NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 31 March 2013

Demi Satu Nyawa




http://youtu.be/o3d4eqIoTAM

Kejadian Yang Menakjubkan


Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:


"Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis 4 perkara : (1) rezekinya, (2) ajalnya, (3) amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga).”

(H.R. Imam Bukhari dan Muslim)


http://www.facebook.com/photo.php?v=10151320387483148
https://www.youtube.com/watch?v=o3d4eqIoTAM

Wednesday 20 March 2013

Menuju PRU13 Malaysia


Bila tarikh pengisytiharan pembubaran Parlimen dan DUN?
Pilihanraya ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja kerana detik-detik berakhirnya tempoh parlimen dan dewan undang untuk negeri-negeri telah sampai ke garisan penamat,  kecuali negeri Sarawak (mengadakan pilihanraya pada April 2011). Detik-detik tersebut akan menentukan kelicikan kita, kehebatan kempen, merayu dan peraih undi, mengemblengkan kekuatan, sumber dan strategik dalam keadaan gagah dan dapat menangani suasana secara harmonis.



Keagresifan, kekentalan, semangat juang yang tinggi, kecekalan, kewangan, prasarana dan gerak kerja pilihan raya adalah penentu kepada kejayaan.

Tahniah kepada calon-calon pilihanraya 2013 yang berwawasan membela rakyat.


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Tarikh Pembubaran Parlimen dan DUN

Gabungan Parti Barisan Nasional

Gabungan Parti Pakatan Rakyat

Keputusan Pilihanraya 2008



Saturday 16 March 2013

Aktiviti Sepanjang Tahun 2012




Bil

Aktiviti

Penglibatan

Catatan


3.1

Mesyuarat Agung Tahunan  kali ke-5
Mesyuarat ditangguhkan kerana kehadiran ahli kurang memuaskan

Ahli lama 3 orang
Ahli baru 15 orang
Ahli bersekutu (Filipina) 8 orang


Tahun 2011

3.2

Mengikuti kursus-kursus anjuran Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


3 orang

2 kali

3.3

Menghadiri program-program anjuran PERKIM Kebangsaan ibu pejabat.


5 orang


3 kali

3.4

Menghadiri program-program anjuran PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.


5 orang

2 kali

3.5

Menghadiri program-program anjuran PERKIM cawangan-cawangan Bahagian Wilayah Persekutuan.


3 orang

5 kali

3.6

Mengujudkan blog hasil daripada cetusan pandangan Jawatankuasa PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.

Laman blog boleh dilayari melalui: http://perkimpantai.blogspot.com
atau carian google: PERKIM PANTAI



Ahli-ahli PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


Kesinambungan daripada blog  dan wordpress: ‘Perkim Lembah Pantai’  yang terlupa kata laluannya.

3.7

Mengujudkan beberapa blog dan laman sosial untuk ahli-ahli PERKIM cawangan ini.

Ada 15 Blog. Antaranya:

Perkim Pantai
Kop. Insan Mulia KL Berhad
Kop. Qutbah Selangor Berhad
Azizan Saud
Daud Abdullah
Hadaina Mansurah
Hasnah Suan
Iskandar Neoh
Jasmin Tay
Tiblani Usman
Uwaimir Ahad

Manakala laman sosial  ada 25 buah (Facebook). Terdapat juga laman sosial yang diwujudkan telah disekat seperti PERKIM PANTAI dan Abdullah Abdullah Serta ahli-ahli lain.


Beberapa buah blog dan laman sosial sedang dalam pembinaan
untuk dipautkan sesama ahli.

(kami menjangkakan 2013 bahawa Jawatankuasa PERKIM Cawangan Lembah Pantai dan Ahli Lembaga Koperasi memiliki blog/  laman sosial)


3.8

Hi-Teh Dan Dialog Bersama Ahli-Ahli PERKIM
Pada 14/01/2012
Di Hotel Adamson,
Lorong Haji Hussein 2, Kuala Lumpur.


