NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday 31 August 2013

Disiplin mengumpat yang dibolehkan kepada seseorang


Gambar sahabatku Ustaz Azizan

1.Ketika mengadu perkara kezaliman orang lain terhadap kita di hadapan hakim dan seumpamanya, maka ketika itu kita boleh mendedahkan keaibannya.


2.Ketika bermuzakarah atau mesyuarat untuk membaiki kesalahan seseorang, maka bolehlah kita menyebut kesalahannya di hadapan orang yang datang membantu kita untuk memperbaiki kesalahannya.


3. Ketika meminta fatwa daripada seorang mufti, maka bolehlah kita menyebut kesalahan orang yang sabit dengan soalan kita.


4. Ketika kita memberi amaran kepada orang ramai supaya mereka tidak terikut-ikut dengan seseorang yang melakukan kesalahan.


5. Ketika kita menyebut seseorang yang terkenal dengan nama samaran yang masyhur seperti mat botak maka tidak mengapa kita memanggilnya seperti namanya.


6. Menyebut kesalahan seseorang yang tidak malu menzahirkan kefasikannya seperti seorang yang suka minum arak di hadapan orang ramai.








Friday 30 August 2013

Allah s.w.t. memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hati dan terfikir oleh akal


Pemuda yang akan membawa panji-panji dari Timur
Pada  zaman tabi’ tabi’in ada seorang pemuda miskin tetapi rajin belajar dan melazimkan menghafal serta membaca al-Quran. Dia tinggal di kawasan pinggiran pekan sebatang kara di sebuah pondok. Pada siang harinya dia belajar manakala pada malam harinya pula dia banyak menghafal/membaca al-Quran.

Suatu malam, ketika hujan lebat tiba-tiba  pintu rumahnya  diketuk. Maka dibukanya pintu itu. Dia terperanjat kerana tercegat di hadapannya seorang gadis yang amat cantik dengan tubunya yang basah kuyup.

“Assalamualaikum!”

“Wa alaikum salam.”

“Boleh saya menumpang berteduh di rumah encik.”

“Boleh. Sila masuk.”

“Terima kasih.”

“Kenapa datang ketika malam dan apa tujuan cik.”

“Saya mohon perlindungan tuan. Ada orang jahat yang berusaha menangkap saya. Saya mengelak daripada kejahatan mereka itu dan tidak semena-mena saya telah sampai di rumah tuan tanpa dirancang dan  difikirkan.”

“Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha  Mengetahui.”

Semasa gadis cantik itu berlindung di rumahnya, terdetik difikiranya. Dia seorang teruna manakala seorang gadis cantik menumpang di rumahnya. Dia teringat sabda Nabi s.a.w.:

“Tiada duduk berdua-duaan, seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan mahram, melainkan syaitan akan menjadi ketiganya.”

Sebagai seorang teruna yang melebihi akil baliq merasakan ada sesuatu yang mendesaknya sehingga dia tidak mampu menahan nafsu syahwatnya. Kegusaran yang menimpa dirinya amat membuak-buak.  Hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui. Dia berusaha mengekang perasaannya. Bagi menolak nafsu jahatnya itu, dia melangkah kearah unggun api yang berhampiran dengannya dan meletakkan tangannya  untuk dibakar di atas api tersebut. Maka kelihatanlah tangannya terbakar sehingga menitis lemak dagingnya. Apabila dia merasai sakit,  ditariknya tangannya. Apabila kesakitan berkurangan, dimasukkannya lagi tangannya ke dalam api tersebut. Begitulah keadaan pemuda tersebut berulang kali dilakukanya sehingga menjelangnya waktu subuh.  Apabila waktu siang hari menjelma, gadis cantik itu mohon beredar daripada situ dan mengucapkan terima kasih.

Keesokan harinya, ada orang mengetuk pintu rumahnya. Ketika dia membuka pintu rumahnya, tercegat seorang pengawal dengan tentera.  Berkata salah seorang di antara mereka:

“Kamukah yang memberi perlindungan tempat tinggal kepada seorang gadis malam tadi?”

“Ya tuan.”

“Tetapi kenapa kamu membakar tangan kamu dan jari-jari kamu itu?”

Maka pemuda itu pun bercerita  tentang dirinya dan perasaannya ketika itu.

Kemudiaan berkata orang itu:

“Anak gadis itu adalah anak saya sendiri. Saya adalah raja negeri ini. Sekarang saya jemput kamu dan saya akan kahwinkan kamu dengan dia.”

