NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 24 February 2013

Negara Hebat


Negara-negara yang dikategori hebat pada ketika ini ialah apabila sesebuah negara itu telah dapat membangunkan teknologi komunikasinya tersendiri tanpa berpaut dengan ihsan negara pengeluar . Dalam tempoh terdekat beberapa negara telah berjaya melancarkan satelit ke orbit sama ada bagi tujuan pembangunan sains atau ketenteraan. Kehebatan penguasaan teknologi tersebut membolehkan negara-negara terlibat menguasai maklumat secara cepat, tepat dan terkini.

Baru-baru ini antara negara yang melancarkan roketnya ialah USA, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, China, Rusia, Pakistan, India, Iran dan beberapa negara lain yang hebat teknologinya.

Kita berharap negara kita akan menyusul seiring dengan negara-negara yang terlibat yang kepakarannya dicanang oleh anak-anak bangsaku.

Berfikir sejenak dan menyediakan plan pelaksanaan jangka panjang lebih baik daripada menggunakan teknologi luar walaupun kosnya murah.

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Allahu Akhbar.








Wednesday 20 February 2013

Persediaan PRU Ke-13


Persiapan Pilihanraya Ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja sedang diatur dan berjalan dengan baik. Kekuatan jentera SPR yang terlatih dan didikasih membolehkan perjalanan pilihanraya sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Insya Allah, pilihanraya kali ini juga berjaya sama seperti tahun-tahun sebelumnya kerana pegawai-pegawai SPR terdiri daripada penjawat awam yang terlatih dari segi pentadbiran, pengurusan masa dan mental.

Pertembungan dua pihak yang masing-masing mempunyai regu yang hebat dengan dibantu oleh rakan-rakan parti lain menyaksikan bahawa pilihanraya kali ini hebat kerana semakin lambat pembubaran parlimen; manakala tempoh berakhirnya parlimen semakin hampir memboleh parti-parti yang bertanding bersiapsiaga dalam menyusun jentera dan menyediakan tenaga kerja bagi menghadapi pilihanraya.

Jika diandaikan pilihanraya dalam tempoh seminggupun maka persediaan ke arah itu telah pun diadakan cumanya poster-poster baru, berkilauan dan bergantungan/bergayutan di sana-sini belum lagi di pasang. Untuk itu, hadirlah beramai-ramai menunaikan kewajiban tuan/puan sebagai pengundi 2013.

"MARILAH MARI PERGI MENGUNDI TUNAIKAN KEWAJIBAN PADA NEGARA"





Monday 18 February 2013

Penipuan



Penipuan tidak pernah berubah; cuma ia menggunakan helah baru, teknik, taktik, penyamaran, mengaburi,  mengguna teknologi semasa serta gabungan antara pengalaman dan pembelajaran masakini yang sukar untuk dikesan kerana sifatnya yang canggih seperti nasihat ulama; “ Syirik Khafi itu umpama semut hitam, berjalan di atas batu hitam, di malam yang gelap pekat.”

Sifatnya yang boleh mengubah dan berubah corak, bentuk, warna dan latar belakangnya yang sukar untuk dikesan menyebabkan perlakuannya berleluasa di samping didokong, disokong dan dipertautkan oleh geng-geng yang bergerak secara terbuka dan di belakang tabir.

Sesuatu perlakuan yang sifatnya bergerak akan dapat dikesan juga akhirnya apabila takat perlakuannya sampai kepada peringkat klimaks. Barangkali  teknologi terkini boleh membantu mengesan dan menyelesaikan pergerakan sesuatu objek sama ada yang berada di udara, daratan atau lautan.  Bahkan alat-alat pengesan pergerakan itu  pun telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa menurut keutaman, keperluan dan kepentingannya oleh negara-negara yang mempunyai teknologi kendiri. Negara-negara pengguna pun mendapat manfaat daripadanya.

