NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 10 November 2013

Dakwah Yang Diredhai


Tuan/puan, kebenaran ada pada Rasulullah s.a.w. dan kaum muslimin yang menuruti jejak langkahnya adalah mereka yang berpijak di atas jalan yang nyata, jelas, benar dan petunjuknya setelah Allah s.w.t. mengisi hati dan akal mereka dengan dalil-dalil bukti, kemudian mereka berdakwah secara terang-terangan dengan segala kemampuan dan kesanggupan mereka yang diajar oleh Allah s.w.t. melalui perlakuan, amalan dan lidah nabi s.a.w.. Beruntunglah mereka yang bertakwa, mempunyai keazaman, tegas, memilik dan memahami al-Quran dan as-Sunnah.

Contoh seruan dakwah oleh tiga orang Nab a.s. kepada kaum masing-masing:

Thursday 7 November 2013

Antara Ketakwaan dan Kesyaitanan




Manusia yang tidak bertakwa menurut al-Quran dan as-Sunnah tetapi tekun beribadat, zuhud, penyair dan zalim bukanlah dari golongan hamba-hamba Allah yang diredhai. Mereka adalah sahabat-sahabat syaitan berwajahkan manusia. Mereka boleh menzahirkan sesuatu perkara-perkara luarbiasa yang menyalahi adat kebiasaan bersesuaian dengan keadaannya, suasana dan keperluan pada ketika itu.



Perkara-perkara tersebut berlaku kerana:

1. Ia terhasil daripada pendustaan dari kejahilan mereka.

2. Kejadian yang dilakukan tanpa disengajakan.

3. Dari dosa-dosa bersesuaian dengan sifat kesyaitan yang mendampinginya.

4. Akibat sifat kesyaitanan melampaui menjadikannya akrab dengan syaitan.

5. Urat nadi dan pemikirannya merencanakan kepalsuaan kepada kekuasaan Allah.


Wednesday 6 November 2013

Golongan Kafir Buta


Sebelum seseorang itu disabitkan tergolong kepada sifat tersebut terlebih dahulu dinyatakan ciri-ciri individu tersebut dari segi iktikad, perbuatan dan niatnya, antaranya:

1. Tidak beriman kepada Al-Quran:

a.  Tidak membenarkan perkara difirmankan oleh Allah s.w.t.:
b.  Tidak beriktikad akan kewajipan mentaatinya
c.    Ia telah berpaling daripadanya

2. Tidak beriman kepada Rasulullah s.a.w.:

a.     Tidak membenarkan ajaran Nabi
b.     Ragu-ragu mengakuinya
c.      Memperlekehkannya

Kecacatan


A036
A037
A038
             A039
         A040
                                                    A041
                  A042
            A043
             A044


“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".

Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?

Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.

Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.

Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).” ( Q.S. Az-Zukhruf: 36-44 )


Dalam shahih Imam Al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

“Empat perkara  di dalam umatku daripada perkara-perkara jahiliah;

Berbangga-bangga denga kedudukan,
Mencerca keturunan,
Menanggisi mayat dan
Meminta hujan daripada bintang-bintang.”


Tauhid Adalah Kesatuan



Tauhid adalah persatuan dan kesatuan umat manusia. Keadilan, kebijaksanaan dan kesejahteraan baru wujud jika dijiwai dengan tauhid. Jika tidak, maka slogan pembangunan manusia menuju masyarakat adil dan makmur hanyalah slogan sahaja.

Kita digalakan untuk melakukan kebajikan, dengan berdasarkan pada landasan akhlak dan iman, membuang segala macam dan bentuk syirik, unsure-unsur yang berkaitan dengannya dan membasmi semua kepercayaan yang palsu. Sesat dan mengelirukan.


A153



“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” ( Q.S. Al-An'aam:153 )

Monday 4 November 2013

Hijrah Mengajak Kepada Perubahan


KEMAHIRAN dalam merangka, merancang dan melaksanakan sesuatu misi adalah yang amat diperlukan dalam suatu organisasi terutamanya yang melibatkan kepentingan umat. Tanpa melalui perancangan biasanya misi yang hendak dicapai akan terbantut dan terabai atau mati di perjalanan. Tidak mungkin sesuatu visi yang besar dapat dicapai melalui perlakuan secara spontan. Suatu yang mustahil. Golongan yang berjaya dalam bidang masing-masing adalah mereka yang melalui pelbagai tribulasi kehidupan.

Bermacam-macam cara dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat. Dalam ajaran Islam pun kita tidak diajar mengharapkan sesuatu datang secara bergolek, dihantar melalui utusan kerana suatu jasa yang telah dilakukan, terjumpa suatu yang bernilai harganya dan/atau seperti kisah penebang pokok dengan jin yang memberi  wang selepas bangun dari tidur. Tidak. Tidak. Tidak.

Doa Akhir Dan Awal Tahun


Marilah tuan/puan kita bersama-sama berdoa memohon kepada Allah s.w.t. suatu keberkatan dan keazaman yang padu supaya dapat akal, fikiran dan hati naluri kita berdampingan dengan amalan-amalan praktikal yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para penganutnya sehingga akhir zaman.
                                                                                                                             

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali selapas salat Asar pada akhir waktunya atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa  yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah s.w.t. dari fitnah, tipu daya syaitan dan mendapat keampunan dosa yang lalu, Insya Allah.

Allah s.w.t berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


 Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas salat Maghrib pada malam 1 Muharram ( malam ini ). Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas salat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Allah s.w.t. berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Sunday 3 November 2013

Salam Muharam 1435H


Salam Tahun Baru. Semoga  tahun lalu memberi impak besar dalam kehidupan kita. Impaknya di samping memberi kita kesihatan tubuh badan, akal yang cerdas dan senentiasa dalam pengawasan daripada Allah s.w.t.. Perubahan penting ialah amalan baik kita semakin meningkat; amalan kehidupan kita berpaksikan agama, tindak tanduk kita berdasarkan al-Quran, perancangan kita menurut takwim tepat dan perkara-perkara tersebut membantu kita untuk berhadapan pada saat-saat getir. Masa kita terlalu singkat dan menjarakkan kehidup-an dunia kita dari semasa ke semasa. 

Kita berharap tahun ini lebih baik daripada tahun lalu. Harapan kita bersebab kerana semakin kita hampir mendekati hari-hari yang mendatang maka kerinduaan kita berjumpa Rasulullah s.a.w. semakin membara. Ibarat seorang suami merindui isterinya atau seorang isteri menanti kepulangan suaminya. Perjalanannya panjang tetapi masanya dekat. Dekatnya seperti kita berdiri di depan pintu rumah.

Munafik


Firman Allah s.w.t.:



“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Apabila berlaku hari kiamat itu,

Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). 

(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.” ( Q.S. Al-Waaqi'ah: 1-12)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”