Maka benarlah firman Allah s.w.t.:


" ... sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”


A002
A003


“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” ( Q. S. At-Talaaq:2-3 )


 A007

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” ( Q.S. At-Talaaq:7 )

Sabda Nabi s.a.w.:


"Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah akan menunaikan hajatnya." ( H.R. Imam Muslim, Ahmad, Tirmizi dan Abu Daud )

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki daripadanya.” ( H.R. Imam al-Hakim dan ad-Dailami )

Ibnu Abbas berkata:


“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

Seorang penyair berkata:


“Alangkah bagusnya kalau dari muda kita mentaati Allah.
Marilah kita wahai saudaraku bertakwa kepadaNya.
Lakukanlah akan perkara yang difardukan.
Meninggalkan perkara yang diharamkan.
Menghabiskan malam dan hari kamu dalam mendekati diri kepada Allah s.w.t.”

Menurut riwayat, pemuda itu menjadi ulama yang besar dan menjadi kaya raya disebabkan kerana takwanya kepada Allah s.w.t..

Allahu Akhbar.

Kenapa Mursi digulingkan


FARUSH KHAN, LIZA HASAN
FOTO: ROSLI TAIB
VIDEO:MD NIDZAM, YUSRIZAL YUSUF
30 Ogos 2013

SEMALAM, Sinar Harian mengambil pendekatan dari perspektif berbeza mengenai kisah penggulingan Presiden Mohamed Mursi dan tragedi berdarah 13 dan 14 Ogos lalu di Kaherah, Mesir.

Paparan juga dimuatkan mengenai dakwaan tuduhan palsu terhadap Ikhwanul Muslimin (IM) yang dilabelkan sebagai pengganas.

Kini, jutaan rakyat Mesir mahu demokrasi dikembalikan demi keamanan dan membina semula kegemilangan empayar Islam. Tetapi, mengapa bumi Mesir ini menjadi rebutan Amerika Syarikat (AS) dan Israel? Benarkah dakwaan bahawa Mursi memusuhi badan kehakiman? Siapa pula menganianyai imam Al Azhar?.

Segala persoalan itu terjawab dalam siri akhir temu ramah bersama seorang penganalisis dari Mesir yang pakar dalam bidang kajian ‘Arab Spring’ sejak 2010.

Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita Farush Khan, Ketua Meja Global Liza Hasan, jurufoto Rosli Taib, jurukamera Md Nidzam Osman dan Yusrizal Yusuf. Siaran wawancara ini juga boleh dilayari menerusi www.sinarharian.com.my/sinar-tv.


Mengapa Mursi tidak disenangi Israel dan AS?

Pertama, ketika Gaza diserang Israel, Mursi muncul sebagai individu pertama memberi amaran bahawa Gaza berada di bawah jagaannya dan jangan ada mana-mana pihak berani mengganggu wilayah itu. Ketika konflik itu, Presiden AS Barack Obama pernah menghubungi Mursi, meminta bantuan untuk membuat resolusi dalam usaha menghentikan krisis di Gaza.

Ini menunjukkan Mursi mempunyai pengaruh kuat di kalangan penduduk Islam dunia. Tindakan ini menyebabkan Israel menyifatkan Mursi bukan calang-calang pemimpin untuk dipersendakan seperti bekas presiden, Hosni Mubarak.

Kedua, jurnal Israel melaporkan, Mursi dan pengikutnya berniat mencabuli perjanjian Kem David. Perkara ini membimbangkan AS kerana sejak dari 1975 lagi, AS menyalurkan AS$1.3 bilion dan mereka tidak mahu bantuan itu tidak mendapat pulangan setimpal.


Apa yang paling ditakuti Israel?

Sebilangan rakyat Israel berkata, penggulingan Mursi sangat penting untuk Israel berbanding 'kejayaan' mereka pada 1967. Ketika itu, Israel menakluki dan menahan tentera Mesir, Syria, Jordan dan Iraq.

Namun, bagi Israel, penggulingan Mursi adalah jauh lebih penting berbanding kejayaan itu. Ini kerana Israel takut Mursi akan menukar keseluruhan jajahan Israel itu.


Mungkinkan sempadan Sinai menjadi sebab Mursi digulingkan?

Sinai diduduki Israel kira-kira 20 tahun dari 1967-1975. Sinai amat berharga kepada Mesir selepas menawan semula wilayah itu. Wilayah Sinai terletak antara sempadan Mesir dan Israel.