Umat Islam wajar memanfaatkan kehebatan teknologi yang sedia ada di samping memikirkan tentang  kaedah, peluang dan ruang untuk mendapatkannya. Kekayaan yang kita miliki, sama ada di udara, daratan dan lautan akan punah dan sia-sia jika kita tidak memiliki kekuatan dan kehebatan. Kita mudah dibuli, diberi kata dua, diugut dan ditelanjangkan. Akhirnya pengganas, penjahat, lanun, penyamun, perompak dan pencuri bersekongkol untuk saling bekerjasama untuk manfaat bersama. Sebaliknya kita sebagai penegak undang-undang ternganga, meleleh air, tercegat, tercengang tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita terkepung oleh kelemahan kita sendiri.

Anak-anak bangsa kita yang pakar dalam bidang masing-masing wajar disatukan, digembleng dan digerakkan kepakarannya. Manfaatkan semaksimumnya. Kita khuatir keseronokan yang tiada kawalan, perhiasan beraneka ragam/gaya sehingga terlondeh tubuh, hiburan yang melampau dan wanita murahan yang boleh di jamah di hotel bajet dua jam boleh membelitbinasakan, yang pada akhirnya akan merugikan negara, merugikan umat ini dan merugikan diri kita sendiri. 

Mengapa penipuan itu berlaku sedangkan kita mengetahuinya atau barangkali kita menipu diri kita sendiri? Allahu Akhbar.



Friday 15 February 2013

TAHUKAH ANDA MANUSIA BAGAIMANA YANG BERADA DI PARLIMEN MESIR SEKARANG?



Monday, January 14, 2013

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.
net/hphotos-ak-prn1/150942_
10151421702070180_
390072680 _n.jpg


Tahukah anda siapa yang berada di Parlimen Mesir sekarang? Ternyata daripada 505 kerusi Parlimen mereka terdiri daripada:


1. Lebih dari 140 orang adalah hafal Al-Quran.

2. Lebih dari 100 orang telah hafal lebih dari 10 ribu hadits.

3. Lebih dari 180 orang telah hafal lebih dari 15 Juz Al-Quran.

4. Lebih dari 170 orang menyandang gelar Doktor di berbagai disiplin ilmu.

5. Lebih dari 50 orang tidak memiliki mobil pribadi.

6. Lebih dari 350 orang daripada mereka pernah menjadi tahanan politik.


Presidennya Muhammad Mursi juga seorang yang hafal Al Quran, semoga mereka dapat lebih melindungi dan membebaskan Palestin Allahu Akbar.....

SUMBER: FB



Thursday 14 February 2013

Ceria


Ceria. Ceria. Ceria. Kita ceria kerana hati kita gembira. Kita tidak mungkin gembira jika kita tidak ceria. Ceria yang terpancar daripada wajah seseorang individu itu menunjukkan bahawa ia merdeka, bebas dari kongkongan, tekanan dan sentiasa keriangan. Banyak faktor yang menjadikan seseorang kelihatan ceria. Ceria berlaku secara spontan yang tercetus hasil daripada pancaran kegembiraan perasaan, akal dan naluri seseorang.

Seseorang menjadi ceria kerana perasaan dan akal fikirannya tersentak oleh sesuatu perkara yang melahirkan suasana keceriaan, umpamanya; terbayang sesuatu yang melucukan, terimbas kembali sesuatu peristiwa, terkenang kisah silam, teringat cerita semalam, terpandang sesuatu yang mencuit perasaan, mendesis-desis bunyi di telinga, bunyi membisik-bisik sesuatu perkara, mendapat perkhabaran baik, mendengar berita menggembirakan dan mendengar ucapan tahniah daripada utusan. Kesemua perkara-perkara tersebut boleh mencetuskan keceriaan.

Seseorang itu pula tidak mungkin ceria jika fikirannya tertekan, serabut, tindakannya terhalang, nafsunya tersekat, kehidupannya  kosong, keperluan hidupnya terbantut, menghadapi masalah dalaman, banyak berhutang dan musuh keliling pinggang. Ceriakah dia jika keperluan hidupnya sentiasa kekurangan; berstatus fakir dan miskin?

Seseorang yang sentiasa ceria dapat melahirkan idea-idea yang bernas, kemas dan teratur, terkini,  ikhlas, kreatif dan berinovasi, bertindak balas dengan sikap proaktif dan menghasilkan pemikiran yang positif.

