Kerana kurang RM5, dipenjara 15 tahun
Kawan hanya bayar RM15, dipukul hingga mati
SUWARNI MOKHTAR | 19
Mei 2015 12:31 AM
M. SILVAM dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi
Shah Alam, Selangor,
M. SILVAM dibawa keluar dari
Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam. UTUSAN/KAMAL BASIR WAHAB
SHAH ALAM 18 Mei - Hanya kerana
RM5, seorang lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara selama 15 tahun selepas
mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan pilihan menyebabkan
kematian rakannya dengan memukul kepala mangsa menggunakan paip besi, tiga
tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin
turut memerintahkan hukuman terhadap M. Silvam, 44, berkuat kuasa dari tarikh
tangkapan iaitu 13 Jun 2012.
Tertuduh yang tidak mempunyai
pekerjaan tetap sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman mati mandatori.
Mengikut pertuduhan pilihan yang
ditawarkan hari ini oleh pihak pendakwaan, tertuduh didakwa telah menyebabkan
kematian T. Saikeran, 50, kira-kira pukul 3.40 petang, 13 Jun 2012 di kaki lima
No. 186, Jalan Langat 3, Taman Sri Langat, Kajang dekat sini.
Dakwaan bagi pertuduhan baharu
itu dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) kanun sama yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Menurut fakta kes yang
dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Kamaruddin, tertuduh dan
mangsa serta dua lagi rakan mereka telah berjumpa pada kira-kira pukul 1
petang, hari kejadian untuk minum arak.
Kira-kira pukul 3 petang, Silvam
dan Saikeran telah pergi ke kedai telefon bimbit berhampiran sebelum kembali ke
kaki lima
terbabit. Tiba di tempat kejadian, tertuduh telah menyerahkan telefonnya kepada
mangsa dan meminta bayaran sebanyak RM20.
Bagaimanapun, mangsa hanya
menyerahkan RM15 menyebabkan tercetusnya pergaduhan.
Berang dengan tindakan mangsa,
tertuduh yang menggunakan sebatang paip besi di kawasan sekitarnya telah memukul
kepala Saikeran sehingga terjatuh. Silvam yang diwakili peguam, K. Viknesvaran,
kemudian meninggalkan kawasan itu selepas membuang paip besi terbabit.
No comments:
Post a Comment