Maka itu, kami merasakan jika Sinai diambil sekali lagi oleh Israel, perkara itu amat merbahaya dan mustahil untuk mendapatkannya semula.
Itu sebabnya, kami menghargai tentera sekiranya mereka boleh menumpukan perhatian penuh di Sinai.


Apakah jasa Mursi terhadap wilayah Sinai?

Mengikut perjanjian Kem David dalam perjanjian Israel dengan Presiden Anwar Sadat dahulu, tentera Mesir tidak berhak berada di Sinai dengan kelengkapan tentera berat. Kawasan itu dipecah kepada tiga bahagian.

Di kawasan A, tentera dibenarkan membawa meriam, di kawasan B, tentera dibenarkan membawa beberapa senjata dan di kawasan C, tentera hanya dibenarkan membawa senjata ringan.

Tetapi Mursi mahu tentera mengawal sempadan itu dengan jumlah yang ramai, lengkap dengan meriam dan senjata. Tindakan ini bagi menunjukkan kepada Israel bahawa kepimpinan beliau lain daripada kepimpinan Mubarak


Mengapa Arab Saudi sokong tentera?

Mursi berhasrat mewujudkan projek mega di rantau Terusan Suez. Projek ini mampu memberi keuntungan besar kepada Mesir dalam tempoh 10 tahun, sekali gus menjadikan negara itu sebagai negara mempunyai kuasa ekonomi terkuat dunia.

Perkara itu pernah disuarakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun (Dr) Mahathir (Mohamad). Tetapi perkara itu tidak disenangi UAE kerana boleh membunuh Dubai.

Kesimpulannya anda boleh mengetahui mengapa penggulingan Mursi penting buat AS, UAE dan Arab Saudi. Kita juga boleh melihat permainan mereka ketika penggulingan kerana ada yang menyalurkan bantuan kewangan dan sokongan moral terhadap kerajaan sementara.


Apakah pandangan saudara tentang tentera?

Saya suka tentera negara saya. Saya memerlukan mereka dan saya bangga dengan mereka kerana kami meraih banyak kemenangan. Peranan tentera bukan untuk memerintah, tetapi untuk menjaga keselamatan di sempadan.

Apa yang terjadi sekarang, mungkin tentera tidak suka untuk beroperasi secara elit. Mereka mahu mengembalikan semula (pemerintahan) secara paksa. Ini bukan caranya.


Siapakah yang meracuni pemikiran dan tentera untuk melakukan rampasan kuasa?

Ketika sebulan sebelum rampasan kuasa Al-Sisi berkata dalam satu deklarasi: "Jangan bermain dengan tentera kerana tentera seperti api". Selepas itu, kami semua mengatakan perkara ini sangat bagus, sekiranya tentera tidak mahu kembali dalam pemerintahan dan membiarkan orang awam memerintah. Tetapi apa yang berlaku kumpulan sekular, liberal dan kumpulan minoriti membuat spekulasi yang tentera tidak berkuasa dalam pemerintahan Islam.

Apa yang berlaku, kumpulan ini meminta tentera menyelamatkan Mesir dengan perjanjian sekiranya tentera mengambil semula kuasa dari Islamis maka kuasa tentera akan dikembalikan semula.


Benarkan Mursi menganiayai hakim empat hari sebelum digulingkan?

Badan kehakiman menentang Mursi sejak hari pertama beliau bergelar presiden. Hakim berkomplot dalam rampasan kuasa. Rampasan kuasa dilakukan lima pihak, tentera, polis, media, hakim dan kumpulan liberal. Mereka semua berhasrat untuk menjadi pemimpin politik.

Mereka juga mendapat campur tangan daripada pihak berkuasa Al Azhar dan gereja.

Mursi bertindak tegas terhadap hakim kerana tindakan badan kehakiman membebaskan kesemua tahanan bersalah, termasuk tahanan ketika era rejim Mubarak. Tindakan itu dilakukan atas kehendak hakim, termasuk menafikan semua tuduhan.

Hakim juga membebaskan kesemua penyerang pintu masuk rumah presiden dan cuba membunuh Mursi. Hakikatnya, mereka sebenarnya adalah tentera dan polis. Kebanyakan hakim mempunyai latar belakang kepolisian. Selepas mereka tamat menjadi polis, mereka akan menyertai badan kehakiman.


Bagaimanakah cubaan awal untuk meminta Mursi melepaskan jawatannya?

Mengikut maklumat daripada seorang hakim pada ucapan terakhir Mursi, seorang tentera mengarahkan beliau membaca satu kenyataan, berbunyi: "Pada hari ini, saya (Mursi) akan meletak jawatan" tetapi Mursi tidak membacanya dan memandang pegawai tentera itu dengan tajam.


Mengapa beliau membatalkan beberapa deklarasi pada hari angkat sumpah sebagai presiden?

Deklarasi itu dibuat oleh hakim, manakala perlembagaan dibuat oleh ratusan penggubal undang-undang, kebanyakan adalah daripada pembangkang. Apa yang menghairankan, seorang daripada mereka meletak jawatan serta-merta selepas balik dari Israel.

Maknanya beliau sudah mengetahui akan berlaku rampasan kuasa. Dalam perlembagaan tersebut syarat paling utama, presiden tidak boleh digulingkan dengan cara demonstrasi tetapi mengapa Mursi digulingkan dengan cara demonstrasi?

Kedua, deklarasi itu ditolak Mursi kerana mereka mahu ketepikan imej Islam. Mursi berkata, jika mereka mahu membatalkan deklarasi, mereka boleh mewujudkan satu jawatankuasa kerana perlembagaan bukan al-Quran dan mereka boleh membuat apa juga pindahan.


Bagaimana kerajaan sementara memburukkan Al Azhar?

Kerajaan sementara menggunakan polis dan imam Al Azhar untuk memberikan maklumat salah kepada pro Mursi di Rabaa dan Nadha.

Mereka memutar belitkan fatwa daripada Mufti Mesir, Sheikh Ali Juma'ah, yang kononnya menyatakan ‘pro Mursi adalah puak khawarij dan darah khawarij mengikut Islam adalah halal’. Seorang pegawai berkata, selepas mendengar fatwa itu, beliau mengaku membunuh 80 orang pada hari tersebut.


Selepas rampasan kuasa, bagaimanakah masa depan media di Mesir?

Sejurus tentera berkuasa, mereka menutup semua saluran media Islamis. Sebanyak 17 stesen ditutup pada hari pertama. Maknanya tentera mahu satu saluran sahaja untuk diikuti rakyat. Mereka mahu mempengaruhi fikiran rakyat.









Jangan kamu ketawa terbahak-bahak kerana itu perbuatan orang yang jahil!

  

“Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan di hadapan masjid, ada sekelompok sahabat yang sedang bercakap dan gelak-ketawa. Rasulullah s.a.w. memberi salam kepada mereka dan Baginda s.a.w. bersabda:

“Perbanyakkanlah kamu mengingati mati!”

Pada hari berikutnya , Rasulullah s.a.w. melihat sekelompok sahabat juga sedang gelak-ketawa.

Baginda bersabda:

“Demi Allah yang mana nyawaku berada pada kekuasaanNya. Jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui maka kamu akan ketawa sedikit dan menangis dengan banyak.”

Rasulullah s.a.w. juga melihat ada sekelompok yang lain sedang bercerita dan ketawa, kemudian Baginda s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Islam itu bermula secara ganjil dan akan kembali dengan cara ganjil. Oleh itu beruntunglah orang yang ganjil pada hari kiamat!”

Sahabat bertanya:

“Siapakah golongan manusia yang ganjil itu, ya Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mereka ialah apabila manusia berada jauh daripada jalan yang benar sedangkan mereka berada di jalan yang diredhaiNya.””  ( H.R. Imam Muslim )


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Rabiah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. dalam khutbahnya  pernah bersabda:

“Jangan kamu ketawa terbahak-bahak kerana itu perbuatan orang yang jahil!” ( H.R. Imam Bukhari )


Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:

“Apabila kamu melihat seorang mukmin yang pendiam dan mempunyai haibah serta sopan santun maka dekatilah ia kerana  sesungguhnya ia akan menyampaikan beberapa hikmah.” (H. R. Imam Baihaqi )


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: 

“Barang siapa yang banyak ketawa maka akan dijatuhkan padanya sepuluh hukuman”:
1.   Banyak ketawa menyebabkan mati hatinya.

