NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 29 January 2013

Jamaah Menandakan Hidayah Al-Quran


Al-Quran adalah perlembagaan muslimin dan hujah Allah s.w.t. kepada umat manusia keseluruhannya. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang mengukuhkan keyakinan supaya  ada organisasi dan diperintah supaya mengorganisasi, memerhati,  mengambil ingatan, mematuhi perintah dan melaksanakannya. Begitu juga dengan pesanan Rasulullah s.a.w. berkaitan pengukuhan organisasi dalam menegakkan syariat Islam di muka bumi. Setelah itu para ulama saleh menafsir pula  ayat-ayat Al-Quran dengan al-Quran dan menghuraikan tafsiran Al-Quran berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.

Manakala kita sebagai manusia cetek ilmunya, memplagiat  di sana sini hujah bahasannya, menebuk di sana sini ayat al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w.,  menghafaz dan mengingati kata-kata hikmah untuk dijadikan hujah meng’kondem’kan para mujahid yang mereka sendiri tidak duduk semeja dalam organisasi yang mendaulatkan Islam lalu melalui ilmunya yang diplagiat itu berbangga dengan sikapnya yang tidak malu kepada ummah.

Kaum muslimin diseru ke arah mewujudkan kepimpinan di kalangan mereka dan diperintah berhukum serta mematuhi hukumannya supaya mereka tidak tersasar, tersimpang, terkeliru dan tertipu oleh fahaman yang salah. Oleh sebab itulah mereka dikehendaki duduk dalam majlis kepimpinan bertauhid.

Kepimpinan dan ketaatan adalah urusan organisasi yang padu kerana ia melibatkan sifat-sifat yang berhubungan antara penguatkuasaan undang-undang,  tentera dan pimpinannya.

Firman Allah s.w.t.:


A058


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Q.S. An-Nisa: 58)


A062


“Sesungguhnya  orang-orang  yang  sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila  mereka  turut  bersama-sama  dengan Rasulullah dalam   sesuatu    perkara    yang   memerlukan    perhimpunan    ramai,    tidaklah    mereka meninggalkan   majlis   perhimpunan   itu   sebelum   mereka    meminta    izin    kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai Muhammad) itulah orang-orang  yang  beriman  kepada  Allah  dan  RasulNya. Maka apabila meminta izin kepadamu untuk  pergi   menjalankan   sesuatu  urusan  mereka,  maka  izinkanlah  bagi  sesiapa  yang engkau  kehendaki  di  antara  mereka,  dan  mintalah  ampun  kepada  Allah  untuk mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Q.S. An-Nur: 62)

Dalam mengemukakan sifat-sifat untuk mengemas dan mengukuhkan hubungan antara orang muslimin, khususnya ketika menghadapi musuhnya. Asas sesebuah bangunan yang kemas, kukuh dan teguh  adalah setelah ianya disusun atur, dirancang rapi, dibincang teliti, dilulus dan dibangunkan supaya menjadi kenyataan. Maka selepas itu berdirilah bangunan gagah sebagaimana kaum muslimin mengukuhkan pendirian mereka untuk mendirikan perundangan tauhid melalui organisasi.

 Firman Allah s.w.t.:


A004


“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang  berperang  untuk membela agamaNya, dalam  barisan  yang  teratur  rapi,  seolah-olah  mereka  sebuah  bangunan   yang  tersusun kukuh.” (Q.S. As-Saf: 4)


Sunday 20 January 2013

Fakta bermanfaat





Kerja-kerja dakwah hendaklah didokong dan digemblengkan bersama oleh umat Islam.

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membawa manusia kepada mengenal Allah dan NabiNya serta ajaran yang dibawanya untuk diamalkan.

Teguran yang bermanfaat adalah untuk mengajak manusia mengerjakan yang maaruf dan mencegah yang mungkar dan bertakwa kepada Allah.

Orang muslim yang baik ialah mereka yang aman muslim yang lain daripada tangannya.


Thursday 17 January 2013

Hijrah Mengajak Kepada Perubahan


KEMAHIRAN dalam merangka, merancang dan melaksanakan sesuatu misi adalah yang amat diperlukan dalam suatu organisasi terutamanya yang melibatkan kepentingan umat. Tanpa melalui perancangan biasanya misi yang hendak dicapai akan terbantut dan terabai atau mati di perjalanan. Tidak mungkin sesuatu visi yang besar dapat dicapai melalui perlakuan secara spontan. Suatu yang mustahil. Golongan yang berjaya dalam bidang masing-masing adalah mereka yang melalui pelbagai tribulasi kehidupan. 



Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat. Ajaran Islam tidak mengajar mengharapkan sesuatu datang secara bergolek, dihantar melalui utusan kerana suatu jasa yang telah dilakukan, menemui suatu yang bernilai harganya atau seperti kisah penebang pokok dengan jin yang memberi  wang selepas bangun dari tidur melalui perjanjian sulit atau mengharapkan bantuan 'tentera-tentera Allah'. Jawapannya: Tidak. Tidak. Tidak.

Kita hidup pada zaman ini kita manfaatkan seadanya, Jangan dilalaikan. Peristiwa yang lepas adalah guru yang terbaik untuk dijadikan contoh teladan kepada kita. Ilmu yang bermanfaat. Tips-tips yang kita lupakan akan merugikan kita jika sahabat-sahabat yang ramai tidak mengingatkan umat ini.

Ketibaan  tahun  baru,  tahun  1434H   wajar  dimanfaatkan  dengan  sedaya  upaya;   dari  segi menentukan  masa,  membahagikan  waktu,  mengagihkan  saatnya, menggunakannya  secara selesa,  menghabiskan   setiap  detik  dikorbankan untuk kepentingan Islam dan bukan  berlalu dengan   sia-sia,   kerana  musuh-musuh  Islam  tidak  pernah  luput  walau  sejenak pun  dalam mengadakan  persiapan  dan  pembinaan kuasa untuk mencari peluang dan ruang  menyerang Islam dan pengganutnya.

Kita  tidak  mungkin  mencapai   sasaran   sebagaimana   yang    diharapkan   selagi   ia   tidak difokuskan  kepada  bidang-bidang  yang   menjurus  kepada  penumpuan   kepakaran  seperti dalam   bidang  pendidikan,   bidang  angkasa  lepas,  bidang  sains teknologi,  bidang  politik, bidang  jihad,  bidang sosial,   bidang    kebajikan   dan   pelbagai   bidang-bidang    lain    lagi. Itupun     jika     dididikan   dipertingkatkan    kepada   mentaliti   ahli-ahli   yang    mampu   untuk meletakkan   semua    urusan    itu    menurut     keutamaannya.     Pemeliharaan      semua     itu bergantung kepada  kita  yang   mengharapkan Allah dan manakala golongan kafir mengharap kan harta karun.

Sempena  Maulidur  Rasul  tahun  ini diungkapkan  semula  secara  ringkas tetapi jelas tentang sirah perjalanan Rasulullah s.a.w. ke arah menubuhkan sebuah pemerintahan.  Kita yang diberi akal fikiran sewajarnya melihat ada tanda-tanda  dan  unsur-unsur  pengaturan rapi, sistematik, terancang dan dirancang  oleh  Rasulullah s.a.w  bersama Abu Bakar  As-Siddiq r.a., peristiwa hijrah mereka daripada Mekah ke Madinah di mana terlihat di sana beberapa langkah-langkah penyusunan  kerja  yang  kemas  yang  patut  dicontohi,  dikaji,  diambil   perhatian,  ditekankan kepada ahli dan ditatang dengan kukuh.



Berikut adalah beberapa unsur-unsur yang wajar diperhatikan:-

Rasulullah   s.a.w.   meminta   kepada   Ali   bin  Abu Talib r.a. supaya mengambil kedudukan di  tempat  Rasul  s.a.w.   agar    golongan    musyrikin    menjadi    serba   salah  memikirkan tentangnya, kekeliruan yang nyata sedang pada waktu tersebut Rasulullah s.a.w telah meninggalkan Mekah dan telah sampai di Gua Thaur.


Baginda Rasulullah s.a.w. memilih Gua Thaur yang terletak bertentangan arah ke Madinah (bergerak ke arah selatan). Golongan Musyrikin akan bertambah serba salah memikirkannya kerana mereka mengetahui bahawa tentunya Rasulullah s.a.w sudah berpindah ke Madinah.

Dalam tempoh yang sama Baginda s.a.w. telah menugaskan Abdullah bin Abu Bakar r.a. supaya membawa perkhabaran tentang perkembangan yang sedang berlaku di Mekah.

Asma binti Abu Bakar r.a. diamanahkan menyediakan dan menghantar makanan.

Amir bin Fuhairah r.a. ditugaskan mengembala kambing-kambing sekitar Gua Thaur di siang hari dan bermalam di sekitarnya agar Baginda s.a.w. dan Abu Bakar As-Siddiq r.a. dapat meminum susu dan kesan tapak kaki mereka dihapuskan oleh kambing-kambing yang bergerak.

Abdullah bin Uriqat seorang musyrikin diupah menjadi penunjuk jalan menuju Madinah.

Sahabat-sahabat senentiasa mengikuti perkembangan hijrah Rasulullah s.a.w. dari semasa ke semasa. 


Sahabat-sahabat di Madinah senentiasa menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w.. 