Seramai 15 orang


3.9

Meraikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama D’Murni Kasih Kuala Lumpur Berhad
Pada 15/01/2012
Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur


 Seramai 37 orang





3.10

Menubuhkan Koperasi  Qutbah Selangor Berhad
Pada 5/5/2012
Di Dewan Komuniti, Kampong Merab Luar, Sepang, Selangor.


Seramai 67 orang, diluluskan pada 18/01/2013


3.11

Menubuhkan Koperasi  Insan Mulia Kuala Lumpur Berhad
Pada 23/6/2012
Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.


Seramai 63 orang, diluluskan pada 31/7/2012


3.12

Perjumpaan bersama ahli-ahli dengan saudara baru dan ibu tunggal
Pada 7/7/2012
Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur


Merancang aktiviti


3.13

Meraikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Koperasi Mawar Bistari Kuala Lumpur Berhad
Pada 21/10/2012
Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur


Seramai 43 orang


3.14

Sumbangan hari raya bersama Jamiyah Kuala Lumpur dan Surau An-Nur, Pudu, kuala lumpur


Merai golongan saudara Baru dan fakir miskin




Biro-Biro PERKIM Pantai


            Biro-Biro sesi 2013/2014
            =====================

Biro Dakwah & Pendidikan

Shah Jehan Bin Yusof
Nik Abdullah Bin Nik Muhammad
Abd Jalil Bin Ishak


Biro Ekonomi Dan Kebajikan

Iskandar Neoh Bin Abdullah
Norsiah Binti Baba
Maznah Binti Othman


Biro Penerangan & Seranta

Muhammad Rafi Bin Abdullah
Roslan Bin Harun
Zainawati Binti Shamsuddin


Biro Wanita Dan Silaturrahim

Hasnah Binti Suan
Jasmin Tay Binti Abdullah
Rohaya Binti Ili


Biro Tugas-Tugas Khas

Zainal Abidin Bin Ismail
Mohd Abu Bakar Bin Abdullah
Roslan Bin Hamid



Friday 15 March 2013

Jawatankuasa PERKIM Lembah Pantai


PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA
(PERKIM) CAWANGAN LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN
----------------------------------------------------------



JAWATANKUASA SESI 2013/2014



Penasihat                    :           Datuk Haji  Nakhaie Bin Hj. Ahmad

Pengerusi                    :           Abdullah Bin Usman
Naib Pengerusi           :           Ahmad Bin Nasrudeen
  Haji Daud Bin Abdullah
Setiausaha                  :           Mohd Bin Mat Yaman
Pen. Setiausaha         :           Rohaya Binti Ili           
Bendahari                    :           Azizan Bin Saud
Pen. Bendahari           :           Abdul Rashid Bin Arifin
Ahli Jawatankuasa     :           Shah Jehan Bin Yusof
  :           Zainal Abidin Bin Ismail
  :           Muhammad Rafi Bin Abdullah
  :           Iskandar Neoh Bin Abdullah
  :           Norsiah Binti Baba
  :           Maznah Binti Othman
  :           Zainawati Binti Shamsuddin
  :           Hasnah Binti Suan
  :           Jasmin Tay Binti Abdullah
Pemeriksa kira-kira    :           Mohd Abu Bakar Bin Abdullah
                                      :           Othman bin Mat


KEAHLIAN

Jumlah keahlian PERKIM Cawangan Lembah Pantai, Kuala Lumpur seperti berikut:-
Ahli seumur hidup       :           4 orang
Ahli biasa                    :           42 orang
Ahli Bersekutu            :           -



Thursday 14 March 2013

Lahad Datu Duka


Dalam bahasa Bajau, Lahad bererti  tempat dan Datu pula merujuk pada penduduk berketurunan datu di Sabah. Manakala Duka maksudnya lesu, lara, gundah-gulana, kedukalaraan: gambaran betapa duka orang Melayu yang melihat orang asing sebagai penceroboh.

Tetapi di sini yang dimaksudkan dengan ‘Lahad Datu Duka’ adalah merujuk kepada suatu kaum yang pernah wujud dan menduduki satu kawasan yang awalnya berperangai baik dan berubah menjadi celaka. Sesiapa sahaja yang menyerupai suatu kaum, maka dia dihukum sama seperti mereka.

