NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 28 December 2012

Pengecut Menjadi Mangsa Pengganas



Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a berkata:


“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: 

“Bahawa Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah tiada alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ( H.R. oleh Imam Muslim )

Daripada Tsauban r.a. berkata,  Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya:


"Apakah kerana kami sedikit pada ketika itu."

Nabi s.a.w. menjawab:


"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir. Allah s.w.t . akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan’."



Seorang sahabat bertanya:

"Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"


Nabi s.a.w. menjawab:

"Cinta dunia dan takut pada mati". ( Hadit diriwayatkan oleh Abu Daud )



Thursday 27 December 2012

2013










Salam Tahun 2013 Masihi


SINAR 2013 akan menjelang beberapa hari lagi manakala tahun 2012 akan menguncup dan melabuhkan tirainya; seterusnya menghilang ditelan masa. Rekodnya akan dijadikan catatan lembaran sejarah, itu pun jika tercatat rekod yang baik untuk dipelajari oleh anak-cucu kita, walau bagaimanapun, saat yang telah terlepas tidak akan kembali lagi sebagaimana dinyatakan oleh Imam Asy Syafi’i rahimahullah:


“Aku pernah bersama dengan orang-orang sufi. Aku  tidaklah  mendapatkan  pelajaran  darinya selain dua perkara:

 Pertama, dia mengatakan bahwa waktu bagaikan pedang, jika kamu tidak memotongnya (memanfaatkannya),  maka  dia  akan memotongmu.
Kedua, jika dirimu tidak tersibukkan dengan perkara-perkara yang baik (haq), pasti akan tersibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia (batil).”

Berkata pula Imam Hasan Al Bashri:


“Wahai manusia, sesungguhnya kalian hanyalah kumpulan hari. Tatkala satu hari itu hilang, maka akan hilang pula sebahagian dirimu.”

Firman Allah Taala:


A011


“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”

Sepanjang tempoh 2012 beberap peristiwa besar telah berlaku antaranya peristiwa bersilih gantinya beberapa pemerintahan terutamanya di dunia Arab, bukan sahaja melibatkan pemerintahan tetapi yang penting tertolaknya ideologi lapuk dan digantikan oleh pemerintahan yang mengambilan pendekatan ‘wasatiyyah’ bertunjangkan Islam. Antara negara-negara yang terlibat seperti Tunisia, Libya dan Mesir.

Manakala di Syria, kini sedang berlaku pertempuran sengit di antara pemerintahan keluarga Assad dengan Pejuang Pembebasan Syria (FSA). Pertempuran bukan hanya berlaku di kawasan tertentu sahaja tetapi merata dipelbagai medan sehingga merentas sempadan Negara.

Jika tepat maklumat daripada pelbagai sumber menunjukkan bahawa para pejuang pembebasan Syria sedang mengasak selangkah demi selangkahmenguasai bumi Syria.

Di mana  sahaja jika berlaku penindasan, pilih kasih, utamakan kroni, tekanan yang berterusan kepada kehidupan dan ajaran Islam maka sampai ketikanya kebangkitan ummah akan berlaku. Barangkali boleh diungkapan sebagai revolusi atau kebangkitan rakyat ke arah keadilan.

Pengajaran daripada peperangan Israel-Hamas dalam tempoh lapan hari baru-baru ini menjadi contoh yang menarik dan mungkin menjadi kajian bahawa tidak pernah berlaku dalam sejarah serangan bertubi-tubi yang pernah dilakukan oleh Israel telah dibalas pula dengan beratus-ratus peluru berpandu oleh Hamas, menghujani Israel sehingga ramai penduduknya kecut, ketakutan dan lari lintang pukang termasuk askar dan perdana menterinya. Dahsyat.  Kita berharap semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan persediaan serta persiapan untuk menghadapi hari esok yang belum pasti perlu difikirkan kerana harta yang menggunung apabila telah terlepas ia tidak berguna lagi. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna. Salam Maal Hijrah. Allahu Akhbar


Hari Krismas





Hari Krismas disambut oleh penganut Kristian setiap 25 Disember setiap tahun. Sambutan yang penuh dengan kemeriahan itu diserikan lagi dengan kehadiran 'Santa Claus' yang pemurah hati. Semoga gembira selalu bersama-sama orang-orang beriman.