Individu yang memiliki kecerian adalah dari golongan kanak-kanak. Kecerian mereka terlihat daripada gelagatnya. Mereka tidak pernah memikiran tentang masalah kerana yang penting bagi mereka ialah apa yang dihajati dapat diperolehi. Mereka merdeka. Mereka adalah raja. Bagaimana ia diperlolehi terpulang kepada penjaganya menyelesaikan masalah tersebut? Yang penting beres. Dapat.

Mereka yang memiliki keceriaan juga adalah daripada golongan mujahid.  Sifat mereka yang mengisytiharkan keseluruhan dirinya diserahkan kepada Allah s.w.t. menjadikan mereka adalah insan pilihan utama di muka bumi yang tiada tolak bandingnya. Mereka tidak pernah risaukan sesuatu hanya mereka mengharapkan keredhaanNya. Jika golongan ini syahid sekalipun maka akan bermunculan lagi berlipat-ganda penggantinya. Golongan ini tidak akan pupus sebagaimana bayi lahir pada setiap saat.

Keceriaan juga ada pada golongan yang bebas daripada hutang, hidupnya merdeka, tiada risiko dan kerisauan, kehidupannya bebas, tiada riba, tiada caj, tiada faedah dan tiada bayaran perkhidmatan.

Keceriaan juga ada pada golongan ‘sindrom Down’. Sifatnya sama seperti kanak-kanak. Bezanya dia kurang meminta.

Kesemua golongan tersebut adalah antara individu apabila meninggal dunia raut mukanya berseri-seri kerana harapannya besar, cita-citanya melangit, keyakinannya tinggi, akal fikirannya bebas dan fikirannya tidak memikirkan tentang perkara-perkara keduniaan. Merekalah golongan merdeka.
  
Manakala golongan yang bermasalah, murung, hambar dan tidak ceria adalah individu yang berpenyakit  dan bermacam-macam penyakit yang mereka hidap sama ada hubungannya bermasalah dengan Allah s.w.t. pencipta alam ini, bermasalah sesama manusia, menghidap penyakit berjangkit atau berpenyakit disebabkan oleh pemakanan. Keceriaan mereka telah disedut oleh keadaan dan masalah yang mereka hadapi. Segala permasalahan mereka hanya dapat dipulihkan apabila mereka benar-benar ikhlas untuk membebaskan diri daripada belenggu-belenggu tersebut.
  
Ada banyak kaedah yang membolehkan kita ceria. Keceriaan itu terjadi dengan sendirinya kecuali ia dilakukan secara kepura-puraan dan melalui latihan yang praktikal. Antara kaedah-kaedah supaya kita ceria ialah:-

1.                   Mengamalkan hidup mengikut ajaran Islam.
2.                   Melepaskan diri daripada belenggu hutang.
3.                   Zikir dengan bacaan al-Quran.
4.                   Mewakafkan diri menjadi syuhada.
5.                   Bersangka baik sesama umat.
6.                   Bermuzakarah bersama ulama/cerdik pandai.
7.                   Sentiasa berdoa untuk kejayaan Islam dan umat Islam.
8.                   Qiamulail. Bangun malam memohon keampunan Allah s.w.t..
9.                   Megerjakan umrah dan haji
10.               Menziarahi Mekah, Madinah dan Baitulmuqadis

Tuesday 12 February 2013

Pemuda Islam


Wahai pemuda harapan umat
Juga pemudi kuntum melati
( ulang 2 kali )

Bekerja-bekerjalah sebelum terlambat
Taburkan-taburkan jasa sebelum mati
Bekerja-bekerjalah sebelum terlambat
Taburkan jasa sebelum mati

Chorus

Jika ayah bonda telah pergi
Kamulah pembela agama dan bangsa
( ulang 2 kali )
                               
Menjadi bintang di malam hari
Menjadi pagar sepanjang masa
( ulang 2 kali )

Allahu Akbar … Allahu Akbar ... Allah Allahu Akbar ( ulang 2 kali )

Chorus

Jika engkau tewas di medan jihad
Gelar syuhada Allah memberi
( ulang 2 kali )

Arwah-arwah pahlawan senyum melihat
Mujahid-mujahid bangga melepas pergi               
Arwah-arwah pahlawan senyum melihat
Mujahid bangga melepas pergi