Suatu maksiat merupakan warisan turun temurun daripada suatu kaum yang telah dimusnahkan oleh Allah s.w.t. . Sifat manusia dan perubahan musim kerap pula berulangnya perlakuan-perlakuan yang telah pun pupus itu berulang kembali tetapi berlaku dalam kondisi yang baru, dimensi yang berbeza, perawakan dan bentuk yang pelbagai menurut suasana zamannya.


Antara ‘Lahad Datu Duka’ itu ialah:

Tepian Laut Mati
Pemandangan dasar Laut Mati
“Kaum Lut dikenali sebagai homoseksual      (liwat dan gay), lesbian, menyamun dan menghina malaikat

Kaum Aikah dikenali sebagai mencuri lebihan timbangan dan mengurangkannya ketika menjualnya.

Kaum Firaun dikenali sebagai berlagak sombong di muka bumi.

Kaum Aad dikenali sebagai angkuh dan takabbur.

Kaum Abrahah dikenali sebagai pemusnah Kaabah.

Kaum Yahudi dikenali sebagai kaum yang dimurkai.

Kaum Nasrani dikenali sebagai kaum yang sesat.

Kaum Iblis dikenali sebagai perosak.


Manakala ‘Lahad Datu’  yang diberkati dan berkekalan adalah:

Kaum Malaikat dikenali sebagai taat kepada perintah Allah.

Kaum Muslim dikenali sebagai menegakkan makruf, mencegah mungkar dan beriman kepada Allah s.w.t..”


Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

“Kaum Yahudi merupakan kaum yang dimurkai; sedang kaum Nasrani merupakan kaum yang sesat. Bagaimana kita boleh aman, damai dan tenteram jika kita menyerupai kaum yang demikian?”


Daripada Ata’ bin Dinar r.a., bahawasanya Umar Al-Khatab r.a. berkata, maksudnya:

“Janganlah kamu semua pelajari bahasa asing dan janganlah kamu semua memasuki gerja-gereja kaum musyrikin pada hari raya mereka kerana sesungguhnya murka Tuhan itu menimpa mereka.”


Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim menyatakan, sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:

“Sesungguhnya kamu semua akan mengikut tradisi para pendahulu kamu semua sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga seandainya mereka melalui sarang biawak pun, maka kamu semua akan melaluinya.” Para sahabat bertanya.” Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan adalah Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah s.a.w. menjawab. “Siapa lagi kalau bukan mereka?”


Kaab bin Ujrah r.a berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

“Akan terdapat pemimpin-pemimpin selepasku, barangsiapa yang mendekatinya, membenarkan pendustaannya, membantu kezalimannya, maka ia bukanlah golonganku dan aku tidak termasuk golongannya serta ia tidak dapat masuk syurga. Barangsiapa yang tidak mendekatinya, tidak membantu kezalimannya, maka ia termasuk golonganku dan ia masuk ke taman syurga.”


Dari Aisyah r.a., sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:

“Wahai Tuhanku, barangsiapa yang memegang sesuatu dari urusan umatku dan ia mengasihi mereka, maka kasihilah ia dan barangsiapa menyukarkan mereka, maka sukarkan ia.” (H.R. Imam Bukhari, Ahmad dan Ibn Hibban)

Tuesday 12 March 2013

Genetik Cacat



MENGUBATI badan terjangkit sakit  lebih  mudah urusannya daripada mengubati akal fikiran.

Ubatan bagi penyakit genetik pada ketika ini tiada rawatan yang efektif disebabkan oleh:

1. Kecacatan genetik atau 

2. Melalui pencegahan atau 

3. Nasihat pakar atau 

4. Pemberian nasihat tentang kemungkinan ulangan 
sesuatu kecacatan genetik pada anak-anak ibu bapa yang sihat tetapi telah mempunyai seorang anak cacat atau 

5. Beberapa orang anak cacat atau 

6. Apabila salah seorang saudara rapat menghidapi kecacatan yang terbukti diwarisi dan boleh melahirkan zuriat cacat yang berulang.