Wednesday 12 December 2012

PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan sesi 2011/2013


Gambar Kenangan Jawatankuasa PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan sesi 2011/2013



Datuk Haji Mohd Nakhaie bin Hj.Ahmad - Pengerusi

Datuk Haji Mohd Darus bin Hj. Mahmud - Naib Pengerusi

Datuk Haji A. Rashid bin Omar - Naib Pengerusi

Haji  Adam bin Hj. Daud - Setiausaha

Encik  Md. Shukor bin Aziz - Bendahari



Ahli Jawatankuasa:



Datin Hjh. Maheran bt Omar

Encik Abdullah bin Usman

Haji  Mohd Amir Ng Al Karim

Encik Mohd Mathurudi bin Rejab

Puan Nurul Haniza bt Mohd Noor

Encik Babul Abbas Abd Aziz

Encik Mathurudi Rejab



Panglima: Membakar semangat Prajurit


“Wahai saudara-saudaraku,

Lautan ada di belakang kalian,

Musuh ada di depan kalian,

Ke manakah kalian akan lari?

Demi Allah,

Yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran.

Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian lebih terlantar dari pada anak yatim,

Yang ada di lingkungan orang-orang hina.

Musuh kalian telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka.

Kekuatan mereka sangat besar,

Sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang-pedang kalian,

Tanpa kekuatan selain dari barang-barang yang kalian rampas dari tangan musuh kalian.

Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini,

Tanpa adanya perubahan yang berkesan,

 Nescaya nama baik kalian akan hilang,

Rasa gentar yang ada pada hati musuh

Akan berganti menjadi berani kepada kalian.

Oleh kerana itu,

Pertahankanlah jiwa kalian.”


Amanat  Panglima Tariq bin Ziyad sebelum peperangan menakluki Andalusia. 

Peperangan tersebut telah dimenangi oleh tentera Islam setelah tentera Visigoth di bawah pimpinan  Raja Roderic ketika itu tidak mampu melawan semangat jihad tentera Islam. 
Allahu akhbar.


Surat dari : Dr. Muhammad Badi`, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin

 

NILAI & AKHLAK: UNTUK KEBANGKITAN MASYARAKAT


الحمد لله حمدًا كثيرًا مباركًا فيه، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم، وبعد..


Islam adalah agama Allah dan agama kesemua Nabi dan Rasul. Ia akan terus menjadi penyelamat sebenar buat manusia. Islam telah menghadapi pelbagai cabaran besar sejak beberapa tahun dahulu.

Antara sokongan yang paling penting dalam merealisasikan kebangkitan ialah : Nilai dan akhlak yang termaktub didalam jiwa, lalu ia menggerakkan tubuh badan. Maka nilai dan akhlak itu akan bercakap dengan amal kerja, dan terjadilah cita-cita besar yang diinginkan, yang dahulunya hanya satu angan-angan.

Asas-asas gambaran praktikalnya telah ditunjukkan oleh didikan Rasulullah saw kepada para sahabatnya. Rasulullah menanamkan akhlak dalam jiwa mereka, lalu terbukalah dunia (dibawah pemerintahan Islam). Mereka itu adalah teladan yang terbaik di atas muka bumi ini. Nabi saw mengajar mereka dengan katanya :

“Bahawasanya aku ini diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (Hadis sahih direkod oleh Malik)

Begitu juga apa yang kita temui bahawa Al-Quran dan As-Sunnah Nabawiah telah menekankan berulang kali akan kepentingan praktikal amali atas kesinambungan iman da kepercayaan. Iman itu di aplikasi dalam alam realiti manusia. Ini diajar dengan jelas dalam petikan kata-kata sahabat:

“Iman adalah apa yang mendiami dalam hati, dan dibenarkan dengan amalan”

Para ulama telah mendefinasikan akhlak dengan : “Kumpulan perkara-perkara mulia dan tingkah laku yang diungkapkan”. Dengan itu, pembinaan kebangkitan dalam erti kata sebenar mestilah membangkitkan sokongan akhlak yang sebenar, sepertimana yang diajarkan Islam kepada kita. Pembinaan kebangkitan atas asas kebendaan semata-mata hanya akan merosakkan dan tidak menguatkan. Ia akan membawa faktor-faktor kemusnahan. Tiada bukti dari sejarah silam dan hari ini yang mengatakan pembinaan kebangkitan atas asas kebendaan semata-mata akan menguatkan daya kebangkitan. Tiada bukti dan hujah sejarah.