Sahabat-sahabat di seluruh jazirah Arab senentiasa bersiapsiaga setiapa masa. Umat Islam senentiasa berdoa untuk kejayaan umat Islam dan keamanan sejagat.

Saturday 12 January 2013

Golongan Manusia Makamnya Mulia



Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w.  bahawa sepuluh orang yang mayat yang tidak busuk, reput dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat, mereka adalah :

1. Para Nabi-Nabi

2. Para Ahli Jihad Fi Sabilillah

3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5. Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak  serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman 
yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.


Wednesday 9 January 2013

Uban: Jangan Cabut kerana padanya ada kebaikan



"Sabda Nabi saw:
“Janganlah mencabut uban kerana
uban adalah cahaya pada
hari kiamat nanti. Siapa saja
yang beruban dalam Islam
walaupun sehelai, maka
dengan uban itu
akan dicatat baginya satu
kebaikan, dengan
uban itu akan dihapuskan
satu kesalahan, juga
dengannya
akan ditinggikan
satu darjat.”

(HR. Ibnu Hibban)





Uban, menurut orang tua, katanya tanda orang tersebut telah pun meningkat dewasa dan berumur, tetapi sebaliknya ada juga individu yang masih dibawah umur tetapi telah mengalami kepalanya beruban. Adakah individu tersebut dikategorikan sebagai mereka yang telah lanjut usia? Uban sebenarnya melibatkan perubahan hormon-hormon di dalam badan individu tersebut. Oleh itu perkembangan ketumbuhan uban pada usia muda jangan dirisaukan sangat kerana ia membawa keberkatan. Pernah berlaku kepada seorang individu ketumbuhan sehelai uban sahaja, lalu ia meminta anaknya untuk mencabut uban tersebut. 

Tuan/puan tahu apa terjadi selepas itu, ayah tersebut telah mengalami rabun sehingga kedua belah matanya terpaksa melalui pembedahan. AWAS jangan terjadi peristiwa tersebut menimpa tuan/puan. Jika pun peristiwa tersebut tidak menimpa kita tetapi akan ada AKIBAT lain yang menimpa kita. Oleh itu HIDUP kita wajar diwarnai dengan beramalkan ajaran Islam. Allahu Akhbar.

Wednesday 2 January 2013

Musuh


Musuh adalah diri kita sendiri. Tetapi kita tidak akan mencederakan diri sendiri di-sebabkan ego, kebodohan, kejahilan, me-mandang ringan dan mempermain-mainkan ajaran Islam, menonjol dan menguar-uarkan kepada orang fasik bahawa Islam adalah agama kesederhanaan. Tafsiran yang tidak mencerminkan kehendak ajaran Islam, menjadikan diri kita sentiasa bertentangan, berkonfrontasi dan melakukan provokasi kepada ajaran Islam.

Bukan salah ibu mengandung dan buka juga salah agama Islam tetapi kesalahan itu adalah pada pandangan kita, kefahaman kita, latarbelakang pendidikan kita, didikan kita, pergaulan kita, ketamakan kita, keegoan kita, kekuasaan kita, budaya hidup kita dan barangkali oleh kerana kita terlalu banyak makan garam menjadikan kita lupa bahawa di celah-celah dinding sana ada insan memerhati dan melihat telatah kita, kadangkala kita tentang, halang dan mentohmah ajaran Islam dan kepura-puraan kita itu selalu diketawakan oleh golongan orang kurang upaya (OKU) melalui senyuman sinisnya atau kita terlalu selesa dengan keadaan ketika ini.

Musuh, apabila melakukan tindakan jahatnya ia tidak memberi amaran, tiada tanda-tanda serang hendap, atau isyarat-isyarat pengisytiharan provokasi, tetapi ia menyerang seperti kilat, berhembus lembut dan dingin memasuki liang roma, menyerap seperti nila yang dimasukkan ke dalam besen berisi air jernih lalu meresap dan sebati bersamanya atau seperti semburan racun di mana setiap laluannya akan dibinasakan. Belitannya menyukarkan tumbuhan melalui proses fotosintesis atau menyesakkan nafas dan akhirnya memusnahkan.

Mengapa kita menjadi musuh kepada kebenaran? Menidakkan keadilan, menafikan keikhlasan-kejujuran, menokoh tambah perkara-perkara kebatilan, melakukan perkara-perkara melekakan bangsa, menjerumuskan kampung kepada huru-hara, memberi ruang dan peluang kepada penjahat dan pengganas menerobos keselamatan pejabat dan akhirnya akan merugikan diri sendiri. ( Qutbah Ashif )

Diri kita adalah musuh kita, kerana kita tidak mengendalikannya sebaik-baiknya. Kita tidak perlu menyalahkan orang lain tentang kesilapan yang dilakukan, kealfaan, lalai,  tentang  ruang dan peluang yang kita buka kepada penjahat menyusup masuk dan memainkan peranannya di dalam rumah kita. Yang penting kita ada ketakwaan. Padu imannya. Menginsafi kebobrokan yang lalui dan bina azam baru sempena Maal Hijrah 1434.

