NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 26 May 2015

DAP PERLU SEDIAKAN KATA PUTUS



DAP perlu sediakan kata putus

Wartawan Sinar Harian25 Mei 2015

KOTA BHARU – DAP perlu memutuskan hubungan kerjasama dengan Pas jika hanya mahu bergandingan dengan pihak tertentu sahaja dalam parti Islam itu.

Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Pas adalah sebuah organisasi yang diketuai oleh seorang presiden, maka kerjasama tersebut juga perlu melibatkan kepimpinan atasan parti berkenaan.

“Jika DAP mahu bekerjasama dengan Pas, DAP perlulah memenangi hati presidennya juga. Kalau DAP berprinsip dan tidak dapat menerima Hadi maka DAP perlu putuskan hubungan dengan Pas, selagi mana Pas dipimpin oleh Hadi. Mungkin DAP boleh kembali bekerjasama semula jika Pas dipimpin oleh tokoh lain selepas ini,” katanya, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyatakan tidak mendapat kerjasama daripada Abdul Hadi dalam beberapa perkara sehingga DAP didakwa memutuskan hanya akan bekerjasama dengan ahli parlimen Pas yang boleh bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, dalam masa yang sama, perbuatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan gelaran “hilang akal” dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memanggil Hadi dengan gelaran “durjana” adalah tindakan tidak waras yang boleh menimbulkan kemarahan ahli Pas.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu, selagi Hadi masih presiden parti Islam itu, ahli dan kepimpinan parti berkewajipan untuk taat kepada dasarnya dan parti.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”