Apa yang kita lihat berlaku pada hari ini dalam masyarakat kita, masyarakat arab dan masyarakat Islam. Berlakunya pelbagai cabaran, pertembungan dan permasalahan yang menghendaki kita untuk menimbang semula untuk kembali kepada jalan yang benar. Kembali membina semula apa yang telah dirosakkan oleh sistem zalim yang telah berlarutan dalam beberapa tahun ini. Jalan yang dibina itu hendaklah menepati kaedah nabawi yang mulia.

Kebebasan

Islam telah menjamin kebebasan sejak dari awal lagi. Kebebasan inilah yang membentuk kemodenan-kemodenan. Islam telah memberikan kebebasan akal dan jiwa sebelum membebaskan tubuh badan. Lantas, terbitlah kemampuan yang berpotensi dari jiwa untuk pembinaan dan kebangkitan yang sebenar.

Allah Taala telah menciptakan manusia pada asalnya sebagai bebas merdeka. Amirul Mukminin Umar bin AlKhattab pernah berkata : “Sejak bila kamu (dibenar) memperhambakan manusia, sedang mereka dilahirkan ibu mereka dalam keadaan merdeka?”.Kebebasan itu telah wujud pada diri manusia sebelum mereka baligh dan dipertanggungjawabkan lagi, supaya mereka mampu memilih setelah itu, bukan sebelumnya. Sepertimana manusia diberikan hak kemahuan, kehendak, dan pilihan supaya mereka dapat menilainya.

Islam datang dan mengistiharkan kebebasan diri manusia di zaman manusia ketika itu diperhambakan. Hamba dari segi pemikiran, politik, masyarakat, agama, dan ekonomi. Islam datang dan memperkenalkan kebebasan: Kebebasan pegangan akidah, kebebasan berfikir, kebebasan berkata-kata (bersuara) dan kebebasan mengkritik. Kata Allah :


A099


“Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?” (Q.S. Yunus: 99)

Islam menjamin kebebasan berfikir, kebebesan ilmu, kebebasan berpandangan, bersuara, dan mengkritik. Juga kebebasan pegangan akidah dan slogan-slogan amalan agama bagi pengikut risalah samawi. Diizinkan kebebasan ini bagi membangunkan kebangkitan yang sebenar.

Demikian juga, Islam mengakui kebebasan bertindak selagimana tidak menyakiti orang lain. Ini bertepatan dengan kaedah umum dalam Islam : “Tidak mudarat dan memudaratkan”. Justeru, apa jua kebebasan yang membawa kepada kemudaratan diri atau orang lain adalah dihalang. Terikat dalam kaedah ini, bahawa kebebasan anda berakhir apabila bermulanya kebebasan orang lain. Ini bagi memperluaskan keamanan dan memberi peluang pembinaan kecemerlangan dalam erti kata sebenar.

Kesatuan

Kekuatan kita adalah pada kesatuan dan perpaduan kita. Manakala kelemahan kita adalah pada pepecahan kita. Allah berkata :


A103


“Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Q.S. Ali Imraan: 103]

Antara keistimewaan paling besar dalam umat ini adalah; ia merupakan sebuah umat yang bersatu. Kata Allah :


A052


“Dan sesungguhnya agama Islam ini adalah agama kamu – agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaku” (Q.S. Al-Mukminun: 52)

Hendaklah kita bersatu padu bagi membina negara ini dan memberikan kebaikan terbaik atas permasalahan peribadi. Ini bertujuan kembali membina apa yang telah dihancurkan oleh si zalim. Allah telah menghancurkan mereka untuk kita. Perpecahan dan perselisihan tidak akan memberi manfaat kepada kita, melainkan memberi manfaat kepada musuh kita. Hendaklah kita berpegang teguh dengan kata Allah :


A046


“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar.” (Q.S. Al-Anfaal: 46)

Adab Berdebat

Tujuan berdebat ialah untuk mencapai kebenaran, bukannya untuk memenangkan pendapat. Kebenaran itu adalah objektif yang dikehendaki dan tinggalan yang diingini. Antara kata-kata popular Imam Asy-Syafie, beliau pernah berkata : “Aku tidak pernah berdebat melainkan aku tidak peduli; samada Allah menjelaskan kebenaran itu dari lidahku, atau lidahnya”

Berdialog dengan buruk dan tidak berdebat gaya terbaik akan menyempitkan dada, memecahkan hati-hati, serta menaburkan tenaga dan usaha. Apabila telah jelas kebenaran dari pihak lawan, dan kuat pula buktinya, hendaklah pendebat mengikutinya dan mengakui kesalahannya. Bahkan lagi, hendaklah dia berterima kasih kerana telah mendapat penjelasan kebenaran dari pihak lawannya. Kebenaran itu hendaklah diikuti, manakala kebatilan hendaklah dijauhi. Jangan sesekali dia fanatik dengan pandangannya dan berkeras pula memenangkan pandangan tersebut sekalipun ia salah.