2.   Banyak ketawa menyebabkan hilang air mukanya (malu dan kemuliaannya)

3.   Banyak ketawa menyebabkan syaitan gembira padanya.

4.   Banyak ketawa menyebabkan Allah s.w.t. murka kepadanya.

5.   Banyak ketawa menyebabkan dia disoal kerana (ketawa) pada hari kiamat.

6.  Banyak ketawa menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. berpaling daripadanya pada hari kiamat.

7.   Banyak ketawa menyebabkan para malaikat mengutuknya.

8.   Banyak ketawa menyebabkan ia dibenci oleh penduduk langit dan bumi.

9.   Banyak ketawa menyebabkan ia menjadi lupa akan segala-galanya.

10. Banyak ketawa menyebabkan aibnya dibukakan pada hari kiamat.


Nabi Musa a.s. bersabda kepada kaum Hawariyin:

“Wahai ulamaulama yang ada di dunia. Janganlah kamu melakukan kerosakan kerana apabila manusia itu sesat, maka ia akan mencari ulama. Akan tetapi jika ulama yang sesat maka tidak ada ubat untuk mengubatinya. Wahai kaum Hawariyin: janganlah kamu itu mengajar dengan mengambil upah akan tetapi jika diberi maka itu memadai.”


Wajar juga kita ketahu bahawa  kita memiliki sifat yang dianggap jahil, iaitu:

Pertama: Ketawa berdahak-dahak kerana itu amalan orang bodoh.
Kedua: Tidur pada waktu pagi tanpa bangun pada malam hari untuk melakukan ibadah.

Thursday 29 August 2013

Foto-foto Proses Pertumbuhan Manusia di Dalam Rahim Ibu, Beginilah Kejadian Manusia…



Redaksi–Rabu, 9 Rabiul Akhir 1434H/ 20 Februari 2013 11:37 WIB

Berikut ini beberapa seleksi fotografer Swedia bernama Lennart Nilsson. Dia terkenal dengan foto foto  in vivo embrio manusia dan subjek subjek  kedokteran lainnya yang dulu dianggap tidak bisa diabadikan lewat foto.

Dia menggunakan sebuah endoskop untuk membuat gambar-gambar menakjubkan ini! Dalam seri foto ini, dia menguak semua rahasia–bagaimana kehidupan berawal!!! 

Bukti keagungan Allah !!! 

Subhanallah!!!

Ini bukan ilustrasi, bukan pula hasil ilustrasi.. 

This is real!!!





Krisis Mesir : Nyawa rakyat Mesir tidak berharga


Identiti Penganalisis Sosiologi Mesir
dirahsiakan atas faktor keselamatan
Posted on Thursday, August 29 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


SINAR Harian memulakan kupasan isu di Mesir sejak dari hari penggulingan Presiden Mohamed Mursi pada 3 Julai. Susulan daripada itu kupasan demi kupasan dilakukan hingga memaparkan penderitaan rakyat di Mesir.

Pendekatan pandangan saintis politik juga diambil kira bagi mengimbangi kisah krisis di negara itu. Kini, Sinar Harian menemu ramah seorang lagi penganalisis dari Mesir yang pakar dalam bidang kajian ‘Arab Spring’ sejak 2010.

Beliau melontarkan pandangan bebas dan membawa suara harapan rakyat di negara itu. Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita Farush Khan, Ketua Meja Global Liza Hasan, jurufoto Rosli Taib, jurukamera Md Nidzam Osman dan Yusrizal Yusuf.


[SAKSIKAN VIDEO WAWANCARA DI SINAR TV : http://bit.ly/17lqrUE]


Apakah permintaan dan harapan saudara untuk masa depan di Mesir ketika ini?

Apa yang kami mahu sangat mudah. Permintaan utama adalah demokrasi dan rakyat bersatu. Jika dahulu kami sering berbicara tentang negara dan empayar kegemilangan Islam, tetapi kini, kami tidak lagi dibenarkan bercakap mengenai kerajaan Islam. Kami disekat daripada bercakap mengenai empayar Islam. Kami juga tidak boleh bercakap mengenai Ikhwanul Muslimin (IM).

Adakah tindakan kerajaan sementara kini membunuh demokrasi yang hanya bertahan setahun ketika pemerintahan Mursi?

Demokrasi di Mesir tercalar akibat tindakan kerajaan sementara. Mereka melakukan keganasan hingga rampasan kuasa ketika Mesir berada dalam pemerintahan demokrasi. Perkara ini amat merbahaya bukan sahaja untuk Mesir tetapi untuk mana-mana negara lain.


Adakah demokrasi benar-benar diamalkan di Mesir ketika pemerintahan Mursi kerana beliau dikecam dan digelar sebagai diktator?