Sebaliknya jika ibu bapa yang memiliki kecacatan kromosom mempunyai pengalihan yang normal, tetapi tidak membawa translokasi yang tidak seimbang boleh menyebabkan ketaknormalan, maka kebarangkalian ulangan kecacatan biasanya kurang. Kecacatan kromosom yang paling penting dari segi ini adalah sindrom Down. Risiko  memperolehi anak dengan sindrom Down untuk kali ke-2 adalah dalam nisbah 1 dalam 100 kelahiran pada wanita yang sebelumnya mempunyai anak cacat. Bagi wanita yang berumur lebih daripada 40 tahun dengan nisbah kelahiran sekurang-kurangnya 1 dalam 50 pada wanita.

Walau bagaimanapun, risiko adalah lebih tinggi jika salah seorang ibu bapa membawa translokasi kromosom.

Apakah dia kromosom? Kromosom pada manusia adalah suatu set nukleus dalam sel-sel setiap spesies yang menjadi ciri daripada segi bilangan dan morfologinya. Setiap nukleus dalam sel-sel semantik manusia mengandungi satu set 46 kromosom dan dua daripada kromosom itu menentukan jantina individu, dan dengan itu dinamakan kromosom seks. Satu set lagi 46 kromosom dikenali sebagai autosom. Juzuk kromosom seks pada perempuan ialah xx dan pada lelaki ialah xy. 

Pada perempuan, setiap ovum mengandungi satu daripada dua kromosom x, sebaliknya pada lelaki, sperma mengandungi sama ada kromosom x atau kromosom y. Persenyewaan satu ovum oleh sperma yang membawa kromosom x dan y, menyebabkan nisbah seks lebih kurang sama pada masa kelahiran akibat percantuman kromosom perempuan xx dan kromosom lelaki xy. Hasilnya melahirkan genetik baru iaitu sama ada kromosom xx atau xy.


Firman Allah Taala:


A018
A019 
A020
A021
A023
A024


“(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab; Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih); Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan; Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula). Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya. (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):” ( Q.S. ‘Abasa: 18-24 )

Ibu bapa yang sihat, tidak mewarisi genetik kecacatan. Kehadiran seorang anak cacat kebarangkalian terhasil daripada mutasi baru dan kemungkinan ulangan pada anak berikutnya adalah sangat rendah.

Kecacatan kromosom atau ketaknormalan kromosom tertentu mempunyai kaitan dengan penyakit yang diketahui atau sindrom klinikal manusia, ia meliputi sindrom Down (mongolisme), ketaknormalan perkembangan seks (sindrom Turner dan Klinefelter), sindrom Malformasi Kongenitel Multipel ( trisomi-13 dan 18 ), keguguran spontan, kecacatan personaliti (xyy dan xxx dan lain-lain), leukemia meiloid kronik dan ataksia telangiektasia.

Manakala penyakit terkini yang terhasil daripada gelagat manusia dianggap seolah-olah membentuk suatu spektrum yang terdapat penyakit-penyakit disebabkan oleh infeksi dan kekurangan zat-zat makanan yang mempunyai penyebab alam sekitar sahaja, seperti; diabetes mellitus, hipertensi ‘essential’, penyakit arteri koronari dan mungkin juga penyakit barah atau penyakit psikiatri seperti skizofrenis psikosis manikdepreif.


Firman Allah Taala, maksudnya:


A001
A002


“Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (Q.S. Al-Insan: 1-2)


Bagi kecanggihan teknologi masa hadapan, menerobos DNA boleh digunakan untuk rawatan penyakit genetik dengan cara gentian terus gen cacat (terapi gen). Teknologi ini  akan juga membantu kita memahami dengan lebih jelas mengenai dasar molekul penyakit manusia dan penyakit melalui pencapaian-pencapaian diagnosis antenatal. Kita juga akan berpeluang melihat perkembangan rawatan prasimptomatik untuk  mereka yang sihat dan jika tidak dirawati akan mendapat kecacatan genetik. Mungkin pada suatu hari kelak kecacatan kongenital dapat dirawati fetus yang cacat sebelum dilahirkan.






Sila lihat juga:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”