NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 29 May 2015

ORANG ROHINGYA HANYUT NAMPAK, MH370 KABUR



Aset-aset negara dikerah memantau pergerakan orang hanyut. Manakala pencarian MH370 terhenti seketika kerana terpaksa memberi laluan menanganinya dikhuatiri mereka-mereka kebuluran di tengah-tengah lautan utara Selat Melaka. Alam ini menjadi ceria apabila isu baru menenggelamkan isu lama.

Orang-orang Rohingya melarikan diri daripada pembunuhan pemerintahn Myanmar. Mereka dibunuh kerana mereka dilahirkan di Myanmar. Sebelum Burma bertukar menjadi Myanmar pembunuhan beramai-ramai kepada kaum Rohingya tidak begitu ketara. Ia terserlah apabila rampasan kuasa tentera berlaku di sana supaya tentera tidak bertempur dengan penduduk tempatan daripada suku kaum Buddha dan Rohingya. Kini suku kaum Islam diperangi secara terbuka. Keran isunya pemerintahan.

Manakah yang lebih utama antara pilihan-pilihan berikut yang sesuai digunakan oleh junta tentera di Manymar?


1. Berhadapan dengan rakyat Myanmar bagi menghadapi juntera tentera?, atau

2. Menghadapi penduduk Buddha/Rohingya yang mendambakan demokrasi?, atau

3. Mengacau-bilaukan penduduk Buddha dan Rohinya supaya mereka tidak melihat rampasan kuasa tentera?, atau

4. Membunuh dan menghalau penduduk Rohingya bagi memikat hati penduduk Buddha?, atau

5. Menjadikan pengusiran orang-orang Rohingya dan Bangladesh  supaya negara-negara ASEAN tidak memikirkan tentang junta tentera perampas kuasa? dan

6. OIC, PBB dan negara-negara serantau melihat bahawa perkara tersebut melibatkan masalah dalam Myanmar.


Suatu keistimewaan orang-orang hanyut Myanmar dan Bangladesh itu, mereka memiliki kuburan di kawasan Wang Kelian, Perlis. Sehingga kuburan-kuburan mereka itu menjadi tajuk-tajuk pemberitaan supaya kes-kes yang besar senyap diserap oleh udara. Kesian golongan dungu-dungu kerana masih mengekalkan ilusi-ilusi kedajalan mereka.

Oleh kerana manusia di bahagian timur, kawasan Asia Tenggara, kabur-kabur tentang pencarian MH370, maka dipanggillah tukang-tukang penyiasatan mayat-mayat yang ditunjukkan dikorek-korek mayat mereka dari dalam kuburan yang wangi itu supaya dapat dibedah siasat oleh pakar-pakar daripada Amerika Syarikat supaya beritanya menjadi sensasi. Menjadilah ia viral seantero alam. Puncanya kerana 1MDB boleh menguncangkan kedudukan. Ia pula diasak oleh mantan PM.


Itulah dunia yang mengkhayalkan kerana manusia jauh menyimpang daripada ajaran Islam.





 
 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”