Kita ada kekuatan tetapi kekuatan tersebut terdedah dan didedahkan kepada penjahat. Jangan salahkan musuh kerana kita memusuhi diri kita sendiri sebagaimana kita memusuhi ajaran agama Islam. Panglima yang gagah bukan dilihat semasa menentang dan mengalahkan musuhnya tetapi panglima sebenarnya ialah disukai oleh kawan dan musuhnya serta menjulang ajaranh Islam.


Amanah: Janji Manusia Kepada Allah Taala


A072


“Sesungguhnya kami menawarkan amanah (penyembahan) ini kepada langit-langit, bumi, dan gunung-gunung, akan tetapi mereka semua enggan menerimanya dan merasa berat dengannya. Lalu kemudian amanah ini diterima oleh manusia, sungguh manusia adalah makhluk yang zalim lagi bodoh.” (Q.S. Al-Ahzab: 72)

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:



بَيْنَما النبيُّ صلى الله عليه وسلم فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ, جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَمَضَى رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يحدثُ. حَتَّى إِذا قَضَى حَدِيْثَهُ قال: أَيْنَ السّائِلُ عَنِ الساعةِ؟ قالَ: هَا أَنا يَا رسولَ اللهِ. قالَ: إِذا ضُيِّعَتِ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السّاعَةَ، قال: كَيْفَ إِضاعَتُها؟ قال: إِذا وُسِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السّاعَةَ


“Ketika Nabi shallallahu alaihi wasallam (s.a.w.) berada dalam sebuah majlis dan berbicara kepada sekelompok orang, ada seorang Arab Badui yang datang lalu bertanya, “Bila hari kiamat?” Tapi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam terus saja berbicara. Setelah beliau selesai berbicara, beliau bertanya, “Dimanakah orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?” Dia menjawab, “Saya di sini wahai Rasulullah.” Beliau bersabda, “Jika amanah telah ditelantarkan maka tunggulah hari kiamat.” Dia kembali bertanya, “Bagaimana amanah ditelantarkan?” Beliau menjawab, “Jika urusan sudah diserahkan kepada selain ahlinya maka tunggulah hari kiamat.” (H.R. Imam Al-Bukhari)

Dari Anas bin Malik radhiallahu anhu dia berkata: Sangat jarang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkhutbah di hadapan kami kecuali beliau bersabda di dalamnya:


لا إِيْمانَ لِمَنْ لا أَمانَةَ لَهُ، ولا دِيْنَ لِمَنْ لا عَهْدَ لَهُ


“Tidak ada iman orang yang tidak mempunyai amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya.” (H.R. Imam Ahmad dan sanadnya dinyatakan Hasan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah)

Amanah adalah sesuatu yang amat berat untuk dilaksana dan ditunaikan. Disebabkan beban yang besar itu lalu Allah s.w.t. mencela manusia tatkala mereka menerima amanah tersebut sedangkan  mereka adalah makhluk yang lemah. Apabila sahaja ikrar menerima amanah ditetapkan sama ada amanah itu datangnya daripada Allah atau sesama makhluk, maka amaanah tersebut wajar dikotakan walaupun kesukaran terpaksa ditempo untuk menjaga dan melaksanakan amanah itu.

Walau bagaimanapun, kelalaian, alfa dan kurangnya sifat ketakwaan menjadikan sehari ke sehari  ikrar untuk memegang amanah tersebut semakin longgar dan berkurangan. Nabi s.a.w. mengkhabarkan bahwa di antara tanda dekatnya hari kiamat adalah ketika setiap urusan diserahkan kepada orang khianat kepada agamanya. Contohnya pencuri diamanahkan untuk mengumpul harta kaum muslimin, orang zalim diserahkan amanah menjaga dan melindungi kaum muslimin, golongan pelawak dan artis diberi tanggungjawab mengajar agam melalui lawakan dan gelagatnya, orang jahil ditempatkan di posisi mengawasi dan pemberi fatwa, dan seterusnya tindakan dan pelaksanaan ke arah memartabkan agama Islam itu diletakan pada posisi yang bawah. Persoalannya ialah adakah mereka itu layak digelar pembela agama?

Sebaliknya pula mereka yang menerima dan menjaga amanah dengan seamanahnya, maka Allah s.w.t. memujinya dan mereka adalah golongan yang bertakwa dan mendapat kemenangan. Semoga kita termasuk golongan ini. Amin.


“Tidak ada iman orang yang tidak mempunyai amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janjinya.” (H.R. Ahmad  dan sanadnya dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”