ILAH HAFIZ AZIZ
DAN
NORHIDAYU MOHD. HASSAN | 07 April 2015 2:32 AM
Antara suspek yang ditahan pasukan Counter
Terrorism Cawangan
Antara suspek yang ditahan
pasukan Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM, semalam.
Ini berikutan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menerusi pasukan Counter Terrorism, Cawangan Khas menahan
sekumpulan suspek yang dipercayai mahu membuat serangan sebegitu di sekitar
ibu negara.
Seramai 17 orang termasuk seorang
remaja berusia 17 tahun ditangkap semalam dan lebih membimbangkan kumpulan
itu didalangi dua lelaki yang pernah menyertai dan menjalani latihan
ketenteraan IS di Syria tahun lalu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitter-nya yang memberitahu
kejayaan polis menangkap kumpulan tersebut.
“Syabas pasukan Counter Terrorism
@PDRMsia yang berjaya menangkap 17 orang sedang merancang keganasan di Kuala Lumpur . Dua
daripada mereka baru balik dari Syria . Go PDRM go,” katanya di sini
hari ini.
Sementara itu, satu sumber
memberitahu Utusan Malaysia ,
Bahagian Counter Terrorism berjaya mengesan gerak-geri serta rancangan
kumpulan terbabit sebelum bertindak segera menangkap suspek untuk mengelak
sesuatu yang buruk berlaku di ibu negara.
Kata sumber, kumpulan itu
didalangi dua individu yang berasal dari Kedah yang baru balik dari menyertai
IS di Syria sejak September tahun lalu.
Katanya, salah seorang daripada
mereka merupakan individu berusia 49 tahun yang tidak asing lagi dalam arena
keganasan di negara ini dan pernah menyertai Kumpulan Militan Malaysia (KMM)
beberapa tahun lalu.
“Suspek ini pernah ditangkap
polis pada Jun 2001 kerana terlibat dalam aktiviti keganasan bersama KMM dan
dia juga pernah terlibat dalam rancangan rompakan bersenjata api pada tahun
sama di negara ini. Selain itu, dia juga ada kaitan dengan kejadian serangan di
Guar Chempedak, Kedah.
“Dia pernah menjalani latihan
ketenteraan di Afghanistan pada tahun 1989 hingga 1990 dan di Sulawesi pada
November 2000. Pada Ogos tahun lalu, dia ke Syria untuk menyertai IS dan pulang
secara senyap-senyap pada Disember lalu,” ujar sumber.
Tambah sumber, seorang lagi
anggota IS yang ditangkap adalah seorang guru agama yang pernah berjuang Syria .
“Suspek yang berusia 38 tahun ini
keluar dari Malaysia
untuk menyertai IS pada September lalu dan dia kembali ke negara ini pada
Disember,” katanya.
Kata sumber, serangan yang
menyasarkan lokasi tertentu di Malaysia
dibimbangi akan terjadi sejak pengaruh IS terhadap rakyat negara semakin
menjadi-jadi sejak setahun lalu.
“Fasa awal kita dapati ramai
penduduk negara terpengaruh mahu menyertai IS dan kita percaya fasa berikutnya
akan menjadi sesuatu membimbangkan iaitu serangan di negara ini seperti di
negara-negara lain yang telah terjadi.
“Usaha polis adalah mahu
mengekang perkara itu sebelum kejadian sebegitu terjadi,” kata sumber.
Penangkapan terbaharu itu juga
adalah susulan daripada penahanan dua individu yang mengugut mahu membuat
serangan terhadap dua kedutaan asing di ibu negara, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment