NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 27 May 2015

GUAN ENG DIMINTA JAGA MULUT



Guan Eng diminta jaga mulut

25 Mei 2015 12:56 AM

KUALA LUMPUR 24 Mei – Dewan Ulama Pas mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya menjaga mulut dan tidak mengajar parti itu berhubung hala tuju tahaluf siyasinya.

Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, DAP tidak layak membangkitkan soal permuafakatan dalam pakatan pembangkang kerana parti itu sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001.

Dalam masa sama, kata beliau, tindakan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan itu menyuruh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergabung menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) membuktikan Guan Eng tidak memahami cara berpolitik Pas selama ini.

Menurutnya, Pas sebagai parti siasah yang memperjuangkan agama Islam mempunyai platform sendiri yang jelas dalam membuat keputusan-keputusan besar terutama melibatkan dasar parti iaitu melalui muktamar tahunannya.

“Tak payah cabar-mencabar, kalau Pas rasa hendak buat keputusan, tunggulah pada muktamar nanti. Kalau wujud permintaan mengkaji semula tahaluf siyasi tersebut, kita akan beritahu.

“Ini kerana Pas ada kaedah sendiri untuk membuat keputusan sama ada hendak terus dengan parti-parti pembangkang atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menyuruh Abdul Hadi bergabung membentuk kerajaan perpaduan dengan BN dan UMNO secara terang-terangan jika itu yang dimahukan oleh Presiden Pas berkenaan.

Guan Eng dilaporkan turut berkata, Abdul Hadi kini berkelakuan seperti ‘pemimpin UMNO’.

Perkara tersebut katanya berikutan tindakan Abdul Hadi yang didakwa menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu Tabung Haji selain dikatakan sedia memutuskan hubungan dengan pakatan pembangkang ekoran isu kabinet bayangan.

Mengulas lanjut, Mahfodz memberitahu, dakwaan-dakwaan Guan Eng seumpama itulah yang sebenarnya membawa kepada keretakan dalam perhubungan parti-parti dalam pakatan pembangkang.

Kata beliau, sekiranya tindakan sedemikian tidak dihentikan, nescaya hubungan Pas dan DAP tidak akan baik selama-lamanya.

“Kalau pakatan pembangkang ingin terus dikekalkan, pemimpin parti komponen perlulah menjaga adab masing-masing dan tidak membuat kenyataan-kenyataan sebegini,” katanya.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”