Allah telah memberi amaran kepada kita dengan kataNya:


A053



“Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentangnya)." (Q.S. Al-Israa`: 53)

Fiqh Berbeza Pendapat

Al-Quran telah mengakui wujudnya perbezaan pendapat.


A118



“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisih.” (Q.S. Hud: 118)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa atas kehendak Allah, maka Dia menjadikan manusia itu berselisih. Wajiblah bagi kita menjadikan perselisihan itu sebagai titik mula pembinaan bukan pilihan kehancuran. Kita hendaklah menjadikan perselisihan yang mambantu (Ikhtilaf Tanawwu`) yang membina pandangan, bukannya perselisihan menentang (Ikhtilaf Tudhad) yang menyelerakkan kesungguhan dan kemampuan.

Hendaklah kita menghormati orang lain, serta janganlah berburuk sangka. Jangan juga kita mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain. Hendaklah kita berkomunikasi dengan positif, insaf, terbuka, dan berkomunikasi yang terbaik dengannya. Negara kita menghendaki dari kita kesungguhguhan total untuk melakukan pembinaan yang telah diruntuhkan dari kita.

Bagaimana kita dapat membinanya sekiranya kesungguhan kita masih berselerak dan hati-hati kita masih berpecah belah, setiap orang mencari-cari kesalahan dan kekurangan saudaranya untuk menjatuhkannya. Hendaklah kita meletakkan diri pada tempat saudara kita kerana iman itu tidak akan menjadi sempurna melainkan jika kita mengasihi saudara kita sepertimana kita mencintai diri sendiri.

Keadilan

Mengembalikan keadilan merupakan asas penting Islam yang membangunkan kebangkitan, memajukan masyarakat, serta merealisasikan kebahagiaan individu dan kumpulan.


A090


“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (Q.S. An-Nahl: 90)

Ibnu Qayyim berkata : “Sesungguhnya Allah swt mengutuskan rasul-RasulNya, menurunkan kitab-kitabNya, bagi memberi keadilan kepada manusia. Ia adalah kebenaran yang mendirikan bumi dan langit. Apabila kamu melihat tanda-tanda keadilan dimana saja sekalipun, maka ianya adalah syariat Allah dan agamanya.”


A008


Keadilan itu hendaklah diberikan kepada orang yang menyokong dan orang yang menentang. Kata Allah “Dan janganlah sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” (Q.S. Al-Maidah: 8)

Masyarakat hendaklah merealisasikan keadilan di muka bumi, dan membina seluruh kehidupannya atas asas dan kaedah-kaedah keadilan sehingga ia mampu untuk hidup dengan kehidupan yang bebas mulia. Setiap individu pula gembira berada dalam naungan kebebasannya, bagi mencipta, melahirkan, dan menyebarkan kebaikan untuk semua.

Menghormati Kehendak rakyat

Revolusi ‘Musim Bunga’ Tanah Arab telah mengakhirkan penghambaan dan autokrasi dalam negara dan rakyat. Autokrasi itu mencuri kekayaan negara dan memalsukan kehendak rakyat. Zaman “Firaun berkata : Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar”[Al-Mukmin: 29] Telah berakhir. Pandangan rakyat kini diangkat tinggi sehingga mereka menjadi ketua akan keputusannya.