Sepanas sekerat besi waja
Dapat dibakar hancur binasa
( ulang 2 kali )
               
Tapi jasamu wahai pemuda
Tidakkan lapuk dimakan masa
( ulang 2 kali )

Allahu Akbar… Allahu Akbar ... Allah Allahu Akhbar ( ulang 3 kali )


Orkes EL-SURAYA



Sunday 10 February 2013

Musuh Semakin Hebat


Musuh semakin hebat dari segi persenjataan, latihan, kemampuan, komunikasi dan rangkaiannya yang semakin meningkat. Manakala kita semakin tertinggal jauh di belakang. Semakin jauh jaraknya semakin jauh pula kita ketinggalan. Di manakah silapnya dan bagaimana pula mengatasinya? Mungkin benar apa yang dikatakan oleh beberapa individu bahawa untuk mencapai kejayaan memang mudah diperolehi tetapi untuk mengekalkannya adalah suatu yang sukar, atau barangkali benar juga nasihat orang-orang tua bahawa berubahnya ‘musim’ maka manusia juga akan berubah sikap.

Kita memilik senjata yang canggih tetapi kita tidak gunakan semaksimumnya. Doa adalah senjata orang mukmin. Doa adalah kekuatan. Doa adalah benteng diri. Doa adalah ilmu menyediakan tesis. Doa adalah ilham. Doa adalah pencetus perasan, fikiran dan tindakan. Doa adalah memohon keampunan Allah s.w.t. Doa adalah senjata yang menyerang balik pihak musuh. Kita berdoa  untuk menjadi mujahid. Kita bukan berdoa untuk menjadi abid.

Musuh menggunakan persenjataan daripada sekecil-kecilnya sehinggalah kepada sebesar-besarnya. Sama ada dari segi perang psikologi, diplomasi atau penggunaan senjata hebat. Mereka mengguna semaksimumnya dari segi penyebaran maklumat, penggunaan media, mengalih perhatian, merai simpati, membentangkan resolusi yang memburuk-burukkan musuh dan menyakinkan audiens bahawa tindakan yang dilakukan untuk kepentingan umum,   mempamerkan kekuatan dan melakukan tindakan untuk membunuh musuh. Mereka telah bersedia dari segi persenjataan. Mereka akan menggunakannya jika ekonomi, kuasa dan kepentingannya tergugat.

Kita melakuan latihan dalam bentuk berkala, berjadual, bermusim tetapi lawan dari masa ke semasa mempertingkatkan  sesi latihan, ketepatan tindakan, keupayaan persenjataan, kekuatan ekonomi, meningkatkan ketahanan sumber manusia dan melakukan latihan-latihan berterusan kerana mereka berlatih dalam bentuk praktikal, konsistan, pelbagai cara, penggunaan teknologi terkini dan sentiasa dipertingkatkan,  kawasan latihan mereka dipelbagai lapangan; daratan, lautan dan udara, merentasi negara dan benua. Mereka berfikir secara global kerana pendidikan mereka kearah tersebut. Mana-mana negara yang menguasai ruang udara maka untuk bertapak di lautan dan daratan adalah suatu perkara yang mudah.

Manakala kita masih berfikir tentang keperluan hidup, kos yang  meningkat, pendapatan yang rendah, mendapatkan sokongan 'massa', merebut peluang bajet yang disediakan oleh negara, menjadi ‘orang tengah’ mengaut keuntungan walaupun pendapatan tak seberapa dan yang amat menyedihkan, kita menjadi kuasa pengguna yang dipraktikkan secara langsung

Kemampuan kita terbatas kerana kita membataskan keupayaan kita kearah kejayaan. Kita berfikir mengkaut keuntungan daripada  proksi perniagaan, mendapat komisen, mendapatkan peratusan keuntungan hasil urusniaga dan imbuhan daripada bantuan yang disediakan. Jika ‘trend’ seumpama ini berterusan kita tidak akan kemana. Akan berterusan sebagai pengguna barangan siap.

