NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 11 May 2011

Islam Adalah Persaudaraan


Islam adalah persaudaraan. Persaudaraan yang dipertautkan antara sesama manusia berdasarkan jalinan akidah. Tidak ada persaudaraan jika tiada akidah. Ia merupakan pengikat antara hati-hati mereka, perasaan naluri dan sikap mereka serta tindakan dan kerjasama mereka  dalam menghubungkan diri kepada pencipta alam semesta, Allah s.w.t..


Persaudaraan dalam Islam adalah sendi yang menjadi tunjang untuk memperkukuhkan binaan dan mengeratkan hubungan antara penganut-penganutnya. Persatuan-persatuan Islam amat memerlukan ikatan yang saling bertaut, bersimpul dan mengikat antara satu dengan lain supaya menjadi satu jasad yang apabila menjadi sakit akan mengadu kepada anggota-anggota yang lain ketika diserang penyakit dan anggota-anggota lain pula saling membantu mengubatinya atau terlibat sama terpalit oleh sakit yang menimpa jasadnya.


Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
Apabila beliau menjemputmu hendak- lah engkau menunaikan jemputannya.
Apabila beliau menasihatimu hendak-lah engkau juga menasihatinya.
Apabila beliau bersin dan menyebut Alhamdulillah (               ) 

Menjawabnya hendaklah engkau menyebut Yarhamkallah (                ).
Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya dan 
Apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya.”


Oleh yang demikian, tanggungjawab dan hak-hak persaudaraan yang  praktikal dapat  menunjukkan sebenarnya kewajiban-kewajiban yang dapat dilihat sebagai suatu tanggungjawab  bukan hanya setakat dilontarkan dalam bentuk kata-kata dibibir atau teori yang tidak berpijak di alam nyata tetapi yang penting ialah mari kita perhatikan nasihat Nabi s.a.w. dan Sahabat r.a. mengenai persaudaraan itu.

Islam itu persaudaraan kerana:

“Hak seorang muslim terhadap seorang muslim adalah enam perkara:






(H.R. Imam Muslim. Imam Bukhari menyebut lima hak sahaja)


“Ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah.” ( H.R. Imam Ahmad )


“Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yang saleh.  Seandainya beliau lupa (temannya itu) akan memperingatkandan apabila temannya itu memperingatkannya beliau akan menolongnya.”


“Sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dalam usaha untuk menunaikan  keperluannya ,(dan Baginda s.a.w. memberi isyarat dengan jejarinya) itu yang lebih baik baginya  dari beriktikaf di masjidku ini selama dua bulan.” (H.R. Imam Hakim dan Tabarani daripada Ibn Abbas)

“Siapa yang melapangkan orang muslim dari satu kemanusiaan dunia Allah akan  melapangkannya dari satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang  memberi  kemudahan  kepada orang yang berkepayahan ALLAH akan memberikannya kemudahan di dunia dan di akhirat. Siapa yang menyembunyikan rahsia orang muslim di dunia, ALLAH akan menyembunyikan rahsianya di dunia dan di akhirat. ALLAH  akan menolong hambaNya selagi hambaNya itu menolong saudaranya.” (H.R. Imam Muslim, Abu Daud, Nasai, Tirmidhi dan Ibn Majah)


“Hak seorang muslim terhadap seorang muslim adalah enam  perkara: Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau member salam. Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya. Apabila beliau menasihatmu  hendaklah engkau juga menasihatinya. Apabila beliau bersin dan menyebut (ALHAMDULILLAH) hendaklah engkau menyebut (YARHAMKALLAH). Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya dan apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya.” ( H.R. Imam Muslim dan Imam Bukhari)


“Janganlah kamu memutuskan silaturrahim, jangan kamu berpaling memberi belakang, jangan  kamu benci  membenci, jangan kamu hasad dengki. Jadillah kamu hamba-hamba ALLAH yang bersaudara. Tidak harus bagi muslim meninggalkan  tegur sapa dengan saudaranya lebih dari tiga hari .” (H.R. Imam Malik, Abu Daud, N


“Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.” (H.R. Imam Muslim daripada Abu Dzarr)


“Setiap perkara kebaikan itu sedekah dan sesungguhnya di antara kebaikan itu  kamu menemui saudaramu dengan manis muka dan menuangkan (air) dari  bejanamu  ke dalam bejana saudaramu.” (H.R. Imam Tirmidzi dan Ahmad)


“Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kelak kamu akan berkasih sayang dan akan hilanglah permusuhan.” (H.R. Imam Bukhari dan Imam Abu Ya’la)


“Siapa yang mempertahankan kerhormatan saudaranya ALLAH akan menjauhkan api dari mukanya di hari kiamat kelak.” (H.R. Imam Tirmidzi daripada Abu Darda)


“Doa seorang saudara terhadap saudaranya di luar pengetahuan (saudara tersebut) adalah doa yang diperkenankan, di sisinya seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap mendoakan kebaikan untuk saudaranya malaikat yang diwakilkan itu akan berkata:  “Amin dan bagimu juga sepertimu.” (H.R. Imam Muslim daripada Abu Darda)

Saidina Omar bin Khattab r.a.  berkata:

“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesukaran.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”