NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 26 January 2014

AWASI PERGERAKAN ANDA



Dunia ini kecil. Dunia ini juga besar. Besar dan kecilnya dunia ini berdasarkan kepada fahaman seseorang. Dunia ini kecil kerana pergerakan kita dalam kawalan Allah s.w.t..  Di  mana sahaja, kapan jua, apa lagi yang kita lakukan senentiasa di bawah pengawasan; di rumah, pejabat, kedai, pasar, jalanan, lautan, udara, medan peperangan/pertempuran, demontrasi jalanan hatta di dalam bilik sempit kita senentiasa dalam pengawasan dan kawalan Allah s.w.t.. 

Maknanya pergerakan kita senentiasa di awasi.

Nun jauh di Artik atau Antartika, di dasar laut dan udara, kita juga dalam pengawasan. Jika di kawasan-kawasan yang terpencil dan sukar diteropong pun kita masih dalam pengawasan Allah s.w.t., maka wajarkah kita berkelakuan tidak senonoh?: Merancang kejahatan, melakukan tipu helah, mencelakakan seseorang, menidakkan hakmilik orang lain atau menghalalharamkan perintah Allah s.w.t. menurut fahaman dan hawanafsu kita.

BELASUNGKAWA; PERGINYA SEORANG ULAMA' DAN MURABBI



Posted on Saturday, January 25 @ 20:34:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Belasungkawa; Perginya Seorang Ulama' dan Murabbi. Tuan Guru Dato' Ustaz Harun Taib dalam kenangan.

Sabda Nabi sallallahualaihi wasallam: "Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan tarikan sekaligus daripada manusia, akan tetapi ditarik ilmu dengan kematian ulama sehingga apabila tidak ada ulama, manusia akan mengambil daripada ketua-ketua yang jahil, orang bertanya dan mereka memberikan fatwa tanpa asas ilmu lalu mereka sesat dan menyesatkan orang lain." Hadis sahih riwayat Imam Muslim


Umat Islam di Malaysia pada hari ini menyaksikan pulangnya ke Rahmatullah seorang lagi tokoh ulama' dan murabbi, Allahyarham Tuan Guru Dato' Harun Taib akibat keuzuran dari penyakit yang beliau hidapi. Al Marhum Tuan Guru adalah Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dan ahli Majlis Syura Ulama' PAS.

Nama Al Marhum Tuan Guru begitu sinonim dengan tarbiyah dan perkaderan. Boleh dikatakan majoriti pimpinan yang mengisi saf kepimpinan jamaah pada waktu ini pernah merasa didikan tarbiyah secara langsung dari beliau. Buah fikiran Al Marhum, antaranya yang berkaitan siasah, qiadah dan wala' serta taadud jamaah melatari silibus usrah PAS.

Komitmen Al Marhum terhadap ilmu amat jelas. Seorang penulis karya dakwah yang prolifik, Al Marhum merupakan antara segelintir kecil anak Melayu ketika zamannya yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Universiti al Azhar yang memang diketahui umum sebagai sangat-sangat sukar. Keilmuan yang ada pada Al Marhum menjadikan beliau antara pakar rujuk utama penggubalan enakmen Hudud negeri Kelantan dan Terengganu.

Al Marhum juga terkenal dengan sikap tegas di dalam menjelaskan pendirian jamaah sehinggakan di dalam banyak isu, beliau dianggap sebagai menongkah arus. Ianya dapat disaksikan di dalam komentar beliau mengenai isu kerajaan perpaduan pasca PRU ke 12, penggunaan kalimah Allah dan peningkatan fahaman liberal dan plural di dalan masyarakat. Pada waktu ramainya ahli-ahli politik masa kini yang mengambil pendirian populis, Al Marhum tidak apologetik dan berani di dalam keyakinannya melahirkan pandangan yang boleh menjelaskan jatidiri Islam dan PAS.

Sesungguhnya pemergian murabbi agung ini adalah satu lagi tanda Allah swt sedang menjemput pulang mereka yang fakih akan agamaNya dan semakin dekat pula hari penentuan.

Al Marhum Tuan Guru Dato' Harun Taib meninggalkan seorang balu Datin Fatimah Ibrahim dan 5 orang anak. Anak al Marhum, YB Ustaz Hilmi Harun kini menyandang kerusi Dun Manir yang pernah di sandang oleh Al Marhum.

Semoga ruh beliau dilimpahkan dengan kebaikan dan ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin. Al Fatihah.

23 Rabiulawwal 1435 / 25 Januari 2014
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia







Tuesday 14 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435



Gambar hiasan: Kerpeluan semasa wajar diadakan
Saban tahun,  kita  merayakan Maulid Nabi s.a.w.. Pelbagai acara yang dirancang dilaksanakan sempena hari tersebut. Kita merayakan Maulid Nabi s.a.w. kerana bertekad membulatkan azam menjunjung ajaran Baginda s.a.w. 

