Beri peluang Najib sehingga habis
tempoh - Presiden PAS
KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | 12 Mei
2015.
KUALA TERENGGANU: PAS menyerahkan
kepada rakyat bagi ‘menghukum’ parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang
dibebani dengan masalah skandal 1MDB dan Tabung Haji.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang berkata negara ini mengamalkan pemerintahan secara
demokrasi dan bukan dengan ‘diktator’.
Justeru, katanya segala
permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan negara menjadi tanggungjawab parti
dan bukan semata-mata individu tertentu.
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak juga perlu diberi tempoh hingga habis penggal bagi
menyelesaikan segala masalah tersebut.
“Ya, saya suka (Najib) diberi
peluang biar habis tempoh penggalnya. Biar rakyat 'hukum' dia. Itu pandangan
sayalah, biar rakyat menghukum dia.
“Kita jika ada kelemahan, kita
kena sebut. Kita lebih berbentuk menasihati untuk mengislah dan menyelesaikan
masalah,” ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang kepada media ketika persidangan
Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-13 berhenti rehat, hari ini.
Ustaz Abdul Hadi menyifatkan
setiap Perdana Menteri yang silih berganti sejak Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah
Ahmad Badawi dan Najib mempunyai masalah masing-masing.
“Saya tidak mahu menunding jari
kepada sesiapa. Pada saya, supaya kita mengamalkan demokrasi ‘pulang’ kepada
rakyat. Rakyat untuk menghukum parti dan bukan menghukum orang.
“Jika kita kata Perdana Menteri
sekarang dia punya masalah, yang dahulu juga ada masalah juga, jadi seolah-olah
kita hendak jadikan Melayu mudah lupa. Bukan Melayu sahaja yang mudah lupa
tetapi MIC ada Maika Holding, MCA ada masalah skandal Zon Bebas Pelabuhan
Kelang (PKFZ) dan sebagainya. – HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment