GST yang ditetapkan itu akan
meratai semua golongan daripada rakyat awam sehinggalah kepada golongan elit
kecuali jika kerajaan tidak berhasrat untuk mengutip GST daripada mereka-mereka
yang wajib dikenakan tanpa pengecualian.
Agak-agaknya berapakah cukai GST
yang kerajaan perolehi dalam tempoh sebulan dua ini daripada transaksi
pembelian tanah seluar 1.56 ekar oleh Tabung Haji (TH) daripada One Malaysia
Development Berhad (1MDB)?
Selepas itu, berapa pula cukai
yang kerajaan dapat hasil penjualan semula tanah seluas 0.66 hektar oleh Tabung
Haji kepada syarikat pembeli lain dan pelaburan-pelaburan yang bertukar
tangan dalam tempoh 2015.
Setelah dicongak, maka kerajaan
untung atas transaksi-transaksi dengan pelaksanaan GST itu dan Tabung Haji pula untung RM5 juta secara
runding terus yang ditetapkan dalam
tempoh kurang sebulan dengan tanah yang penuh barakah di pusat kewangan Tun
Razak Exchange di Kuala Lumpur.
Lagi kerap bertukar-tukar
pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) itu lagi banyak yang boleh dikaut oleh
kerajaan di samping agensi-agensi yang lain turut mendapat manfaat hasil
transaksi-transaksi yang kerap berlaku itu. Bukan sahaja tanah TRX diGSTkan tetapi pembelian-pembelian, transaksi-transaksi dan bertukar gantinya pemilik-pemilik lain juga ada hasil yang akan dikutip oleh kerajaan.
Maka benarlah bahawa rezeki Allah
s.w.t. datang tanpa disangka-sangka daripada sumber-sumber yang tidak diketahui
oleh manusia. Alhamdullah.
Golongan dajal melihat
peluang-peluang perniagaan walaupun melibatkan urusan-urusan penindasan kerana
golongan cerdik pandai menjadi dungu-dungu seperti MH370 terperosok di selatan
Lautan Hindi sehingga kini pencariannya seperti kanak-kanak main sorok-sorok
dan cari-cari, atau/dan pencarian MH370 kosong-kosong.
Amalkanlah ajaran Islam sebagai pegangan
hidup.
Tolong jangan mendajal.
Tolong jangan mendajal.
No comments:
Post a Comment