Imam kita, Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah melakarkan batasan bagi pembinaan kebangkitan dan menjulang rakyatnya. Beliau berkata: “Sesungguhnya pembentukan masyarakat, pendidikan rakyat, realisasi cita-cita, dan kemenangan prinsip.. menagih dari masyarakat akan kekuatan besar yang meliputi beberapa perkara: (1) Kemahuan yang kuat, yang tidak terpukul oleh kelemahan (2) Keteguhan yang tidak dikalahkan oleh pengkhianatan (3) Pengorbanan yang murni, yang tidak dihalangi oleh sifat tamak dan kedekut (4) Mengenali prinsip dan meyakininya serta menghargainya, terlindung dari kesalahan di dalamnya, tidak ada penyimpangan dan tawar-menawar serta penipuan padanya”

Tumpahnya darah syuhadak membuktikan kehendak rakyat, lantas membangkitlah pohon kebebasan. Janganlah kita memperkecilkan kehendak rakyat, tetapi hendaklah kita memberi jalan padanya, dan bergerak dengan suasananya. Dan janganlah cuba memutar belitkan keadaan- sekalipun dia merasa mampu untuk menghadapi masyarakat.

Persaingan dalam cara kebangkitan di negara kita, melaksanakan program yang berfaedah, dan kesalingan kita untu membantu kemajuan merupakan persaingan yang mulia. Jauh dari perlawanan yang keji yang hanya menyempitkan dada, dan menghentikan kemajuan. Hendaklah kita memandang (kehendak) Allah kemudian rakyat kita dari diri kita sendiri bagi menjelaskan praktikal cinta kita kepada mereka. Ia dilihat dari tindakan praktikal dalam kebangkitan yang sebenar yang mengembalikan hak kedudukan antara masyarakat. Semua rakyat diseluruh penjuru dunia telah bersepakat untuk berganti kepada pemerintahan demokrasi atas undian, barangsiapa yang mengajak pada selain dari itu, maka dia tidak bersetuju dengan dirinya sendiri.

Kehendak rakyat adalah yang mendominasi. Ianya kekal dan sangat kuat dengan izin Allah. Ia diatas segala kekuatan dan pemerintahan. Maka semua orang hendaklah menghormatinya dan janganlah memperkecilkannya bagi kemajuan negara untuk masyarakat.

Awas Dengan Khabar Angin

Awas dengan khabar angin. Ianya senjata yang membawa maut. Ia digunakan oleh musuh untuk menentang. Dulunya ia digunakan ketika perang. Malangnya, kini ia digunakan oleh orang yang saling bersaing dalam politik antara mereka tanpa mengetahui akan bahayanya terhadap negara dan rakyat. Mereka terlupa akan kata Allah :


A018



“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (.Q.S. [Qaaf: 18)


A036


“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Q.S. Al-Israa: 36)

Sebahagian dari media bacaan, tontonan, dan yang didengar tidak memberikan kebenaran. Lantas ia membantu mewujudkan kekeliruan dan keraguan. Ia cenderung kepada satu individu atau kelompok. Lalu tersebarlah kabar angin, cerita tidak benar, dan analisis salah. Ia dinyatakan seolah-olah ia satu kebenaran (sedangkan ia tidak).

Sesungguhnya kabar angina hanya menghancurkan, tidak membina. Tidak mungkin terjadi kebangkitan atas sokongan kaedah kabar angin. Jadikanlah kaedah kita sepertimana kata Allah :

A006


“Wahai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu satu berita maka selidiklah terlebih dahulu kebenarannya. Supaya kamu tidak menimpakan satu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. Al-Hujurat : 6)

Maka awasilah khabar angin dan bahaya menyebarkannya atau memberi saham dalam menyebarkannya.

“Cukuplah dikatakan seorang itu sebagai pendusta apabila dia berbicara tentang apa sahaja yang dia dengar” – Hadis Sahih dalam rekod Muslim.

Wahai umat Islam.. wahai manusia keseluruhannya.

Sesungguhnya umat kita sekarang ini dalam peringkat kebangkitan. Ia menagih dari kita semua untuk bersatu padu dengan kekuatan dan kesungguhan. Kita bergerak secara bersama dalam satu arah yang sama bagi pembinaan negara kita, kebangkitannya, dan kesatuannya. Hendaklah kita memperbanyakkan kerja baik bagi merealisasikan kemajuan yang sebenar. Ini tidak akan berhasil melainkan dengan penampilan akhlak dan nilai yang telah ditanamkan Islam dalam jiwa. Akhlak yang dianggap penyelamat umat manusia jika ia dilaksanakan dalam diri dan kehidupan kita sekarang ini.