Wajar juga kita berfikir, menganalisis dan menilai semula tindakan yang kita lakukan dengan merangka sesuatu yang boleh memartabkan jati diri kita. Kita imbas kembali kejayaan-kejayaan yang lepas di mana kita berjaya dalam bidang perlombongan, minyak, gas, kayu balak dan pertanian termasuklah kelapa sawit, getah, lada hitam, teh, nenas, gula, padi dan sayur-sayuran.  Kita juga kaya dengan makanan laut. Kerja-kerja dan kejayaan tersebut dilakukan hasil daripada keprihatinan pimpinan negara yang berjiwa besar. Tetapi pada hari ini sebahagian bidang-bidang tersebut telah merudum dan sebahagian lagi telah diusahakan semaksimumnya.

Secara relatifnya kita juga mesti menyusun semula penyesuaian ekonomi supaya dapat meningkatkan pendapatan negara, meneroka  dan mencari peluang baru sementara kita memiliki modal yang boleh dimanfaatkan, mendirikan teknologi dan kepakaran  berpusat di negara ini. 

Jika tidak memiliki kekuatan, kita mudah dibuli.  Keamanan mudah tergugat. Melemahkan semangat juang kerana musuh bila melalukan serangan  tidak mengisytiharkan peperangan. Lawan bersekongkol tetapi kita akhirnya bersendirian.

Komunikasi  pengganas semakin meningkat. Bukan sahaja boleh dioperasikan daripada jarak jauh tetapi juga boleh menembusi tembok kebal. Di mana kita hendak bersembunyi. Dalam  longkang, lubang,  terowong, gua, dalam hutan atau lari keluar negeri?            Kita jangan selesa kerana dapat mengguna teknologi yang murah yang diimport daripada luar. Kita mesti memiliki teknologi yang pusat operasinya di kawasan kita sendiri.  Kita tidak berminat mengundang orang lain melakukan aktiviti yang boleh mendedahkan kerahsiaan teknologi kita terdedah kepada intaian dan serangan pengganas. Kita wajar belajar daripada penggalaman. Pada ketika ini peperangan dilakukan daripada jarak jauh dan dikendalikan oleh kenderaan tanpa pemandu. Yang penting sasaran dan maklumat tepat.
               
Kita jangan tidur terlalu lama kerana dibuai oleh lagu-lagu yang mengkhayalkan atau lawak yang melucukan atau drama cinta yang menjiwa-jiwakan atau atau atau. Kita tidak mahu pada keesokan harinya apabila kita bangun daripada tidur rupa-rupanya kita bermimpi di siang hari. Kita jangan pentingkan diri kerana golongan yang pentingkan diri akan merugikan diri sendiri dan orang lain. Kita mesti ada jati diri dan bangkit di atas kealfaan kita. Kita ada kekuatan, kekuasaan dan kehebatan. Moga-moga komunikasi kita dengan Allah s.w.t. akan diterima sebagai seorang mujahid.
  
Kita berkelurga tetapi keluarga yang bermasalah. Kita berjiran tetapi tidak mesra. Kita berkawan tetapi sentiasa becok bila berbicara dengannya, perlekeh pandangannya, meremehkan cadangannya, mengolok-olok perkataannya,  menjadikan maklumat yang murni  yang hendak disampaikan terbantut, terhijab dan akhirnya tiada persefahaman di antara dua pihak. Tiada tolak ansur walaupun ia melibatkan kepentingan ummah. Mengapa berlaku scenario seperti itu? Jawapanya mudah sahaja kerana kita tidak ada unsur kepentingan kepadanya. Kita tidak berjiwa besar. Kerana Kita beranggapan diri dan kelompok kita sahaja yang benar. Yang akhirnya mengundang kepada kebencian kawan dan menguntungkan pihak lawan.

Kita mengharapkan barangan ciptaan orang lain kerana harganya murah RM1.00 atau RM2.00 atau mungkin kerana ada balasan balik yang menguntungkan diri menjadikan kita khayal. Kita sebenarnya kurang jati diri. Tamak. Kita diajar betapa pentingannya rangkaian dalam perniagaan tetapi kita ragu-ragu melaksanakan keputusan yang disepakati bersama. Kita belum kena patukan ular tetapi kita telah ragu kepadanya. Kita tidak berhasrat untuk dipatuk oleh ular. Jika kita kena patukan ular sekalipun tidak mungkin kita akan dipatuk lagi dalam lubang yang sama, oleh ular yang sama, oleh peristiwa yang sama dan oleh kaedah yang sama. Dengan siapa lagi kita boleh percaya? Kita mesti yakin dengan kawan-kawan sebagaimana kita yakin dengan Allah s.w.t..