Itu tidak benar. Rakyat yakin demokrasi mampu memerintah dan mereka melakukan pemilihan secara pilihan raya. Pada pilihan raya pusingan pertama, parti Islamis mendapat 75 peratus. Pada Pilihan Raya Parlimen, IM mendapat 40 peratus secara tunggal dan 25 peratus diperoleh oleh kumpulan salafi, lima peratus memihak kepada parti-parti lain. Ini menyaksikan satu perkembangan baik; membawa kesemua parti ke arah demokrasi dan mereka dapat menerimanya. Tetapi jika demokrasi dihentikan, ini bermakna mereka memberi mesej kepada rakyat bahawa demokrasi gagal berperanan sekali gus mengembalikan semula kepada era pemerintahan tentera.


Adakah perkara ini memberi tamparan kepada Mesir?

Perkara ini memberi kesan negatif kepada seluruh negara Islam kerana menjadikan contoh Mesir sebagai negara Islam yang gagal dalam pelaksanaan demokrasi. Mereka mengambil demokrasi dari rakyat dengan cara keganasan.


Adakah benar tentera melakukan keganasan pada 13 dan 14 Ogos di Dataran Rabaa Adawiyah, Nadha dan Tahrir?

Dataran Tahrir menjadi pilihan kerana di situ pernah berlaku revolusi pada 21 Januari 2011. Ketika perhimpunan mega dataran ini dikuasai oleh pro kerajaan yang mahu menunjukkan mereka mempunyai ramai pengikut. Pro Mursi pula tidak mahu membuat kekecohan dan tidak mahu membuat sebarang konflik. Bagi mengelakkan perkara itu, mereka memilih dataran Rabaa Adawiyah di Kaherah dan Dataran Nadha di Giza. Mereka mahu menunjukkan perhimpunan ini adalah aman. Mereka juga mahu menunjukkan jutaan rakyat menyokong Mursi, sekali gus membuktikan ini adalah kuasa dan suara rakyat.


Apa yang berlaku di situ?

Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi. Ramai rakyat tidak sedar tentang gempur dan pembersihan di kawasan itu kerana Menteri Dalam Negeri (Mohamed Ibrahim), memberi jaminan tidak akan menyerang Rabaa Adawiyah. Beliau berjanji menyuraikan kumpulan pro Mursi yang berhimpun secara aman. Ketika itu ada sebilangan mereka pulang ke rumah. Namun penyokong Mursi berasa tertipu dan ragu-ragu dengan kehadiran puluhan trak tentera dan kereta perisai. Tiba-tiba serangan berlaku.


Adakah benar tentera melakukan keganasan?

Serangan itu berlanjutan selama 11 jam. Selama itulah pro Mursi cuba mempertahankan diri. Bayangkan bagaimana rakyat dengan tangan kosong boleh mempertahankan diri? Tentera datang membawa kereta perisai dan bulldozer yang biasanya digunakan dalam peperangan. Untuk apa tentera datang membawa bulldozer? Ini bermakna tentera berniat ‘membersihkan’ rakyat yang berhimpun dan membawa mereka ke kawasan tertentu. Tentera mempunyai niat untuk membunuh rakyat sendiri.
Seorang pegawai perubatan mengesahkan tentera membunuh rakyat dengan peluru terlarang oleh negara antarabangsa. Tentera menggunakan senjata berat. Selepas itu, tentera juga pergi ke klinik yang dipenuhi mangsa cedera lalu membunuh mereka. Sedangkan, Nabi SAW sendiri pernah bersabda, jika musuh cedera, jangan diapa-apakan lagi.


Apakah tindakan paling kejam dilakukan dan mengapa jumlah kematian dipalsukan?

Tentera pergi ke klinik yang sarat dengan mangsa cedera. Mereka menggunakan bulldozer meroboh dan membakar klinik. Tindakan itu dilakukan supaya jumlah mangsa maut tidak boleh dikira. Oleh itu, mereka hanya mengatakan jumlah kematian 900 orang, sedangkan angka sebenar ialah 5,000 orang maut dan 10,000 lagi cedera.


Adakah mereka mengugut waris ketika ingin mengambil jenazah?

Apabila anggota keluarga mahu mendapatkan kebenaran pengebumian, mereka ditawarkan dua pilihan. Pertama melaporkan, IM membunuh mereka dan kedua mereka meninggal dunia dengan cara membunuh diri. Ramai terpaksa menggunakan alasan membunuh diri untuk mendapatkan kembali mayat anak atau saudara mereka. Pengakuan ini banyak disebarkan ke media.


Adakah benar mereka menculik dan membakar jenazah?


