NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 20 May 2013

Hala Tuju: PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan


Rancangan lima tahun 

2013-2017


Visi

PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan menjana kekuatan dan keupayaannya, menjadikan lapangan dakwah sebagai wacana dalam usaha menghayati Islam  sebagai cara hidup rakyat negara ini sebagai teras pembinaan tamadun yang memartabatkan kemuliaan insan sebagai hamba Allah S.W.T dan khalifah di bumi.


Misi

1.    PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan menjalankan segala usaha bagi melahirkan di kalangan ahli-ahlinya para Pendakwah yang mampu menjalankan tugas dengan berkesan melalui pendekatan kebajikan, ramah dan keintelektualan bertujuan menampilkan Islam sebagai agama adil yang membawa rahmat kepada seluruh alam
2.    
   PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan membawa misi keamanan dan keharmonian dalam kehidupan harian masyarakat majmuk di negara ini. Justeru, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, dalam menjalankan tugas berdakwah ke jalan Allah S.W.T beriltizam sepenuhnya kepada kaedah dakwah secara bijaksana dan menghormati prinsip kebebasan beragama sebagaimana yang dilakarkan di dalam al-Qur’an, “ Tidak ada paksaan dalam beragama, sesungguhnya telah nyata dan terang perbezaan antara petunjuk kepada kebenaran dan kegelapan”.
3.                
     Memastikan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan menjadi contoh kepada PERKIM Bahagian-bahagian di seluruh negeri dalam pengurusan dan pergerakan dakwah yang berkesan.


HALA TUJU

Untuk melaksanakan program pengurusan berkesan, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan mengamalkan dasar desentralisasi dalam pengurusan. Lebih banyak ruang untuk mengurus dan menjalankan aktiviti ditugaskan kepada cawangan-cawangan. Bilangan cawangan turut ditambah untuk menggerakkan lebih banyak aktiviti-aktiviti. Sehingga 23hb Mac 2013 bilangan cawangan meningkat kepada 21 cawangan.

Walaupun aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak sangat berpandukan kepada rancangan yang telah disusun, namun dalam tempoh lima tahun yang lalu, aktiviti dijalankan oleh cawangan-cawangan lebih rancak jika dibadingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Lebih banyak cawangan-cawangan muncul sebagai cawangan-cawangan yang aktif.

Peruntukan kepada cawangan- cawangan juga ditambah daripada RM2,000 kepada RM10,000 sesuai dengan dasar desentralisasi bagi membolehkan cawangan-cawangan menjalankan lebih banyak aktiviti. Berdasarkan pengalaman dalam perlaksanaan Rancangan Lima Tahun Pertama, maka dalam Rancangan Lima Tahun Kedua 2013-2017 akan dilaksanakan beberapa perubahan bagi memastikan kegiatan-kegiatan menjadi lebih fokus yang boleh di ukur pencapaiannya.





Rancangan lima tahun kedua
PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan
2013-2017

Rancangan utama


1.      Membina rangkaian dakwah

2.      Membina pemikiran islam di kalangan generasi muda

3.      Membina hubungan dengan masyarakat Islam


1.     Membina Rangkaian Dakwah
         
        Menyedari bahawa kerja-kerja dakwah menjadi tanggungjawab masyarakat Islam secara keseluruhannya dan banyak pertubuhan-pertubuhan Islam menjalankan kerja-kerja ini, maka usaha-usaha dakwah oleh pelbagai pertubuhan perlu kepada penyelarasan dan tindakan bersama yang berstrategik. PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan mengambil inisiatif bagi mengumpul badan-badan ini untuk tujuan merangka strategi bersama supaya lahir tindakan dakwah bersepadu di Wilayah Persekutuan ini. Program-program yang akan dilaksanakan ialah;-

1.1  Perjumpaan berkala dengan pimpinan pertubuhan-pertubuhan dakwah 
      Wilayah Persekutua

1.2  Menganjurkan program-program dakwah bersam

1.3  Membina kefahaman Islam dalam kerangka kefahaman Ahli as-Sunnah Wa 
      al-Jama’ah.


2.     Membina pemikiran Islam di kalangan generasi muda

Perhatian serius kepada generasi muda bagi membentuk kefahaman Islam
yang mantap menjadi tanggungjawab penting gerakan dakwah. Berdasarkan
hikmah Saidina Umar Ibn Khattab yang berkata, “ Ajarlah anak-anak kamu
untuk zaman yang bukan zaman kamu,” adalah penting untuk kita merancang
bagi melahirkan generasi yang peka dakwah sebagai persiapan untuk mereka
menghadapi cabaran masa hadapan. Program-program yang akan dilaksanakan
ialah ;-

2.1  Mengadakan pertemuan berkala dengan Kelab PERKIM Universiti di sekitar 
      Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.

2.2  Mengadakan dialog kepimpinan dengan  peserta daripada  kalangan 
      mahasiswa/wi pusat pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang dengan  
      kerjasama Kelab PERKIM Universiti.

2.3  Menganjurkan perhimpunan dakwah di kalangan mahasiswa/wi di pusat 
      pengajian tinggi.

2.4  Mengadakan wacana ilmiah dengan kerjasama pusat pengajian tinggi di 
      sekitar Lembah Klang.


3.     Membina hubungan dengan masyarakat belum Islam.
      
     Islam diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Justeru, orang-orang yang belum beragama Islam, berhak menerima Islam bagi menikmati rahmat yang dibawa oleh Islam. Dalam hal ini, hubungan sebagai manusia dan sebagai hamba kepada Allah S.W.T merupakan jambatan penting untuk mengwujudkan hubungan antara orang-orang Islam dan belum Islam. Untuk itu hubungan kemanusiaan dan fitrah kemanusiaan hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membolehkan mereka yang belum Islam mengenali Islam. Ini adalah tugas dakwah yang tidak boleh dilupakan. Rahmat Islam hendaklah dikongsi bersama dengan hamba Allah S.W.T dan manusia keseluruhannya. Justeru, pendekatan kemanusiaan menjadi landasan utama bagi mengwujudkan hubungan dengan masyarakat belum Islam, untuk memberi peluang kepada mereka mengenali Islam dari dekat. Program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut ;-

3.1 Menggerakkan PERKIM cawangan supaya terlibat dalam kegiatan-kegiatan 
     kemasyarakatan penduduk.

3.2 Menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan serta menarik 
     penglibatan penduduk di dalam kegiatan tersebut. Seperti mengadakan 
     program gotong-royong untuk kebersihan taman perumahan, keselamatan 
     dan sebagainya.

3.3 Menganjurkan bantuan kepada anggota masyarakat kurang upaya, miskin 
     dan daif, tanpa mengira kaum dan agama, dengan sokongan penduduk 
     setempat.

3.4 Meraikan hari-hari kebesaran kaum dengan menganjurkan sumbangan dan 
     bantuan serta mengadakan majlis-majlis keraian sempena hari tersebut.


3.5 Menganjurkan dialog peradaban dan antara agama.




Rancangan cawangan-cawangan
(Garis Pandun)


1)  Menjaga dan memelihara kebajikan saudara-saudara kita.                                              
   
        2)  Menangani permasalahan golongan remaja.                                 

        3)  Meningkatkan kefahaman Islam di kalangan ahli dan masyarakat.        

        4)  Menjadi tuan rumah kepada program-program anjuran Bahagian.

            

           1)  MENJAGA DAN MEMELIHARA KEBAJIKA
                 SAUDARA-SAUDARA KITA
                

              1.1) Mengumpul data-data mengenai saudara kita di cawangan-cawangan
                     setempat.
              
              1.2) Berusaha mengajak mereka terlibat dalam kegiatan-kegiatan 
                     PERKIM.
              
              1.3)  Menghulur bantuan dan mengadakan usaha bagi memperkukuhkan 
                     aqidah mereka.


 2)   MENANGANI PERMASALAHAN GOLONGAN REMAJA

        2.1) Menganjur program motivasi, kembara dan sebagainya bagi 
             memupuk kesedaran agama di kalangan mereka.
      
      2.2) Menganjurkan kelas-kelas bacaan al-Quran dan mendedahkan mereka 
             kepada kefahaman agama dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang 
             sesuai.
      2.3) Bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjalankan aktiviti 
             bimbingan remaja yang sesuai dengan Islam.


 3)  MENINGKATKAN KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI DAN 
                 MASYARAKAT

    3.1) Mengajurkan kelas-kelas kefahaman Islam dan kesedaran keislaman 
    berdasarkan kerangka pemikiran ahli as-Sunnah Wa al-Jama’ah.

      3.2) Menganjurkan kembara-kembara dakwah dengan pengisian yang         
             sesuai.
      
      3.3) Menganjurkan pertemuan dan perbincangan dengan tokoh-tokoh                        
            agama bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu Islam 
            semasa.



          4)  MENJADI TUAN RUMAH KEPADA PROGRAM-PROGRAM ANJURAN 
                    BAHAGIAN

                4.1) Program-program di peringkat Bahagian yang sesuai mungkin akan 
                    dilaksanakan di peringkat cawangan tertentu dan akan disertai oleh 
                   Cawangan-cawangan. Cawangan terpilih akan ditugaskan menjadi 
                   tuan rumah.
       
             4.2) Bekerjasama dengan Bahagian bagi menjayakan program-program      
                   anjuran PERKIM.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”