Antaranya: Daripada pihak pemerintah sehingga mereka yang diperintah, daripada kalangan kumpulan sehingga kepada kalangan individu, daripada golongan kaya sehingga kepada golongan fakir, daripada golongan cerdik sehingga kepada golongan bodoh, daripada golongan amanah sehingga kepada golongan perompak, daripada kalangan manusia sehingga makhluk lain meraikan hari keputraan junjungan Rasulullah s.a.w. mengikut keperluan, citarasa dan kehendak masing-masing.

Di negara kita, pemerintah mengadakan penambahbaikan program-program tahun lalu dengan beberapa penambahan kelainan untuk menceriakan majlis, menyusunselia dan menurut keperluan konteks semasa.

Pihak lain juga turut meraikan program tersebut mengikut perspektif masing-masing. Ada yang mengadakan karnival, perarakan, ceramah, mengadakan jamuan, berkumpul berkaroke, berkelah, memancing dan tidak kurang juga yang bersantai di rumah sahaja.

Pada masa yang  sama di luar negara, Maulid Nabi s.a.w. diraikan dengan pelbagai cara; ada yang yang meraikan seperti di negara kita, dan tidak kurang juga peristiwa-peristiwa tragis yang berlaku di sana sini - sedang berlaku diseantero alam.

Walau apapun  akitiviti yang dilakukan oleh umat Islam yang penting keazaman mereka kepada kehidupan beragama semakin meningkat. Jiwa raga mereka diwakafkan untuk kejayaan diri, keluarga dan masyarakat. Dari sehari ke sehari kelibat mereka semakin matang, kecekalan mereka untuk menghidupkan keilmuan Islam semakin terserlah. Azam mereka dikotakan, janji-janji mereka ditepati, perangai buruk lama dibersihkan, cita-cita mereka untuk kejayaan Islam melangit, kasih saya sesama umat tiada tolak bandingnya. Keyakinan mereka kepada Islam seratus peratus. Maka wajarlah mereka digelar pembela umat ini.

Salam Maulidur rasul 1435



Thursday 9 January 2014

BERBEZA PANDANGAN





Ketika sesi perbicaraan di Mahkamah.

Hakim : Aku sudah berada di atas kerusi hakim ini sejak tahun 60an dan aku amat arif hakikat keadilan.

Dr Badie' : Aku sudah duduk di atas kerusi dalam kurungan tertuduh ini sejak tahun 60an dan aku amat arif makna kezaliman.

*Dr Badie' merupakan Mursyidul Am Jamaah Ikhwanul Muslimin.

#mesirkini
#R4BIA


Sumber: https://www.facebook.com/MesirKini

Wednesday 1 January 2014

PERAYAAN TAHUN BARU DILARANG DI ARAB SAUDI



Kontributor: Deddy Sussantho - 30/12/13 | 19:58 | 26 Safar 1435 H

dakwatuna.com – Riyadh. Perayaan pergantian tahun biasa dilewati dengan perayaan meriah di banyak negara. Tidak demikian dengan warga Arab Saudi yang tidak bisa bebas merayakan pergantian tahun yang akan terjadi Selasa malam.

Kepolisian syariat Arab Saudi atau yang biasa disebut Mutawaa memperingatkan secara langsung kepada publik bahwa perayaan tahun baru dilarang di negara ultra-konservatif ini. Larangan ini didasarkan pada dekrit dari Majelis Ulama Arab Saudi yang melarang perayaan semacam itu.

Alasan dekrit tersebut, karena Arab Saudi mengikuti kalender Islam, tidak seperti kebanyakan negara Teluk lainnya yang mengikuti kalender Gergorian yang juga digunakan secara internasional.

Demikian seperti dilaporkan media setempat, Okaz, dan dilansir AFP, Senin (30/12/2013),

TAHUN 2014 KEJAYAAN ISLAM



Salam Tahun Baru 2014. Semoga  tahun ini memberi keselesaaan kepada kita dalam kehidupan bermasyarakat. Dunia diselubungi keamanan walaupun di sana sini berlaku konflik berdarah seperti di Afghanistan, Iraq, Syria, Mali, Sudan dan pertembungan di antara mempertahankan maruah dengan penceroboh yang diimport secara berbondong-bondong dengan kelengkapan pemusnah, kekangan rampasan tentera di Mesir, kepungan dan sekatan yang berterusan kepada rakyat Palestin di samping pertempuran di antara kerajaan dengan warga tempatan masih berterusan di beberapa tempat.

Dalam perkembangan yang sukar diramal; negara-negara kaya dan mereka yang memilik teknologi sedang mempersiapkan kelengkapan perang masing-masing sama ada untuk tujuan mempertahankan diri, provokasi, ancaman, suatu pakatan atau tujuan-tujuan tertentu.  

Bagi melihat secara jelas maka ia memerlukan suatu analisis mendalam. Adakalanya analisisi yang dilakukan boleh berubah menurut iklim semasa, kerana silap tindakan kawan menjadi lawan dan lawan pula menjadi kawan. Sifat yang berbentuk subjektif itu menjadikan seseorang atau sesebuah negara itu menjadi berhati-hati dalam sesuatu isu apatah lagi yang melibatkan hubungan antarabangsa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”