Allah s.w.t. bersama dengan golongan yang yakin dengan janjiNya.


Friday 8 February 2013

Musuh Adalah Diri Kita Sendiri


Musuh adalah seteru kita sama ada secara nyata atau tersembunyi. Perseteruan itu berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Kadangkala ia berlaku disebabkan oleh perselisihan faham, berhubung kait dengan akidah, perebutan jawatan, perniagaan, tanah dan bermacam-macam lagi yang sukar untuk diperincikan, tetapi yang penting ialah musuh adalah diri kita sendiri kerana:


Kita menolak perintah Allah s.w.t..
Kita menolak arahan Rasul s.a.w..
Kita menolak nasihat ulama ikhlas.
Kita menolak pandangan sahabat.
Kita menolak keluhan orang awam.
Kita menolak permintaan isteri/suami.
Kita menolak rayuan anak-anak.
Kita menolak cadangan musuh.


Kita menolak  kerana persepsi  kita yang salah dalam memahami isu  yang dibangkitkan  atau memang budaya  kita tidak mesra teguran dan kritikan, disebabkan oleh kedegilan dan kepala batu yang terpahat dalam diri kita. Bila kita ditegur atau dikritik maka akan datanglah bisikan lembut atau mungkin bernada keras daripada iblis menyatakan bahawa si polan itu adalah musuh kamu. Itulah belitan iblis.

Kita menolak perintah Allah s.w.t. kerana kita terhijab daripada ajaran Islam yang murni, latar belakang kita yang tidak beragama, budaya hidup kita yang kebendaan, berpoya-poya, keseronokan dan sibuk dengan keduniaan yang akhirnya kita terlepas daripada memahami ajaran Islam. Kita sebenarnya menipu diri sendiri sebagaimana kita menipu rukun negara.    

Sabda Nabi s.a.w.:


“Sesungguhnya Al-Quran ini hidangan Allah, datangilah hidangan Allah selagi kamu berkuasa.


"Sesungguhnya Al-Quran ini tali Allah, cahaya yang terang dan penyembuh yang bermanfaat, pengawas bagi orang yang berpegang dengannya dan jalan kejayaan bagi mereka yang mengikutinya."


“Engkau mestilah membaca Al-Quran, kerana al-Quran itu cahaya bagimu di bumi ini dan perbendaharaan bagimu di langit.”


Kita menolak arahan Rasulullah s.a.w. kerana kita telah ditinggalkan sejak 1434 tahun yang lalu. Jarak masa yang begitu lama menjadikan kita lalai, tak ambil kesah, banyak sangat sekatan pada ajarannya, halangan dan tidak suka kepada kongkongan. Kita nak hidup bebas kerana kebebasan bagi kita adalah segala-galanya

Kita menolak nasihat ulama yang ikhlas kerana mereka duduk dibawah perintahan. Duduk di jajahan taklukan. Dia makan gaji, berharap kepada makhluk dan mengeluarkan fatwa berdasarkan isu. Manakala ulama yang berwibawa, berilmu, kaya, ramai pendokong dan amat dihoramati oleh masyarakat amat sedikit bilangannya. Mereka disegani, dipatuhi dan arahannya diambil tindakan.

Kita menolak pandangan sahabat kerana kedudukan martabatnya yang rendah berbanding kita. Gemar berhutang, suka berpoya-poya, membazir, mengharapkan simpati, ilmunya rendah, ulasannya meleret-leret, banyak menimbulkan masalah, khuatir dia akan menjejaskan peluang kita untuk mengekalkan kuasa dan barangkali pada fikiran kita terpahat bahawa dia adalah pencabaran jawatan kita. Dengan sifatnya sedemikian itu menjadikan kita hambar menerima pandangan sahabat kita.

Kita menolak keluhan orang awam kerana statusnya .

