NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 14 May 2015

6,000 KAKITANGAN DIHENTIKAN DI BAWAH PELAN PENSTRUKTURAN SEMULA "MAS BARU"



6,000 kakitangan dihentikan di bawah pelan penstrukturan semula "MAS Baru"

Astro Awani | Kemas kini: Ogos 29, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 29, 2014 16:09 MYT)

KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula syarikat penerbangan negara Sistem  Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) bakal menyaksikan syarikat bermasalah itu akan mengurangkan tenaga kerjanya dari 20 ribu kaki tangan kepada 14 ribu orang, pengurangan 30 peratus dari tenaga kerja sedia ada.

Dari 6,000 pekerja yang akan dihentikan perkhidmatan mereka, 3,500 daripadanya akan ditawarkan pekerjaan di bawah anak-anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sementara selebihnya akan ditawarkan Skim Perpisahan Sukarela (VSS).

Antara perkara paling utama dalam pelan pengstrukturan semula 12 perkara yang diumumkan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mohktar hari ini adalah penubuhan syarikat baru (NewCo) dimana akan menjadi ‘rumah’ baru buat syarikat ‘MAS’ lama dengan perpindahan 14,000 kakitangan. Proses perpindahan itu yang termasuk operasi, aset dan liabiliti dari “MAS lama”(OldCo) kepada NewCo akan disempurnakan menjelang 1 Julai tahun 2015.

Syarikat NewCo mensasarkan untuk kembali meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh OldCo dinyahsenarai yang disasarkan akan berlangsung akhir tahun ini. NewCo akan menyaksikan perubahan kepada model perniagaan untuk mengambil kira struktur kos operasi yang lebih rendah selain melihat penjimatan dari usaha rundingan semula dan kontrak pembekalan termasuk pelaksanaan kos buruh yang akan kembali mengfokuskan kepada laluan serantau yang lebih menguntungkan berbanding kepada laluan jarak jauh yang tidak menguntungkan.

Di bawah pelan terbabit yang akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, Khazanah akan memperuntukkan RM6 bilion dalam  bentuk dana pelaburan kepada NewCo secara berperingkat-peringkat dan syarat yang lebih ketat untuk tempoh tiga tahun.

NewCo juga mensasarkan untuk kembali menyenaraikan kembali MAS dalam tempoh tiga sehingga lima tahun, iaitu dianggarkan dapat dicapai pada akhir 2017 sehingga akhir 2019.

Dari segi kepimpinan syarikat pula, Ahmad Jauhari Yahya akan terus menerajui syarikat OldCo sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sewaktu tempoh peralihan selama 10 bulan sehingga 1 Julai 2015, tarikh dimana NewCo disasarkan untuk mula beroperasi.

Turut diumumkan, lembaga pengarah OldCo akan tetap beroperasi seperti biasa sehingga satu tempoh yang akan dimumkan kelak.

Khazanah juga akan mula mencari individu yang bakal mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif NewCo dengan calon-calon akan dipilih dari bakat tempatan dan antarabangsa yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penerbangan global. Pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang akhir tahun ini.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”