NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 15 September 2012

Bijaknya Orang Islam


Kebijaksanaan itu milik orang Islam. Perkara ini dibuktikan dengan perkembangan-perkembangan semasa yang berlaku terutamanya di dunia Arab yang mendominasikan ajaran Islam. Bukti terkini kita lihat apabila beberapa negara umat Islam yang enggan dan tidak menjalankan perundangan Islam satu demi satu tumbang dan digantikan pula oleh golongan lain yang kasih mereka kepada ajaran Islam sedang membara. Bahkan rakan-rakan mereka yang membantu menumbangkan kerajaan sebelum itu melalui revolusi pun mereka pukul mati seperti yang berlaku di Libya di mana duta Amerika di bunuh secara tragis disebabkan penghinaan lucah melalui penyebaran video di YouTube kepada junjungan Nabi s.a.w., walaupun negara tersebut banyak membantu sama ada dalam memberikan maklumat-maklumat, perisikan, persenjatan, logistik, latihan, perundangan dan pengawasan satelit untuk menumbangkan kerajaan.

Perubahan zaman sedang berlaku dan seperti yang dijanjikan dan memang diketahui umum bahawa silih bergantinya pemerintahan itu akan berlaku. Persoalanya ialah kaedah bagaimana berlaku sesuatu perubahan dan sebab musabab terjadinya. Barangkali kerana penindasan yang berterusan, penjajahan, perompakan hasil mahsul negara atau melalui provokasi peperangan dan sekatan supaya negara umat Islam sukar untuk mengembangkan ekonomi dan teknologinya serta meningkatkan kepakaran mereka.

Walau bagaimanapun, umat Islam yang di halang melaksanakan kefahaman dan perundangan mereka memang sukar untuk dijinakkan. Kita dapat fahami di mana-mana sahaja negara umat Islam yang diperangi, diserang, dikeroyok dan dijajah oleh penjajah akan  terpukul dengan kehinaan, menerima kekalahan dan akhirnya mereka menggunakan pelbagai alasan untuk menutup aib yang mereka alami itu. 

Dunia sedang melihat lakunan-lakunan mereka. Orang buta walaupun tidak dapat melihat tetapi dapat merasai akan perlakuan-perlakuan golongan samseng, bongkak dan tamak. Golongan pekak dan bisu walaupun mereka tidak dapat bercakap tetapi mereka melihat tentang kebiadaban manusia yang rosak tamadunnya. Bahkan orang yang sindrom dan OKU juga memahami tentang telatah manusia yang bertopengkan kebajikan, bantuan kemanusian, bersifat munafik dan berselindung atas nama kemanusiaan dan kuasa. Itulah kaum imperialis dan kapitalis.

Akhirnya dapatlah kita simpulkan bahawa kebijaksanaan itu milik orang Islam yang terlepas pandang kerana sifat mereka yang teguh imam, konsistan, berpendirian, mengotakan janjinya akan memilik kembali barang-barang yang tercicir itu.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah


Pautan berkaitan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”