NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 16 August 2013

Sunyi Sepi




Inilah cerita rakyat-rakyat Mesir:


Apabila memilih parlimen, 
lalu dibubarkan.

Jika dia memberikan pandangan dalam perlembagaan, 
kemudian dibatalkan.

Setelah memilih Presiden Mursi, 
dia turut disingkirkan.

Bila mana menunjuk rasa secara aman pula dibunuh.

Sunyi maksudnya; hening, senyap, lengang, sepi, atau tidak kedengaran sesuatu suara bunyi. Maka sunyi adalah apabila  sesuatu situasi/keadaan itu senyap, sepi dan tiada kedengaran bunyian sama ada bunyi-bunyian semula jadi, aktiviti manusia  atau makhluk lain. Ia tidak bermaksud bahawa tiada kedengaran langsung bunyi-bunyian semulajadi seperti hembusan angin, kicauan burung, bunyi kelip-kelip atau aktiviti-aktiviti pergerakan binatang, binatang terbang atau melata di bumi.

Walau bagaimanapun, memang ada di antara manusia suka hidup menyendiri jauh daripada kebisingan manusia. Kadangkala disebut bersunyian, berkalwat, menyendiri dengan diberi imbuhan bagi menjelaskan sifat kata tersebut.  

Adakalanya sunyi terhasil akibat beberapa unsur, antaranya:

Sunyi disebabkan hati dan jiwa terasa kosong.
Sunyi disebabkan anak-anak telah berhijrah.
Sunyi disebabkan tiada rakan-rakan yang boleh dibawa berbicara.
Sunyi disebabkan jiwa tertekan kerana hiruk-pikuk kanak-kanak berlari.
Sunyi disebabkan bersunyian di dalam istana, rumah, bilik atau penjara.
Sunyi disebabkan dipulau oleh suami/isteri.
Sunyi disebabkan dipulau oleh anak-anak.
Sunyi disebabkan dipulau oleh keluarga.
Sunyi disebabkan dipulau oleh kawan.
Sunyi disebabkan dipulau oleh jiran.
Sunyi disebabkan dipulau oleh masyarakat.
Sunyi disebabkan tiada kedengaran bunyi.
Sunyi disebabkan akan dijatuhi hukuman.
Sunyi disebabkan berada di dalam hutan.
Sunyi disebabkan berada dalam kegelapan.
Sunyi disebabkan berada di ladang.
Sunyi disebabkan berada di kebun.
Sunyi disebabkan berada di tanah lapang.
Sunyi disebabkan berada di padang pasir.
Sunyi disebabkan di lautan tenang 
Sunyi disebabkan laut tiada gelora kerana ketiadaan pergerakan angin.
Sunyi disebabkan berada di kawasan tinggi: bukit-bukau; gunung-ganang.
Sunyi disebabkan pihak berperang bersedia dan berjaga-jaga.
Sunyi disebabkan usia tua.
Sunyi disebabkan tiada suami.
Sunyi disebabkan tiada isteri.
Sunyi disebabkan tiada anak.
Sunyi disebabkan tiada cucu.
Sunyi disebabkan bayi sedang tidur.
Sunyi disebabkan tertimbus.
Sunyi disebabkan masuk kubur.
Sunyi disebabkan kematian.
Sunyi disebabkan duka nestapa
Sunyi disebabkan pekak.
Sunyi disebabkan telinga tersumbat, rosak dan tuli.
Sunyi disebabkan berada dalam air.
Sunyi disebabkan berada dalam kapal selam.
Sunyi disebabkan berada dalam seperdua malam.
Sunyi disebabkan melakukan ibadat di tengah malam.
Sunyi disebabkan bangun malam dan ketiadaan aktiviti manusia.
Sunyi disebabkan tidak mahu diganggu oleh orang ramai.
Sunyi disebabkan tidak suka mendengar bunyian bising.
Sunyi disebabkan gila.
Sunyi disebabkan membawa diri daripada kebisingan.
Sunyi disebabkan kematian orang disayangi.
Sunyi disebabkan penduduk kampung telah berhijrah.
Sunyi disebabkan kampung, pekan atau bandar musnah dibom.
Sunyi disebabkan ditimpa bala.
Sunyi disebabkan mujahid berada di medan jihad.
Sunyi disebabkan para suhadah melambai-lambai.
Sunyi disebabkan iklan berkata-kata.
Sunyi disebabkan objek berbicara.
Sunyi disebabkan tiada getaran berlaku.
Sunyi disebabkan jauh daripada aktiviti manusia.
Sunyi disebabkan tekanan dalam hidup.
Sunyi disebabkan datang dengan tiba-tiba.
Sunyi disebabkan tidak bergaul dengan masyarakat.
Sunyi disebabkan mudah terasa hati.
Sunyi disebabkan tidak mengikut perintah Allah s.w.t.
Sunyi disebabkan syariat Islam tidak didaulatkan.
Sunyi disebabkan terasing dari budaya Islam.
Sunyi disebabkan berangan-angan.
Sunyi disebabkan bertepuk sebelah tangan.
Sunyi disebabkan menjerumuskan diri kepada kemaksiatan.
Sunyi disebabkan melibatkan diri dengan kehinaan.
Pelbagai kesunyian lagi boleh diperbincangkan.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”