Kata Allah :


A046


Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah.; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar.” (Q.S. Al-Anfaal: 46)

(وصلى اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم..
_____________________
Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala bentuk pujian.
Kaherah, 22 Muharram 1434H. Bersamaan 6 Disember 2012

Penterjemah : Syihabudin Ahmad

Sumber asal berbahasa Arab :

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=415756975163022&set
https://www.facebook.com/DrMuhammadMursy

Sedetik Bersama PERKIM Pantai


PERKIM  Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif  untuk menghidupkan semula dan sterusnya mengeluarkan buletin dwi bulanannya untuk mengkolektifkan aktiviti-aktiviti PERKIM di Wilayah Persekutuan khasnya oleh PERKIM Bahagian dan PERKIM Cawangan-cawangan khususnya bagi mengiklankan semua program yang dilakukan dari semasa ke semasa.

Susulan daripada cadangan tersebut PERKIM Cawangan Lembah Pantai mengambil berat tentang cadangan tersebut dan seterusnya menggerakkan program tersebut dengan menyediakan forum ini bagi memudahkan idea-idea yang bernilai dilontarkan kepada ahli-ahli PERKIM Wilayah secara amnya dan khususnya untuk masyarakat Islam.

PERKIM Wilayah Persekutuan melalui PERKIM Cawangan Lembah Pantai akan berusaha memberikan pandangan, kritikan dan ulasan yang membina untuk tatapan ahli-ahli.

Mereka bukan sahaja dahagakan maklumat terkini, tepat dan benar yang berlaku di dalam negeri tetapi yang lebih utama lagi ialah isu-isu yang melibatkan sensetiviti masyarakat terutamanya yang menyentuh umat Islam.

Kita mungkin memandang ringan tentang ketidakpekaan masyarakat tentang perkembangan-perkembangan semasa terutamanya yang melibatkan ajaran agama.

Namun itu tidak bermakna bahawa mereka berada dalam kepompong static tetapi ia sedang beristirehat  untuk tidak mengikut rentak cara berfikir dan bertindak mengikut amalan ajaran Islam.  

Alahkullihal sempena tahun baru 1434/2013 marilah kita pertingkatkan amalan dan membuang jauh-jauh sifat yang menjauhkan kawan-kawan daripada PERKIM dan ajaran Islam.

Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.




Tuesday 11 December 2012

Salam Dari PERKIM Pantai


Tahun baru sewajarnya kita memiliki azam baru sebagaimana pihak kerajaan atau swasta mengemukakan bajet mereka dengan mengumumkan bajet baru untuk tahun baru dan azam baru.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya lebih dahulu menanamkan azam tersebut sempena tahun baru dan menjadualkan aktiviti harian berdasarkan kalendar bulan, walaupun sebahagian besar aktiviti masyarakat dunia berdasarkan kalendar matahari.

Kedua-duanya mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Walau bagaimanapun dari masa ke semasa kita digalakkan memohon taubat kepada Allah Tuhan Semesta Alam kerana dosa-dosa yang kita lakukan sama ada yang nyata atau tersembunyi.  

Di samping itu kesalahan ringan yang kita lakukan sesama manusia dikehendaki saling bermaafan.

Pautan fikiran, perasaan dan tindakan tersebut menjadikan kelibat yang kita lakukan menunjukkan keperibadian kita terhadap diri kita sendiri.

Marilah kita mengorak langkah baru, membina azam baru, membaharui niat dan meletakkan Islam sebagai keutamaan hidup nombor 1. Tiada yang lebih utama melainkan yang terutama Allah s.w.t. Yang Maha Esa.

Monday 10 December 2012

Ahli Lembaga Koperasi PERKIM Kuala Lumpur Berhad


Ahli Lembaga Koperasi PERKIM Kuala Kuala Lumpur Berhad seperti berikut:


Dato’ Haji Mohd Darus Bin Haji Mahmud  -  Pengerusi

Dato’ Haji A. Rashid bin Omar  -  Naib Pengerusi

Pengerusi Koperasi 
Md. Shukor Bin Aziz  -  Setiausaha

Nurol Haniza Binti Mohd Noor  -  Bendahari

Datin Hajah Mawanchik Binti Che Jais

Abdullah Bin Usman

Mohd Syaiful Bahtiar Bin Nan

Abdul rani Bin Mohamad Daud

Fadzilah binti Abd. Latif


Ucapan terima kasih:

Ahli Lembaga Koperasi KoperkimKL  sesi 2011/2012 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua anggota yang memberi sokongan padu kepada koperasi dan kepada ahli-ahli PERKIM yang belum menjadi anggota sila daftar segera. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”