Posted on Monday, May 25 @
17:10:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenjualCendol
Berita
Sikap keberatan Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR
Datuk Seri Wan Azizah Ismail menunjukkan kecenderungannya terhadap Umno, kata
DAP.
“Bukan sahaja tidak hadir ke
kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau malah tidak menyatakan
sokongan terbuka kepada Wan Azizah.
“Ini menunjukkan walaupun tubuh
badan beliau masih bersama Pakatan, hatinya sudah bersama Umno,” katanya kepada
pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Guan Eng berkata demikian ketika
diminta mengulas amaran ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa Pakatan mungkin
tidak wujud selepas dua minggu akan datang.
Kit Siang dipercayai merujuk kepada
pemilihan PAS awal bulan depan yang Hadi dilihat masih berpeluang mengekalkan
kemenangan.
Hadi buat pertama kali dalam 13
tahun pentadbirannya berdepan cabaran oleh tokoh ulama PAS Perak Ahmad Awang.
Guan Eng berkata perpecahan boleh
berlaku tetapi mungkin mengambil masa lebih daripada dijangkakan Kit Siang,
yang juga bapanya. - MK
No comments:
Post a Comment