Kita menolak permintaan isteri atau suami kerana kita telah lali dengan sikap/celotehnya, pandangan yang  keras atau lembutnya, ikut citarasa, atau ada sesuatu keperluan. Kadangkala kita pula takut kepada arahan isteri atau, apabila terdengar suaranya menjadi menikus, sehinggakan jadual aktiviti kita disusun atur olehnya. Jika perkara seumpama itu berlaku sebenarnya tiada masalah. Yang menjadi isunya ialah semua pergerakan suami dikawal oleh isteri seperti kata orang; dia ikut telunjuk isteri, takut pada isteri, isterinya berstatus, isterinya garang,  kena nasi kangkang, kena jampi atau guna-guna dan pelbagai istilah lagi yang menunjukkan bahawa suami itu mengikut arahan isterinya; yang sifatnya negatif. Mengapa perkara seperti itu berlaku?

Kita menolak rayuan anak-anak kerana kita memiliki kuasa veto. Jangan gunakannya. Kita sewajarnya mendengar rayuannya, meneliti rintihannya, bersimpati dengan luahannya dan memerhati bait-bait yang terpancar daripada mulutnya yang penuh dengan keikhlasan. Hari ini kita menggunakan kuasa mutlak tersebut tetapi pada suatu hari nanti kita pula akan kena veto. Hukum qisas akan berlaku.

Kita menolak cadangan musuh kerana dalam fikiran kita semuanya bersifat negatif. Meletakkan hukuman kesalahan sebelum dibicara dan diputuskan oleh hakim. Bila berlaku peristiwa seperti itu maka ia dianggap sebagai suatu kezaliman kerana memutuskan hukuman sebelum dibicarakan. Perkara seumpama itu sepatutnya tidak berlaku kepada negara yang bertamadun yang mendaulatkan undang-undangnya. Permusuhan tidak semestinya berpanjangan. Perutusan, orang tengah, dialog, diskusi,  perdebatan adalah medium yang sesuai untuk menyelesaikan kemelut permusuhan yang berpanjangan dan akhir sekali jika enggan bersemuka maka kita menggunakan saluran sehala iaitu melalui ucapan, ceramah, kuliah, radio, sidang akhbar, akhbar dan televisyen. Tiada kemelut yang sukar diselesaikan. Terpulang kepada kita dari  sudut mana kita hendak menyelesaikannya.

Mengapa kita memandang musuh sebagai musuh sedangkan kita tidak melihat bahawa diri kita adalah musuh kita sendiri?




Thursday 7 February 2013

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang


Tegar - Aku Yang Dulu


Ku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarangku disayang
Dulu dulu duluku menderita
Sekarang aku bahagia


Cita-citaku menjadi orang kaya
Duluku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untukku semua


Hidupku dulunya seorang pegamen
Pulang malam selalu bawa wang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah


Sekolah duluku tak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya



Rehat ...


Hidupku dulunya seorang pegamen
Pulang malam selalu bawa wang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman 


Hidupku dulunya seorang pegamen
Pulang malam selalu bawa wang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman


Sekolah duluku tak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarangku disayang
Dulu dulu duluku menderita
Sekarang aku bahagia


Cita-citaku menjadi orang kaya hoooi
Duluku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi hooo 
Memberi jalan untukkku semua
Thank you








Nama : Tegar Septian
Lahir: Pemalang
Tarikh Lahir: 19 Sept 2001
Kerjaya: Penyanyi
Lagu : Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang


Tuesday 5 February 2013

Kritikan: Memperingatkan Yang Benar Kepada Seseorang


Sinopsis:  Artikel ini dua siri. Siri pertama memfokuskan kepada penjelasan secara umum. Manakala siri kedua lebih kepada menjelaskan syarat-syarat yang diperlukan oleh seseorang pengkritik dan dibenarkan untuk memperingatkan perkara yang benar kepada seseorang yang dikritik. Semoga artikel ini bermanfaat kepada kita semua - Pengarang.
---------------------------------------------------

Antara perkara yang tidak memerlukan dalil dan mudah diterima serta tidak memerlukan memikir panjang ialah bahawa manusia tidak sama dalam memiliki daya pemikiran, Ketajaman akal, ketepatan ingatan, keupayaan mengulas, keelokkan antonasi dan susunan ayat serta kuasa tenaganya. Begitu juga perbezaan pandangan antara seseorang individu dengan seseorang individu yang satu lagi adalah perkara biasa.

