NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 31 May 2015

MH370 LICIK SEPERTI MAIN SOROK











AL-FAATIHAH




A001
A002
A003
A004
A005
A006
A007


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” ( Al-Quran, surah Al-Faatihah: 1-7 )





ADA PROFESOR ‘JULING SEJARAH’ – PENSYARAH





Ada profesor ‘juling sejarah’ – pensyarah [13/09/2011]

KOTA BHARU, 13 Sept: Kenyataan Majlis Profesor Negara kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi British disifatkan tokoh sejarah dari Universiti Malaya sebagai ‘juling sejarah’.


“Bukan sejarahwan sebenarnya kalau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya tidak faham mengapa boleh berlaku begitu,” kata Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar (gambar).

Menurutnya sejarah kalau tidak dinilai semula hanya akan diboloti pihak-pihak tertentu sahaja.

”Saya masih ingat kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail meminta dinilai golongan kiri yang turut berjuang menuntut kemerdekaan,” katanya pada forum rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi.

Forum berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga bertindak sebagai panelis pada forum tersebut.

Sebelum itu perasmian dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Zainal Kling menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi Inggeris.

Pandangan itu ditolak pelbagai pihak sehingga menjejaskan kewibawaan Majlis Profesor Negara yang baru ditubuh kerajaan.

Dr Mohamad berpengalaman selama 21 tahun sebagai profesor sejarah di UM berkata, tujuan mengkaji sejarah mempunyai dua makna iaitu untuk mengetahui peritiwa yang berlaku.

Dan keduanya menceduk pengetahuan tentang peristiwa tersebut.

Kata beliau sejarah hanya sahih sehingga ada penemuan bahan-bahan baru. Ini bermakna sejarah boleh berubah.

”Sebagai contoh sejarah Tembok Besar China diberi versi baru sekarang apabila ada kajian menyebut ribuan rakyat terkorban semasa membina tembok tersebut.

”Ini bermakna Tembok Besar China sedang ’bertutur’ dengan penderitaan rakyat,” ujarnya.

Oleh itu beliau membuat tanggapan Mohamad Sabu muncul sebagai penilai sejarah baru, bila mana sebelum ini kita hanya melihat melalui satu teropong sahaja.

Sebab itulah kata beliau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan sejarah yang diajar di sekolah ada yang tidak betul.

”Permulaan isu ada penjernihan akhirnya. Kebatilan pasti luput apabila timbul kebenaran. Dan kebenaran sekarang mulai muncul sedikit demi sedikit,” ujarnya.

Beliau menyimpulkan sejarah merupakan sesuatu catatan tentang perkara yang lojik dan masuk akal.

Sementara itu, orang ramai yang hadir pada forum berkenaan dikejutkan dengan kejadian beberapa kenderaan disembur cat hijau oleh pihak tertentu.

Mohd Nasir Ismail, 45 dari Pasir Mas berkata, keretanya jenis Ulser Toyota yang di parkir berhampiran Gelanggang Seni disembur cat hijau.

Katanya, banyak lagi kenderaan milik orang lain yang diletak di situ menerima nasib yang sama.

”Ketika saya datang ke tempat kereta semasa hendak pulang saya lihat ada anggota polis di kawasan berhampiran, namun dia tidak menanyakan apa yang berlaku.

”Saya yakin pihak yang melakukan perbuatan khianat itu berani kerana kemungkinan besar mereka dilindungi kuasa politik.

”Kita boleh lihat sendiri apabila kes aktivis Gerakan Bertindak Kembali Royalti Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali yang ditampar veteran Umno beberapa bulan lalu tidak diambil sebarang tindakan biar pun laporan polis sudah dibuat,” ujarnya.

Turut menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut kereta milik seorang wartawan tempatan. Difahamkan beliau sudah membuat laporan polis pagi ini.










HADI AKUI SUKA NAJIB DIBERI PELUANG

  

1:45PM - 12 May 2015
Hadi akui suka Najib diberi peluang
  
Presiden PAS berkata, beliau "suka" jika Datuk Seri Najib Razak dibiar menghabiskan tempoh mandatnya sebagai perdana menteri berbanding kecenderungan sesetengah pihak yang menuntut beliau meletak jawatan.

Bercakap kepada media di Kuala Terengganu hari ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jika seseorang memiliki kelemahan, ia perlu dinyatakan dalam bentuk nasihat dan menyelesaikan masalah.

