas lima tahun seperti yang kita ketahui.

Bowe Bergdahl dilahirkan pada 28 March 1986 di Idaho. Ayahnya Robert Bergdahl seorang kontraktor dan ibunya dikenali sebagai Jani. Beliau juga mempunyai adik perempuan bernama, Sky.

Pembebasan tersebut berhubung kait dengan pembebasan tahanan di penjara Guantanamo, di teluk Cuba seramai lima orang, sebagai pertukaran:

Tentera Amerika Syarikat:

Bowe Bergdahl.

Pejuang-pejuang Taliban:

Mohammad Fazl
Khirullah Khairkhwa
Abdul Haq Wasiq
Mullah Norullah Noori
Mohammad Nabi Omari

Ulasan-ulasan berkaitan pembebasan tersebut:

Presiden Barack Obama mengumumkan secara langsung pembebasan Bergdahl itu dan mengatakan bahwa dia sudah memberitahu khabar tersebut kepada ibu bapa Bergdahl.

"Hari ini, rakyat Amerika boleh berbahagia kerana dalam waktu dekat akan menyambut kembalinya Sarjan Bowe Bergdahl yang ditahan Taliban hampir selama lima tahun," kata Obama.

"Atas nama rakyat Amerika, saya mendapatkan kehormatan untuk menyampaikan khabar gembira ini kepada ibu bapa Bergdahl sehingga mereka boleh mempersiapkan penyambutan puteranya setelah melewati masa-masa sulit selama ini," lanjut Obama.

"Walau Bowe hilang, namun dia tidak pernah dilupakan," kata Obama.

Pemimpin tertinggi Taliban, Mullah Umar memuji pembebasan mereka sebagai "kemenangan besar".

Dengan tulus, saya menyampaikan selamat kepada seluruh bangsa Muslim Afghanistan, semua mujahidin dan kepada keluarga serta kerabat para tahanan untuk kemenangan besar ini,” katanya dalam sebuah pernyataan.

Saya berterima kasih kepada pemerintah Qatar, terutama kepada Amir Syaikh Tamim bin Hamad [Al Thani], yang membuat upaya tulus untuk membebaskan para pemimpin ini dan memediasi mereka serta untuk menjamu mereka,”

Selain tidak menggambarkan pertukaran sebagai awal rekonsiliasi, Amir Taliban Mullah Muhammad Umar justeru menyebut pembebasan lima komandan mereka sebagai "kemenangan besar dan kejayaan yang besar dan jelas”.Taliban juga menerbitkan foto-foto lima komandan yang dibebaskan itu saat mereka tiba di Qatar.

Prestasi besar ini membawa khabar gembira tentang pembebasan seluruh negeri dan meyakinkan kami bahwa aspirasi kami berada di ambang pencapaian,” kata Mullah Umar, menurut sebuah pernyataan yang dirilis pada Minggu di website Taliban, Voice of Jihad.

Menteri luar negeri Qatar, Khalid bin Mohamed Al Attiyah mengatakan, peranan negaranya adalah murni kerana kemanusiaan.

Ketika Qatar mengambil peranan perantara, memainkan peranan ini secara kemanusiaan yang merupakan seluruh konsep hubungan luar negeri Qatar,” katanya .

Sementara, Menteri Pertahanan AS Chuck Hagel menyambut baik bebasnya Bergdahl. Hagel mengungkapkan alasan mengapa pihak AS sepakat untuk melakukan pertukaran tahanan. Menurutnya, Bergdahl adalah tahanan perang. Apa yang dilakukan saat ini merupakan hal yang biasa.

Menteri Pertahanan AS Chuck Hagel mengatakan kepada NBC Meet the Press bahawa AS berharap negosiasi pertukaran tahanan dapat melanjutkan rekonsiliasi antara Taliban dan pemerintah Afghanistan.

Jadi mungkin ini akan menjadi pembuka baru, yang dapat menghasilkan kesepakatan, antara Taliban dan pemerintah Afghanistan,” kata Hagel.

Dalam beberapa jam, juru bicara Taliban Zabihullah Mujahid menjatuhkan optimisme Hagel untuk terjadinya rekonsiliasi.

Ini tidak akan membantu proses perdamaian dengan cara apapun, kerana kami tidak percaya pada proses perdamaian,” kata Mujahid.

Senator John McCain mengatakan, kelima anggota Taliban yang ditukar demi kebebasan prajurit Bergdahl merupakan orang-orang yang dianggap berbahaya. Saat ini kelima anggota Taliban itu dipindahkan sementara ke Qatar.

Afghanistan turut menyerang kebijakan pemerintahan Presiden Barack Obama yang menyerahkan kelima tahanan itu ke Qatar. Menurut mereka, menyerahkan tahanan ke pihak ketiga melanggar hukum internasional.

Tetapi perlawanan atas pertukaran tahanan ini tetap datang dari pihak Partai Republik. Sebagian besar dari mereka merasa khuwatir kerana hal ini menimbulkan anggapan bahwa Amerika bersedia untuk melakukan negosiasi dengan Taliban.

Bebasnya kelima orang itu, bisa meningkatkan kemampuan Taliban untuk melakukan perlawanan (terhadap AS),” ujar Senator McCain, seperti dikutip CBS.

Salah seorang anggota senat dari Partai Republik Adam Kinzinger menyatakan bahwa ia akan merayakan kepulangan Bergdahl, tetapi mengakui proses kebebasannya dari Afghanistan sangat mengejutkan.

Pertukaran tahanan ini dikonfirmasi kebenarannya oleh Taliban. "Berita ini benar. Setelah melalui beberapa kali perundingan untuk pertukaran tahanan, kami membebaskan tentara AS yang merupakan tamu terhormat kami, ditukar dengan lima komandan kami yang ditahan di Guantanamo sejak 2002," ujar pernyataan komandan senior Taliban. 


Sumber: Pelbagai sumber dalam sesawang antarabangsa.


















 




































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”