Bagi kita yang menyelidiki, mempelajari, mengambil ingatan, menghayati dan memahami akan terbuktilah kepada kita, tanpa ragu-ragu lagi bahawa kaum muslimin dan ahli majlis syura Rasulullah s.a.w. khususnya akan berbeza dalam memberikan pandangan dan keputusan terhadap sesuatu persoalan, walaupun dilakukan ijtihad mereka  mengenai perkara-perkara yang berkaitan tentang hukum syarak dan mengenai Islam.

Sehubungan itu, berkaitan persoalan perbezaan pandangan, keputusan dan kelainan ijtihad dalam menentukan sesuatu isu, masalah atau suatu peristiwa, maka   muncullah  kepada kita suatu istilah  yang dikenali sebagai kritikan atau kritik. Dalam bahasa al-Quran dikenali sebagai “At-Tawasi Bil Haqqi’ yang bererti memperingatkan yang benar kepada seseorang.
Kritikan atau kritik adalah termasuk dalam salah satu daripada kewajiban agama, iaitu apabila seseorang muslim melihat sesuatu keaiban atau penyelewengan yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan atau peraturan atau organisasi atau pemerintah atau oleh pihak atasan, kerana mematuhi perintah Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t.


A104


“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Q.S. Ali Imran: 104)


Sabda Nabi S.a.w.:


“Siapa dari antara kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia ubahkannya dengan tangannya. Kalau  tidak kuasa, (ubahlah) dengan lidahnya. Kalau  tidak kuasa, (ubahlah) dengan hatinya. Ini adalah iman paling lemah. Dan dalam riwayat lain: Disebalik itu tidak ada sebesar biji sawi pun daripadanya iman…”  (H.R. Imam Muslim)

“Orang-orang diam terhadap kejahatan adalah syaitan bisu.” (H.R. Imam Muslim)

Berdasar perkara tersebut, menjadikan susurgalur perjalanan agama Islam sejak zaman Nabi s.a.w. sehingga kini dapat mengharungi sejarahnya dan terpelihara daripada penyelewengan kerana yakin kepada matlamat menuju Allah s.w.t.  Perkara  ini juga berhubungkait dengan  keikhlasan  kaum muslimin yang tidak kering gusi memperingatkan perkara yang benar di kalangan kaum muslimin. 

Sabda Nabi s.a.w.:

“Orang mukmin adalah saudara orang mukmin yang tidak boleh membiarkan nasihatnya walaupun bagaimana keadaannya.” (H.R.: Imam Muslim)


Firman Allah s.w.t.:



A002A001
A003


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Q.S. Al-Ash: 1-3)


Berikut adalah kata nasihat daripada kalangan sahabat r.a.:



“Hak orang mukmin yang ditanggung oleh saudaranya ialah: Hendaknya dia menerangkan kebenaran kepada saudaranya bila diperlukan.  

Dia menyokong citanya bila sudah betul. 

Dia berterima kasih bila  yang satu telah berbuat baik kepadanya. 

Dia mengingatkannya bila yang satu sudah lupa. 

Dia  membimbingnya  bila yang satu telah menyimpang. 

Dan membetulkan bila yang satu telah silap. Dia bermujamalah (berseloroh)  dalam perkara yang benar.  
Jangan dia terikut sama dalam hal kebatilan. 

Orang mukmin (sama mukmin) adalah sebagai penunjuk, sebagai pedoman, sebagai pembantu dan sebagai menyimpan kepercayaan atau sebagai pelindung.”


Bersambung . . . . 

  

Syarat-Syarat Kritikan

Menyelidik sesuatu yang benar, tepat dan terkini.  
Tujuan dan maksud kritikan tersebut.
Memilih kaedah kebenaran dan kesabaran.
Tajuk kritikan berdasarkan nas dan hujah kukuh.
Bersifat berlapang dada.
Isu yang dibangkitkan berunsur mencegah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”