NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 20 May 2014

USTAZ ABDUL GHANI KEMBALI KE RAHMATULLAH



 ANIS NAZRI | 19 Mei 2014.

 KUALA LUMPUR: Bekas AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kembali ke rahmatullah kerana komplikasi darah tinggi dan buah pinggang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras 12.05 tengah hari ini.

Menurut menantu keempat Allahyarham, Mahazan Hashim, ketika ini jenazah masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan mengeluarkan jenazah.

Sejurus itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, sementara nmenanti kepulangan seorang anaknya yang menuntut di Mesir.

Jenazah Allahyarham dijangka akan disempurnakan dan disolatkan pada jam 2.30 petang ini, di Surau Al-Mustakimah, Bandar Tun Razak, dan seterusnya dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di kampung halamannya. di Tanjung Bidara.

Allahyarham sebelum ini hampir sebulan menerima rawatan di HUKM ekoran komplikasi penyakit yang dihidapinya.

Pada Khamis lalu, keadaan Allahyarham semakin merosot apabila doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam badan Allahyarham dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Sejak Khamis lalu, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sehingga menghembuskan nafas terakhir di samping isteri dan anak-anaknya.

Allahyarham meninggalkan dua orang balu, Maya Sulaiman dan Aziah Saad, serta 13 orang anak. - HARAKAHDAILY 19/5/2014




------------

Kehilangan Ustaz Abdul Ghani sukar dicari ganti

HARAKAHDAILY | 19 Mei 2014.


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) mengucapkan takziah kepada kelurga almarhum Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang kembali ke rahmatullah di Hospital Universiti Kebangsaan Malayssia (HUKM) tengah hari tadi.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, PPM turut merasa sedih dan pilu dengan kehilangan sang murabbi ummah itu.

Katanya, PPM menyifatkan pemergian almarhum Ustaz Abdul Ghani ke rahmatullah adalah suatu kehilangan besar kepada perjuangan Islam di Malaysia khususnya PAS serta rakyat umumnya.

Beliau berkata, almarhum adalah pemimpin disegani oleh kawan dan lawan, malah seangkatan dengan pemimpin hebat PAS seperti Almarhum Ustaz Datuk Harun Taib, Almarhum Ustaz Yahya Othman, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Almarhum Datuk Fadzil Noor.

“Beliau adalah pemimpin terbilang, menjadi contoh melalui kepimpinan dan teladan yang ditunjukkan beliau terhadap generasi muda,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, pemergian Ustaz Abdul Ghani bererti hilangnya seorang lagi permata ummah, ulama dan pendakwah cekal kerana kehidupannya diabadikan buat perjuangan Islam bersama dengan PAS.

“Beliau tidak gentar diugut, ditohmah dan diambil tindakan, dimusuhi dan dijauhi. Wang ringgit, keringat dan masa ditaburinya tanpa kesal dan jemu.

“Tanpa pangkat dan kedudukan tinggi, tanpa penghormatan, sanjungan serta pujian tidak melemahkan perjuangannya. Baginya perjuangan Islam adalah segala-galanya tanpa mempedulikan risiko yang bakal ditanggungnya,” kata Suhaizan lagi.

Tambahnya, ilmu almarhum yang tinggi dicurahkan buat membimbing ummah yang mana masjid, markaz, surau dan segala agensi mampu dihadirinya tanpa letih dan alasan bagi menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.

Muridnya, kata beliau juga berjumlah ribuan orang dan merata ke pelosok negara serta berjaya dalam pelbagai bidang keilmuan.

“PPM mendoakan agar roh almarhum ditempatkan sebagai insan soleh dan diterima amalnya oleh Allah SWT. PPM berharap semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian berat ini,” ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 19/5/2014









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”