PAS SETUJU WAN AZIZAH JADI
KETUA PEMBANGKANG
May 11, 2015
by Super Admin
(Sinar Harian) – Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua
pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan
prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti.
Ketua Whip Pas Parlimen, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, perkara
itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang
mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, pada Sabtu.
“Kami sebulat suara… dan
cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti
yang punyai majoriti.
“Sudah tentu adalah DAP adalah
parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan
kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua
pembangkang,” katanya pada
sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas status kekosongan jawatan ketua
pembangkang yang masih kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dijatuhi hukuman penjara lima
tahun dalam kes liwat II.
Sebelum ini, pemimpin PR sepakat untuk menangguhkan pelantikan jawatan
itu bagi memberi tumpuan kepada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh dahulu.
Pada PRU13 lalu, DAP memperoleh kerusi Parlimen terbanyak iaitu 38
manakala PKR kekal dengan 30 kerusi Parlimen dan Pas dengan 21 kerusi Parlimen.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata lagi, keputusan itu sebagai menghormati
pendirian DAP yang menyerahkan jawatan itu kepada PKR.
“Pas menghormati keputusan DAP
itu selaku parti yang mempunyai kerusi majoriti dan DAP berhak untuk tentukan
siapa ketua pembangkang seterusnya.
“Kalau ikut prinsip majoriti
itu, DAP mempunyai hak untuk jawatan itu,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment