NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 24 May 2015

TERLEPAS HUKUMAN POTONG TANGAN



Dua pengawal dijel
 8 tahun, 7 sebatan
Larikan wang tunai majikan RM1.8 juta

OLEH NURFARAHIN HUSSIN (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY)  |  07 November 2014 2:38 AM

PETALING JAYA 6 Nov. - Dua pengawal keselamatan masing-masing dihukum penjara lapan tahun dan sebatan tujuh kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan melakukan pecah amanah dengan melarikan wang tunai berjumlah lebih RM1.8 juta milik majikan mereka daripada sebuah van keselamatan di Seri Kembangan, minggu lalu.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas mahkamah menerima pengakuan salah kedua-dua tertuduh, semalam.

Kassim Taysing, 35, dan Adrin Jalil, 36, bersama dua lagi rakan mereka yang masih bebas didakwa membawa lari wang berjumlah RM1,843,242.60 milik syarikat Safeguards G4S Sdn. Bhd., selepas melakukan tugas sebagai pemungut wang hasil kutipan jualan.

Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Putra Permai 1A, berdekatan tempat letak kenderaan berhadapan Restoran Sufia II, Taman Equine, Seri Kembangan di sini pada pukul 9.42 malam, 27 Oktober lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, anggota polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa terdapat seorang lelaki diikat dan ditinggalkan di dalam van keselamatan di Jalan Lestari 7, Seri Kembangan pada pukul 10 malam, 27 September lalu.

Apabila tiba, polis mendapati Kassim berada di dalam van dengan tangan diikat sebelum menahan tiga lagi rakannya termasuk Adrin bagi membantu siasatan.

Siasatan kemudian mendapati Kassim dan Adrin bersama dua lagi rakan mereka yang masih bebas telah merancang untuk melarikan duit tersebut berikutan terdapat keraguan dalam hasil soal siasat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh memohon hukuman ringan dengan Kassim memberi alasan dia perlu menyara keluarga sementara Adrin menyatakan dia mempunyai dua anak yang masih kecil masing-masing berusia lapan bulan dan empat tahun.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”