Mereka menculik jenazah dan menipu kononnya jenazah itu adalah tentera dan polis. Jika ada mengatakan kematian ke atas polis menjangkau 25 peratus sila kemukakan bukti.


Adakah IM punca segala kekecohan ini?

Tuduhan itu adalah pembohongan terbesar kerana untuk 80 tahun IM tidak pernah melakukan serangan ganas. Tetapi ketika rampasan kuasa itu, terdapat kumpulan jihad dari pro keganasan, Jamaah Islamiyah, Al Qaeda. Jadi ketika rampasan kuasa itu, mereka semua berada di situ. Tuduhan mengatakan IM melalukan demonstrasi ini adalah permulaan segala kekufuran untuk melabelkan IM mengetuai keganasan. Di Mesir, terdapat lima kumpulan Islamis. Ada kumpulan bukan pengganas seperti IM Muslimin. Tetapi ada juga kumpulan pengganas seperti Al Qaeda. IM hanya satu bahagian daripada kumpulan bersekutu yang menentang rampasan kuasa bagi memulihkan kesahihan. Kumpulan ini diwujudkan oleh 30 kumpulan anggota. Tidak adil untuk menuduh IM melakukan keganasan kerana IM telah wujud sekian lama dan tidak pernah menyokong atau melakukan keganasan.

Sumber : Sinar Harian

29 Ogos 2013




Islam mengizinkan bercakap dusta dalam beberapa kemaslahatan



Dalam sebuah hadith disebutkan yang maknanya:


Daripada Ummi Kultsum r.a. dia berkata: Aku tidak pernah mendengan bahawa Rasulullah s.a.w. mengizinkan bercakap dusta, kecuali dalam tiga perkara:
   



   1. Seorang lelaki mengatakan sesuatu kerana inginkan perdamaian ( dari dua pihak yang bertelengkah).


    2. Perkataan seorang lelaki dalam peperangan.


   3. Perkataan seorang lelaki bersama isterinya dan perkataan seorang isteri bersama suaminya ( supaya tidak terjadi salah faham sehingga menyebabkan penceraian atau sebagainya ).



Hijab bermakna wanita menutup aurat dengan sempurna



A030
A031


“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” ( Q.S. An-Nuur:30-31 )


A059


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Q.S. Al-Ahzaab:59 )


Gambar hiasan
Ketika Nabi s.a.w. menerangkan tentang akhirat kepada para sahabat lalu turun Jibrail a.s. daripada langit membawa wahyu berkaitan masalah hijab.

Hijab bermakna wanita menutup aurat dengan sempurna. 

Dari segi bahasa Arabnya, hijab ertinya  sesuatu yang menghalang diri dari saya dan tuan. Maknanya kalau ada sesuatu penghalang, saya tidak dapat melihat tuan, dan tuan tidak dapat melihat saya.

Dari segi bahasa Arab, apabila awan datang menutupi matahari sehingga tidak kelihatan atau menutup bulan sehingga tidak nampak. Maka orang  Arab akan mengatakan bahawa awan telah menghijabkan matahari atau awan telah menghijabkan bulan. Tetapi jika nampak juga, maknanya penggunaan perkataan hijab itu perlu diabaikan.

Oleh itu apabila Allah s.w.t. menerangkan tentang hijab maka para sahabat telah menyampaikan kepada isteri-isteri mereka tentang ayat berkaitan hijab itu.

Pada keesokan harinya, isteri para sahabat hadir salat Subuh dan dalam riwayat hadith mengatakan mereka hitam macam burung gagak. Mereka nampak hitam seolah-olah macam burung gagak. Tidak nampak apa-apa yang lain. Walaupun sebelum itu mereka menutup aurat tetapi masih ada menzahirkan sebahagian daripada kecantikan mereka. Apabila turun ayat tersebut, mereka tutup habis-habisan.

Ada seorang wanita, yang suaminya tidak hadir salat Isyak berjamaah kerana keuzuran. Maka ketika salat Subuh wanita tersebut berjumpa dengan wanita-wanita  lain yang menutup semua badan mmereka. Lalu  ada seorang wanita telah bertanya kepada seorang wanita lain yang berada di situ:

“Apakah tidak pernah sampai firman Allah s.w.t. kepada kamu?”

Jawab wanita itu:

“Firman Allah s.w.t. yang mana?”

