NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 30 December 2009

Ancaman Bala Kepada Kaum Lut a.s.



A077
A078
        A079
                       A080
A081
A082
                          A083


"Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan."

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"

Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."

Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)."

(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu." (Q.S. Hud: 77-83)




Pautan berkaitan: http://en.wikipedia.org/wiki/Sodomy
                           http://id.wikipedia.org/wiki/Sodomi
                           http://ms.wikipedia.org/wiki/Liwat
                           http://kongsakongsi.blogspot.com/perkahwinan-manusia-dengan-binatang.
                          

Tuesday 29 December 2009

Khabar Gembira Kepada Nabi Ibrahim a.s.



A069
A070
A071
A072A073
A074
A076
                                          A075
A076


“Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka  memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu ( wahai Ibrahim )." Nabi Ibrahim menjawab: "Salam  sejahtera kepada kamu." Maka tidak  berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk  mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.

Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)." 

Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.

Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan."

Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya."

Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah (utusan-utusan) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut.

Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.

(Malaikat-malaikat itu berkata): "Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)."

(Q.S. Hud: 69-76)

Sunday 13 December 2009

Hijrah Mengajak Kepada Perubahan



KEMAHIRAN dalam merangka, merancang dan melaksanakan sesuatu misi adalah yang amat diperlukan dalam suatu organisasi terutamanya yang melibatkan kepentingan umat. Tanpa melalui perancangan biasanya misi yang hendak dicapai akan terbantut dan terabai atau mati di perjalanan. Tidak mungkin sesuatu visi yang besar dapat dicapai melalui perlakuan secara spontan. Suatu yang mustahil. Golongan yang berjaya dalam bidang masing-masing adalah mereka yang melalui pelbagai tribulasi kehidupan.

Bermacam-macam cara dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat. Dalam ajaran Islam pun kita tidak diajar mengharapkan sesuatu datang bergolek, dihantar melalui utusan kerana suatu jasa yang telah dilakukan, terjumpa suatu yang bernilai dan/atau seperti kisah penebang pokok dengan jin yang memberi  wang selepas bangun dari tidur. Tidak. Tidak. Tidak.
  
Zaman ini adalah untuk kita. Peristiwa yang lepas adalah guru yang terbaik untuk dijadikan contoh teladan. Ilmu yang bermanfaat. Tips-tips yang kita lupakan akan merugikan jika sahabat-sahabat yang ramai tidak mengingatkan umat ini.
  
Lambaian 1431H/2009M  wajar dimanfaatkan, dari segi menentukan masa, membahagikan waktu, memanfaatkan saatnya, menggunakannya  secara  selesa, menghabiskan  setiap detik dikorbankan untuk kepentingan Islam dan bukan  berlalu  dengan  sia-sia,  kerana musuh-musuh Islam tidak pernah luput walau sejenak pun  dalam mengadakan persiapan dan pembinaan kuasa untuk mencari peluang dan ruang  menyerang Islam dan pengganutnya.

Kita tidak mungkin mencapai  sasaran/target  sebagaimana  yang  diharapkan  selagi  ia  tidak difokuskan  kepada  bidang-bidang  yang   dikendalikan   seperti   penumpuan   dalam  bidang pendidikan,  bidang  angkasa  lepas,  bidang  sains teknologi,  bidang  politik,  bidang  jihad,  bidang sosial,   bidang    kebajikan   dan   pelbagai   bidang  lagi.   Itupun   jika   didikan dipertingkatkan  kepada mentaliti ahli-ahli yang mampu untuk meletakkan  semua  urusan  menurut   tempatnya.   Pemeliharaan    semua   itu  bergantung kepada  golongan  Islam  yang  mengharapkan Allah s.w.t. dan manakala golongan kafir mengharapkan duit.

Sempena  Maulidur  Rasul  tahun  ini diungkapkan  semula  secara  ringkas tetapi jelas tentang sirah perjalanan Rasulullah s.a.w. ke arah menubuhkan sebuah pemerintahan.  Kita yang diberi akal fikiran sewajarnya melihat ada tanda-tanda  dan  unsur-unsur  pengaturan rapi, sistematik, terancang dan dirancang  oleh  Rasulullah s.a.w  bersama Abu Bakar  As-Siddiq r.a., peristiwa hijrah mereka daripada Mekah ke Madinah di mana terlihat di sana beberapa langkah-langkah penyusunan  kerja  yang  kemas  yang  patut  dicontohi,  dikaji,  diambil   perhatian,  ditekankan kepada ahli dan ditatang dengan kukuh.

Berikut adalah beberapa unsur-unsur yang wajar diperhatikan:-

Ali mengalih perhatian dan melengah-lengahkan: Rasulullah  s.a.w.  meminta  kepada  Ali  bin  Abu Talib r.a. supaya mengambil kedudukan di tempat Rasul s.a.w. agar  golongan  musyrikin  menjadi  serba salah memikirkan tentangnya, kekeliruan yang nyata sedang pada waktu tersebut Rasulullah s.a.w telah meninggalkan Mekah dan telah sampai di Gua Thaur.

Menentukan Strategi: Baginda Rasulullah s.a.w. memilih Gua Thaur yang terletak bertentangan arah ke Madinah (bergerak ke arah selatan). Golongan Musyrikin akan bertambah serba salah memikirkannya kerana mereka mengetahui bahawa tentunya Rasulullah s.a.w sudah berpindah ke Madinah.

Abdullah penghubung hal ehwal semasa: Dalam tempoh yang sama Baginda s.a.w. telah menugaskan Abdullah bin Abu Bakar r.a. supaya membawa perkhabaran tentang perkembangan yang sedang berlaku di Mekah.

Asma menyediakan keperluan logistik: Asma binti Abu Bakar r.a. diamanahkan menyediakan dan menghantar makanan.

Amir merintis dan menghilangkan jejak pergerakan: Amir bin Fuhairah r.a. ditugaskan mengembala kambing-kambing sekitar Gua Thaur di siang hari dan bermalam di sekitarnya agar Baginda s.a.w. dan Abu Bakar As-Siddiq r.a. dapat meminum susu dan kesan tapak kaki mereka dihapuskan oleh kambing-kambing yang bergerak.

Mualaf penunjuk jalan: Abdullah bin Uriqat seorang musyrikin diupah menjadi penunjuk jalan menuju Madinah.

Sahabat-sahabat siapsiaga: Sahabat-sahabat senentiasa mengikuti perkembangan hijrah Rasulullah s.a.w. dari semasa ke semasa. Sahabat-sahabat di Madinah senentiasa menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. Sahabat-sahabat di seluruh jazirah Arab senentiasa bersiapsiaga setiapa masa.

Sokongan dan doa masyarakat: Umat Islam senentiasa berdoa untuk kejayaan umat Islam dan keamanan sejagat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”