"Ya, saya suka (Najib) diberi peluang biar habis tempoh penggalnya," katanya dipetik Harakahdaily.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu, ketika BN dibebani dengan pelbagai masalah, PAS menyerahkan kepada rakyat untuk "menghukum parti pemerintah" kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.


Tak mahu tuding jari

Kata Abdul Hadi semua perdana menteri sejak Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah masing-masing.

Menurutnya, dia tidak mahu menuding jari kepada sesiapa.

"Biar rakyat menghukum parti, bukannya menghukum orang (individu)," katanya.

Sementara itu The Star Online melaporkan Abdul Hadi mahu Najib terus berkhidmat sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil.

Katanya, Najib tidak harus tunduk pada tekanan dan harus diberi peluang menyelesaikan masalah dihadapi.

Abdul Hadi juga berkata Najib patut diberi peluang kedua untuk menghabiskan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara sehingga cukup penggal perkhidmatan.

Anggota Parlimen Marang berkata tidak guna memberi tekanan kepada Najib susulan kontroversi sekitar 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.

Beliau juga dilaporkan berkata, memberi tekanan supaya Najib berundur tindakan memalukan kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.










BERI PELUANG NAJIB SEHINGGA HABIS TEMPOH - PRESIDEN PAS



Beri peluang Najib sehingga habis tempoh - Presiden PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | 12 Mei 2015.

KUALA TERENGGANU: PAS menyerahkan kepada rakyat bagi ‘menghukum’ parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang dibebani dengan masalah skandal 1MDB dan Tabung Haji.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata negara ini mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dan bukan dengan ‘diktator’.

Justeru, katanya segala permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan negara menjadi tanggungjawab parti dan bukan semata-mata individu tertentu.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu diberi tempoh hingga habis penggal bagi menyelesaikan segala masalah tersebut.

“Ya, saya suka (Najib) diberi peluang biar habis tempoh penggalnya. Biar rakyat 'hukum' dia. Itu pandangan sayalah, biar rakyat menghukum dia.

“Kita jika ada kelemahan, kita kena sebut. Kita lebih berbentuk menasihati untuk mengislah dan menyelesaikan masalah,” ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang kepada media ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-13 berhenti rehat, hari ini.

Ustaz Abdul Hadi menyifatkan setiap Perdana Menteri yang silih berganti sejak Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mempunyai masalah masing-masing.

“Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa. Pada saya, supaya kita mengamalkan demokrasi ‘pulang’ kepada rakyat. Rakyat untuk menghukum parti dan bukan menghukum orang.  

“Jika kita kata Perdana Menteri sekarang dia punya masalah, yang dahulu juga ada masalah juga, jadi seolah-olah kita hendak jadikan Melayu mudah lupa. Bukan Melayu sahaja yang mudah lupa tetapi MIC ada Maika Holding, MCA ada masalah skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan sebagainya. – HARAKAHDAILY








Saturday 30 May 2015

MH370 MERUDUMNYA DAJAL




 


AL-FAATIHAH




A001
A002
A003
A004
A005
A006
A007


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” ( Al-Quran, surah Al-Faatihah: 1-7 )





MEMBACA TULISAN IKHWAN MUSLIMIN TETAPI TIDAK HAYATI PEMIKIRANNYA



Membaca tulisan Ikhwan Muslimin tetapi tidak hayati pemikiran Ikhwan dan Islam

Posted on Monday, May 25 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
  
Artikel Oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz
  
Sidqul Intima’.

Tiada gunanya kita membaca kitab-kitab Ikhwan, menelaahnya, mendaurahkannya, menadwahkannya, yang akhirnya kita sendiri tidak beriman dengan apa yang disebut, dan tidak melihat kepada pegangan si penulis kitab.
  
Kebanyakan penulis kitab-kitab Ikhwan, pensyarah-pensyarahnya semuanya menghembuskan nafas mereka ketika jiwa dan jasad mereka berada di dalam Ikhwan, baik jamaah ketika itu senang atau susah. Mereka amat jelas terhadap fikrah mereka (fikri), emosi mereka (athifi), dan keta’luqan mereka terhadap tanzhim Ikhwan (tanzhimi).

Kam Minna Wa Laisa Fina Wa Kam Fina Wa Laisa Minna adalah slogan yang perlu difahami secara baik, dan betul. Ia bukanlah hujjah seorang aktivis menjarakkan dirinya daripada jamaah dan membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang ingin menyaingi jamaah atas alasan “Kam Minna Wa Laisa Fina Wa Kam Fina Wa Laisa Minna”. Atas alasan apa-pun (selain jamaah telah lari dari syarak dan rosak aqidah mereka), maka ia bukanlah hujjah ke atas kita untuk bertindak sedemikian.