Lalu wanita-wanita tadi membacakan ayat hijab kepadanya. Wanita itu langsung memalingkan wajahnya ke arah dinding membelakangi pintu rumah berdekatan. Dia tidak mahu walau seorang pun melihat mukanya. Dia meminta tolong kepada seorang wanita mengambilkan kain di rumahnya untuk menutupi badannya. Apabila dia sampai di rumah dan suaminya berkata:

“Apa salahnya jika engkau balik sendiri pulang untuk mengambil kain itu?”

Jawab isterinya:

“Saya tidak mampu untuk melangkah walau satu langkah pun di dalam kemurkaan Allah s.w.t.”

Wanita tersebut merasa takut pada dirinya kerana telah melanggar perintah Allah s.w.t. itu.

Allahu Akhbar.


-----------------------------
Thursday, August 29, 2013


Gadis Perancis Sanggup Syahid Dari Dipaksa Buka Tudung...



Posted by Ibnu Hasyim

SEORANG gadis remaja Muslim Perancis yang dilaporkan mencoba 'bunuh diri' sebenarnya sanggup mati atau syahid mempertahankan diri dan identiti agamanya. Dia diserang oleh dua lelaki dekat Lapangan Berlioz pada 12 Ogos  kelmarin. Gadis yang tidak diketahui namanya itu mencuba melompat dari tingkat empat rumahnya di kota Trappes, Paris, Perancis pada hari Isnin 26 Ogos 2013.

Laman Dailymail, Selasa 27 Ogos 2013 melapor motif 'bunuh diri' remaja berusia 16 tahun itu sebenarnya  belum diketahui dengan pasti. Dia dapat diselamatkan, dibawa ke hospital terdekat bagi memperoleh pertolongan perubatan..Peristiwa itu berawal semasa remaja itu diserang oleh dua lelaki berwajah orang Eropah pada pukul 17.45 waktu setempat. Saat itu dia baru pulang dari rumah temannya. Usai peristiwa itu dia melapor kepada pihak polis.

Gadis itu menceritakan, kedua lelaki itu meneriakkan kalimat anti-Muslim dan bernada rasis kepadanya. Kemudian kedua lelaki itu mengeluarkan sebuah pisau cutter, digunakan untuk membuka cadar atau tudungnya. Tidak hanya itu, salah satu lelaki melakukan pelecehan seksual kepada gadis itu.

"Lelaki pertama mulai menyentuh dada saya, namun saya berhasil menampar wajahnya. Tidak terima, dia lalu meninju saya di bahagian dada," kata gadis itu kepada laman Huffington Post.

Sementara pisau cutter yang digunakan lelaki lainnya berhasil mengenai wajah dan tenggorokan gadis itu. Akibatnya dia mengalami luka. Kedua lelaki itu akhirnya lari dengan menggunakan sebuah kereta,semasa seorang warga lain muncul. Polis di Yveslines kini sedang menyelidiki kes tersebut. Mereka memeriksa potongan rekaman video CCTV yang ada di sekitarnya.

Bimbang kes tersebut akan kembali memicu konflik dan kemarahan umat Muslim di kota Trappes, maka pihak polis menyiapkan anggotanya di sekitar kota itu pada Isnin malam. Hal ini berlaku kerana aksi kerusuhan sebelumnya pernah terjadi di kota Trappes pada Julai lalu. Di mana polisi memaksa memeriksa seorang wanita Muslim pakai cadar, tanpa kebenaran suaminya, yang ditahan selepas itu. 

Akhirnya, ratusan orang tunjuk perasaan di depan pejabat polis menuntut pembebasan lelaki yang ditahan itu. Tunjuk perasaan jadi kicuh menyebabkan seorang remaja berusia 14 tahun mengalami luka serius di mata dan empat polis luka.

Kontroversi mengenai cadar atau tudung penutup wajah, atau burka terus muncul sejak pemerintah Perancis melarangan penggunaannya tahun 2011lalu. Bagi wanita yang melanggar, maka akan dikenai denda senilai 150 Euro atau kira-kira RM600 dan dipaksa mengikuti kelas kewarganegaraan. (IH/Pelbagai sumber)





                                      http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file
                                      http://buletinmitsal.wordpress.com/hijab-dalam-al-quran-dan ...
                                      http://hautebotique.blogspot.com/Dalil-dalil-Tentang-Wajibnya...
                                      http://www.muslim-menjawab.com/tafsir-al-quran-terkait-tentang..
                                      https://www.facebook.com/membaca-al-quran/wajib-memakai ...
                                      http://www.al-shia.org/html/id/service/maqalat/044.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”