NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 23 March 2014

SPEKULASI MH370: CCTV MENGIMBAS DAJAL



“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." ( Q.S. At-Tahriim: 8 )


Malaysia masih dalam mencari pesawat MH370, yang membawa penumpang seramai 239 orang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur - Beijing, China, pada 8 Mac 2014. Kehilangan pesawat tersebut pada awal pagi ketika makhluk sedang beradu dibuai mimpi setelah keletihan mencari rezeki halal pada siang harinya. Manakala insan-insan dajal pula merancang melakukan sesuatu disebabkan kealfaan manusia dan yang  mempunyai urusan ketika itu dalam keadaan mamai kerana waktu malam untuk merehatkan diri. 

Berita kehilangan pesawat MH370 hanya dimaklumkan kepada umum selepas berlalunya 6 jam waktu Malaysia dan menjadi publisiti yang meluas selepas itu. Kesan daripada itu orang awam kurang memahami tentang sistem penerbangan kerana perancangan-perancangan yang dilakukan oleh makhluk Allah s.w.t yang bergelar manusia yang faham tentang system penerbangan dan kaitannya dengan radar/satelit. Sebab itulah Allah s.w.t. tidak mencipta makhluk lain menjadi khalifah di bumi kecuali manusia kerana insan ini berakal berbanding makhluk Allah yang lain. Perkara ini juga menunjukkan bahawa Islam itu agama yang benar, tepat dan jitu. Mereka yang tidak membuat kajian tentang Islam akan kerugian sepanjang hayat kerana harta, kuasa dan nafsu yang pelbagai sehingga terbuai-buai dengan pemikiran manusia,  semua itu akan musnah. Mati.

Kelibat pesawat MH370 tidak ditemui kerana sifat halimunannya. Ia membawa kepada penghapusan kod MH370  kepada kod baru MH318. Selepas 15 hari, ketika catatan ini, menunjukkan bahawa pesawat dan penumpang-penumpangnya selamat sehingga dibuktikan sebaliknya. Ini adalah spekulasi daripada manusia biasa. Spekulasi ini akan terus berpusing-pusing, turun naik, menokok merudum, cergas, mendatar dan statik seperti pasaran saham. CCTV mengimbas dan dengan bantuan radar/satelit kerana misterinyaa pesawat MH370 yang membangkitkan semangat ingin tahu penduduk Malaysia khasnya dan manusia sejagat amnya untuk membuat spekulasi, andaian dan teori bagi merancakkan pencarian pesawat yang hilang itu. Ia  juga membawa kepada pencarian dan teka-teki yang mencabar minda kita seperti ‘permainan game’, semakin lama semakin menyeronokkan. Ibarat penjudi dengan pencaturnya, ada nilai wang dan kuasa di sana. 

Tetapi isunya, di mana pesawat itu? Semasa kehilangannya semua radar/satelit hilang kawalan dan halimunan.

Mengimbas peristiwa kehilangan pesawat MH370, wajar diteliti perkara-perkara berkaitan scenario yang berlaku sebelum peristiwa misteri itu:

