KOTA KINABALU, 17 Mei (Bernama)
-- Kes penculikan seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di
Sandakan tiga hari lalu berkemungkinan besar didalangi 'orang dalam', kata
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Beliau berkata disyaki 'orang
dalam' telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang
bermutu tinggi dan perkara itu sedang disiasat.
"Polis telah menerima
maklumat berkenaan penculikan akan berlaku di Sabah dan salah satu lokasi itu
adalah Sandakan .
"Pihak ESSCom yang diketuai
oleh Datuk (Abdul) Rashid Harun telah membuat Operasi Bersepadu di kawasan Sandakan yang menumpukan
kawasan panas dan juga pendatang asing tanpa izin. Malangnya ia berlaku di
tempat yang tidak diduga," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi
WhatsApp pada Ahad.
Katanya Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang
berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya
kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi.
Jalaluddin turut mengesahkan
kedua-dua keluarga mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak yang
mendakwa sebagai penculik dan meminta wang tebusan yang tinggi nilainya dan
tidak boleh diberitahu kepada umum.
Katanya, sehingga kini, keluarga
kedua-dua mangsa juga enggan membuat laporan polis meskipun telah dinasihatkan
oleh polis supaya berbuat demikian.
Beliau turut menafikan dakwaan
kononnya keluarga mangsa diugut berikutan keengganan mereka membuat laporan
polis.
Katanya kedua-kedua mangsa culik
dilaporkan dalam keadaan selamat dan kini berada di salah sebuah pulau di
perairan Filipina.
Pada Khamis, empat lelaki
bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu
dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.
Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar
pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45
malam itu. Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di
Kemboja.
BERNAMA
`Orang dalam’ disyaki dalang kes
culik di Sandakan -Pesuruhjaya
Polis Sabah
17 Mei 2015 1:16 PM
KOTA KINABALU 17 Mei - Kes
penculikan seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan
tiga hari lalu berkemungkinan besar didalangi ‘orang dalam’, kata Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Beliau berkata, disyaki ‘orang
dalam’ telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang
bermutu tinggi dan perkara itu sedang disiasat.
“Polis telah menerima maklumat
berkenaan penculikan akan berlaku di Sabah dan salah satu lokasi itu adalah Sandakan .
“Pihak Esscom yang diketuai oleh
Datuk (Abdul) Rashid Harun telah membuat Operasi Bersepadu di kawasan Sandakan yang menumpukan
kawasan panas dan juga pendatang asing tanpa izin. Malangnya ia berlaku di
tempat yang tidak diduga,” katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi
WhatsApp hari ini.
Katanya, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang
berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya
kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi. – BERNAMA
‘Orang dalam’ dalang kes culik di
Sandakan
Details Created On Sunday, 17 May
2015 18:00
Published Date Written By Admin Category: News Print
Email
Pesuruhjaya Polis Sabah
Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesyaki 'orang dalam' mendalangi kes
penculikan dua orang rakyat Malaysia
di sebuah restoran di Sandakan
tiga hari lalu.
Menurutnya, 'orang dalam'
tersebut telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang
bermutu tinggi dan hal ini sedang disiasat.
Tambah Jalaluddin, pihak polis
telah menerima maklumat berkenaan penculikan akan berlaku di Sandakan dan pihak Esscom telah membuat
Operasi Bersepadu di kawasan tersebut yang menumpukan kawasan panas dan
pendatang asing tanpa izin.
Malangnya ia berlaku di tempat
yang tidak diduga, ujarnya.
Beliau turut mengesahkan
kedua-dua keluarga mangsa culik menerima panggilan telefon daripada penculik
dan meminta wang tebusan yang tinggi nilainya.
Pada masa yang sama, kedua-kedua
mangsa culik dilaporkan dalam keadaan selamat dan kini berada di salah sebuah
pulau di perairan Filipina.
Jalaluddin turut menegaskan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah
(Esscom) sedang berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan
keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi.
No comments:
Post a Comment