Anda membaca buku-buku Al-Banna, Sayyid Qutb, menelaahnya, dan mereka menghembuskan nafas mereka bersama jamaah. Anda membaca buku-buku Mustafa Masyhur, dan beliau juga wafat dalam jamaah. Anda mengkaji buku-buku dan makalah-makalah Ikhwan yang ditulis oleh para Mursyid, mereka juga mengakhiri hidup mereka bersama jamaah. Tiada seorang pun yang jiwa dan raga mereka berada di luar jamaah, di saat mereka diuji, sehinggalah mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Begitu jualah para penulis kitab-kitab Al-Muntalaq, Al-Dakwah Ilallah, dan selainnya, mereka semuanya iltizam dan terus bersama Ikhwan.

Dan ketika mereka ini hidup, tidaklah jamaah itu berada dalam keadaan senang, tenang, aman, tiada pergolakan, tiada konflik, tiada kekurangan dan sempurna sebagaimana yang diingin sebahagian kita. Namun, semua ini tidak menggugah intima’ fikri mereka, athifi mereka, dan tanzhimi mereka, untuk terus bekerja bersama jamaah.

Mereka kekal bersama jamaah dan tenang, walaupun mereka juga diuji dengan pelbagai ujian termasuklah melayani karenah anak muda yang terlebih semangatnya (tiada panduan) ketika itu (di zaman mereka). Pada mereka, tiada kekurangan yang tidak boleh diperbaiki, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, tiada kebengkokan yang tidak boleh diluruskan. Semuanya mampu diatasi, selagi kita semua bekerjasama.

“Al-Shahid Sayyid Qutb ketika menafsirkan ayat yang membicarakan tentang berbisikan berkata:

Nampaknya sebahagian kaum muslimin - yang terdiri daripada mereka yang belum sensitif dengan deria tanzim Islami-, ketika berlaku sesuatu perkara, mereka berkumpul sesama sendiri, untuk bersembang-sembang dan berbisikan serta bermesyuarat jauh daripada kawalan qiadah mereka. Keadaan ini tidak diperakui oleh tabiat perjalanan jamaah Islam dan ruh tanzim Islami yang menuntut agar segala pandangan, pendapat dan cadangan yang timbul hendaklah dibentangkan kepada qiadah secara langsung.

Perkumpulan-perkumpulan pinggirin di dalam jamaah adalah tidak dibenarkan. Adalah diperhatikan bahawa perkumpulan-perkumpulan yang wujud di dalam jamaah akan menyebabkan keadaan kucar kacir dan menyusahkan jamaah, sekalipun orang yang melakukannya kadang-kadang tidak berniat demikian. Tetapi cara pengutaraan permasalahan semasa yang dihadapi, atau pembentangan pendapat dan cadangan dengan cara demikian sudah cukup untuk membawa kepada kesulitan dan ketidak patuhan. (Fi Zilal al-Qur’an, 6/351, Fenomena Fitnah Dalam Harakah Islamiah: siri IV,jendelaantarabangsa.blogspot.com).

Saya telah menyertai beberapa kumpulan kecil yang sifatnya sebegini, sebelum saya bertemu dengan jamaah.

Saya iltizam dalam kekurangan, dan saya akan terus istiqamah. Saya tidak ta’assub, namun, sekadar mengambil ibrah daripada isi kitab-kitab dan pengalaman hidup para penulisnya.

Inilah saya, anda bagaimana pula?

(Ibrah dari Kitab Khasais al-Fitan, dan Fi Zilalil Quran).








KEBENARAN AKAN TERSERLAH



Kebenaran akan terserlah kerana pejuang-pejuang Daulah Islamiyah masih meneruskan misi mereka kerana mereka ada dua pilihan sama ada memperolehi kehormatan di dunia atau mati syahid. Golongan dajal tidak akan berhenti memusuhi mereka  walaupun mereka telah menguasai bumi Syria dan Iraq kerana pejuang-pejuang dipelbagai penjuru sedang memanaskan badan mereka untuk menghadapi aksi-aksi seterusnya.

Kehidupan itu memerlukan pengorbanan dan mereka berjuang untuk membersih negara mereka daripada persekongkolan dajal yang merampas hasil mahsul bumi. mereka akan memenanginya kerana janji Allah s.w.t. itu adalah benar.

