Posted on Monday, May 25 @
11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenorehGetah
Respon
SHAH ALAM: Tan Sri Muhammad
Muhammad Taib seharusnya mengkaji perlembagaan dan mendalami perjuangan PAS
sedalam-dalamnya sebelum memutuskan untuk menyertai parti ini, demikian menurut
Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Ahli Majlis Syura Ulama itu
kemudiannya berkata kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan mencetuskan
konflik dalaman terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu hingga mendakwa
perjuangan PAS tidak lagi sama seperti sebelum ini.
"Jika beliau tinggalkan Umno
kemudian nak masuk mana-mana parti, termasuk PAS, beliau kena buat kajian
dahulu. PAS ada dasar. Tak sama macam Umno yang bersifat pragmatis dan
nasionalis.
"Sebab itu PAS tidak pernah
memaksa sesiapa untuk menyertai parti. Kita buat hal sendiri. Apabila beliau
nak sertai PAS, kita mengalu-alukan dan tidak pernah menolak. Namun apabila
sekarang Muhammad kata PAS sudah berubah, maka kita pun tidak boleh paksa.
Terpulang kepada kebijaksanaan Muhammad," ujarnya ketika dihubungi
Antarapos, hari ini.
Semalam, Muhammad dilaporkan
sebagai membayangkan akan keluar daripada PAS selepas pemilihan parti yang akan
berlangsung Jun ini.
Keputusan itu disebabkan kecewa
dengan hala tuju parti Islam itu yang seolah-olah tidak lagi mempedulikan
penyokong bukan Islam di negaa ini.
Bukan itu sahaja, beliau mendakwa
pendekatan pemimpin PAS pada hari ini tidak selari dengan apa yang dilakukan
bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu.
Muhammad turut mengambil contoh
kekecewaan Datuk Tamrin Ghafar yang meninggalkan PAS pada tahun lalu.
Meskipun berbeza pemimpin,
Mahfodz sekali lagi menegaskan hala tuju dan perjuangan PAS tetap sama, selagi
mereka setia mempertahankan perlembagaan parti itu.
"Baik semasa Nik Aziz masih
memimpin atau selepasnya, PAS masih sama. Mungkin pendekatan sedikit berbeza.
"PAS ada perlembagaan, bukan
berdasarkan individu semata-mata. Cara mungkin berbeza, namun dasar kita
termaktub di dalam perlembagaan parti," tegasnya.
No comments:
Post a Comment