NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 3 November 2013

Munafik


Firman Allah s.w.t.:



“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Apabila berlaku hari kiamat itu,

Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). 

(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.” ( Q.S. Al-Waaqi'ah: 1-12)



Abdullah bin Umar r.a berkata, hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

“Empat perkara barangsiapa mempunyai kesemuanya di dalam dirinya maka dia adalah seorang munafik yang sejati dan barangsiapa mempunyai salah satu daripadanya maka hadirlah sebahagian nifak  di dalam dirinya sehingga ia  meninggalkannya.

Iaitu jika ia bertutur ia berdusta,
Jika ia berjanji ia memungkirinya,
Jika diberi amanah ia akan mengkhianatinya dan
Jika bersumpah ia menipudaya.”

Selain daripada di atas antaranya juga seperti hadith sahih  Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., sabda Nabi s.a.w., maksudnya :

“Alamat nifak ada tiga iaitu jika ia berkata  ia berdusta,
Apabila berjanji ia ingkar dan
Apabila diberi  amanah ia  mengkhianatinya.”

Di dalam  Sahih Imam Muslim  dinyatakan, walaupun ia berpuasa  dan sembahyang  dan mendakwa  dirinya seorang Islam.


A166
A167


“Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.

Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.” ( Q.S. Ali-Imran: 166-167 )


A124


“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).” ( Q.s. At-Taubah: 124) 


A010


“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” ( Q.S. Baqarah: 10 )

 Diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abi Malikah sesungguhnya ia telah berkata:

“Aku telah berjumpa dengan tiga puluh orang dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., kesemua mereka  amat takut akan nifak  sekiranya ia wujud di dalam diri mereka.”


Huraiannya:

Sebahagian manusia mempunyai keimanan dan  sebahagian bersifak nifak. Maka ia adalah sifat-sifat orang munafik.

Golonga tersebut lebih hampir kepada kekafiran  kerana:

1.    Mereka adalah golongan bercampur-baur iktikadnya antara keimanan dan kekufuran/ kekafiran.
2.    Yang pastinya bahawa kekufuran mereka melebihi daripada keimanan mereka.
3.    Di samping itu ada juga golongan bercampur-baur iktikad mereka tetapi keimananran mereka adalah lebih kuat daripada kekufuran.
4.    Yang nyata bahawa walaupun keimanan mereka melebihi daripada kekufuran tetapi ia tetap sebagai suatu kekufuran.


Oleh itu, individu yang meletakkan permusuhannya dengan Allah s.w.t. dan nabinya Muhammad s.a.w.  berdasarkan kekufuran dan kemunafikannya kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”