  1. Diakui bahawa dalam tempoh tersebut kuasa besar AS/Barat dan Rusia saling memberi tekanan dan provoke antara satu dengan lain disebabkan oleh isu Crimea dalam wilayah Ukraine, termasuk Ukraine itu sendiri dipertikai kesahihan pentadbiranyan oleh Rusia. Pihak Barat dan sekutunya mempertikai pula referendum yang dilakukan oleh Crimea. Sehingga kini ketegangan itu masih berlaku di antara AS/Barat dan Rusia. Tiada penamatnya.
  2. Timur Tengah, pergolakan merentasi Utara Afrika sehingglah ke Turki masing-masing bergelut dan menumpukan masalah dalaman mereka.
  3. Israel terus mengganas kerana aroma Saidina Umar al-Khattab r.a. belum bangkit. Rakyat Palestin tetap bertahan.
  4. Afrika Tengah diasak oleh penglibatan tentera Barat membantu sekutu disebabkan peningkatan kekuatan pejuang-pejuang Al-Shabaab dan al-Qaeda  yang boleh melumpuhkan mereka jika tidak ditangani segera.
  5. Pejuang-pejuang Taliban di Afghanistan sedang dilambai-lambai oleh pemerintah Afghanistan dan Pakistan kerana kehebatan mereka, cuma mereka kekurangan logistik dan persenjataan.
  6. Iraq berterusan bermandikan darah.
  7. Iran memperkukuhkan genggamannya tanpa takut dengan gertakan musuh-musuhnya disamping mengusahakan jalan diplomasi bagi memperbaiki hubungan antarabangsanya dengan AS/Eropah.
  8. Asia Timur, dua negara Korea, atau semenanjung Korea, atau Korea Utara di satu pihak dan Korea Selatan, Jepun dan kehadiran tentera Amerika di pihak lain, kerap mengundang berulangkalinya provokasi-provokasi antara mereka.
  9. Thailand, negara jiran mengalamai masalah politik.
  10. Myanmar mengusir dan menafikan rakyat yang bermasalah dengannya.
  11. Negara-negara miskin memohon simpati dan akan menadah tangan untuk memberi sokongan 100% sekiranya ada negara kaya yang membantu.
  12. Dalam tempoh yang sama negara kita pula diselubungi oleh jerebu dan keputusan kes penghakiman ketua pembangkang berkaitan kes liwat II.

Scenario di atas seolah-olah memberi isyarat bahawa akan berlakunya sesuatu tragedi tetapi orang-orang beriman telah pun  mengetahuinya kerana akal, hati, perasaan dan tindakan mereka tidak lekang dengan wahyu Allah s.w.t. disamping petunjuk Rasulullah s.a.w., dizahirkan pula oleh Para Sahabat r.a..

Ketika pelbagai negara, kawasan dan tempat tidak stabil dan masing-masing menumpukan perhatian kepada tempat mereka maka wujudlah kehilangan pesawat MH370 kerana ada agenda yang sedang dan akan berlaku yang ia akan meletakan negara dalam keadaan bahaya, bukan sahaja akan merugikan negara tetapi turut merugikan rakyat yang daif yang pada ketika ini mengharapkan kerajaan membantu kesan kenaikan kos hidup. Kita berdoa semoga keinsafan ada pada orang-orang beriman. Kita mohon ampun kepada Allah s.w.t. supaya kita terhindar daripada dajal kerana mereka tidak tahu kehebatan orang-orang muslimin. Ya Allah, Ya Tuhan kami, ampuni kami.

Misteri pesawat MH370 selepas beberapa minit berlepas telah dimaklumi oleh pihak MAS tetapi hanya dimaklumkan dan diuar-uarkan kepada umum setelah selesai sarapan, perut kenyang dan akal sihat walafiat. Ini mengundang kepada pelbagai spekulasi termasuklah ‘Spekulasi MH370: CCTV Mengimbas Dajal’. Bagi membantu mengimbas, mengamati dan jangan seronok, adalah dicadangkan supaya elemen-elemen berikut diambil kira:

  1. Malaysia adalah negara kaya, maka ia fokus si miskin. Bila kita ada harta, banyak aktiviti dilakukan dan dicemburui.
  2. Malam adalah masa sesuai melakukan dajal dan siang rehat.
  3. Komplot memiliki rangkaian dan sistem penerbangan digodam manakala orang awam mencari rezeki halal.
  4. Pesawat MAS hilang, intai juga pesawat-pesawat yang beroperasi di KLIA.
  5. Barisan pesawat MAS dan lain-lain di KLIA sukar untuk menentukan kelibatnya.
  6. MAS milik negara, perniagaannya untung; manakala lain-lain penerbangan milik syarikat, jangan disebabkan misterinya MH370 ada udang disebalik mee.
  7. Keilmuan kita ditumpukan kepada kebajikan rakyat bukan dajal.
  8. Kebenaran tidak boleh ditutup, kefasikan akan terbongkar.
  9. Pelbagai spekulasi kehilangan pesawat MH370 dan lagi lama, banyak isu terungkai.
  10. Umat Islam, yakin kepada Allah s.w.t. bukan kepada manusia.
Ibarat semut hitam, berjalan di atas batu hitam, pada malam kelam ditambah pula dengan jerebu. Bagaimana tuan/puan mengesannya. Boleh kesan tak?





  








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”