Apabila generasi pertama tumbang akan ada lagi silih-berganti generasi seterusnya. Suatu ketika nanti datuk-datuk yang diperangi oleh mereka pada hari ini mereka pula akan bangkit mendokong menjulang martabat umat. 

Islam telah didirikan sejak 1436H. Setelah  Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. diutus menyebarkan kebenarkan mengetuk pintu-pintu hati manusia yang masih berada dalam kefasadan. Dirungkai dan disucikan hati perasan mereka supaya menjadilah mereka sebagai anak yang dilahirkan dalam keadaan bersih dan ibu bapa merekalah yang akan mencorakkannya; sama ada menjadi baik, jahat atau terawang-awang tidak tentu arah.

Kaum muslimin yang memahami seruan Rasulullah s.a.w. diutuskan di muka bumi ini akan senentiasa beringat dan mengingati pesan-pesan Baginda s.a.w..


Dari Anas Ibnu Malik r.a.; dia berkata : Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajal akan ada tahun-tahun penuh penipuan. Orang yang benar didustakan sedang orang yang dusta dibenarkan, orang yang amanah dituduh pengkhianat sedang orang yang khianat dianggap amanah, dan Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya: Apa itu Ruwaibidhah? Beliau menjawab: “Orang fasiq kecil (bodoh) yang berbicara mengenai urusan orang banyak.” [Hadith hasan riwayat Imam Ahmad dan lain-lain]








MH370 DICARI-CARI 0 0




KOSONG  0 0



Friday 29 May 2015

ORANG ROHINGYA HANYUT NAMPAK, MH370 KABUR



Aset-aset negara dikerah memantau pergerakan orang hanyut. Manakala pencarian MH370 terhenti seketika kerana terpaksa memberi laluan menanganinya dikhuatiri mereka-mereka kebuluran di tengah-tengah lautan utara Selat Melaka. Alam ini menjadi ceria apabila isu baru menenggelamkan isu lama.

Orang-orang Rohingya melarikan diri daripada pembunuhan pemerintahn Myanmar. Mereka dibunuh kerana mereka dilahirkan di Myanmar. Sebelum Burma bertukar menjadi Myanmar pembunuhan beramai-ramai kepada kaum Rohingya tidak begitu ketara. Ia terserlah apabila rampasan kuasa tentera berlaku di sana supaya tentera tidak bertempur dengan penduduk tempatan daripada suku kaum Buddha dan Rohingya. Kini suku kaum Islam diperangi secara terbuka. Keran isunya pemerintahan.

Manakah yang lebih utama antara pilihan-pilihan berikut yang sesuai digunakan oleh junta tentera di Manymar?


1. Berhadapan dengan rakyat Myanmar bagi menghadapi juntera tentera?, atau

2. Menghadapi penduduk Buddha/Rohingya yang mendambakan demokrasi?, atau

3. Mengacau-bilaukan penduduk Buddha dan Rohinya supaya mereka tidak melihat rampasan kuasa tentera?, atau

4. Membunuh dan menghalau penduduk Rohingya bagi memikat hati penduduk Buddha?, atau

5. Menjadikan pengusiran orang-orang Rohingya dan Bangladesh  supaya negara-negara ASEAN tidak memikirkan tentang junta tentera perampas kuasa? dan

6. OIC, PBB dan negara-negara serantau melihat bahawa perkara tersebut melibatkan masalah dalam Myanmar.


Suatu keistimewaan orang-orang hanyut Myanmar dan Bangladesh itu, mereka memiliki kuburan di kawasan Wang Kelian, Perlis. Sehingga kuburan-kuburan mereka itu menjadi tajuk-tajuk pemberitaan supaya kes-kes yang besar senyap diserap oleh udara. Kesian golongan dungu-dungu kerana masih mengekalkan ilusi-ilusi kedajalan mereka.

Oleh kerana manusia di bahagian timur, kawasan Asia Tenggara, kabur-kabur tentang pencarian MH370, maka dipanggillah tukang-tukang penyiasatan mayat-mayat yang ditunjukkan dikorek-korek mayat mereka dari dalam kuburan yang wangi itu supaya dapat dibedah siasat oleh pakar-pakar daripada Amerika Syarikat supaya beritanya menjadi sensasi. Menjadilah ia viral seantero alam. Puncanya kerana 1MDB boleh menguncangkan kedudukan. Ia pula diasak oleh mantan PM.


Itulah dunia yang mengkhayalkan kerana manusia jauh menyimpang daripada ajaran Islam.





 
 



ANGGUR HIJAU









 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”