16 MEI: Polis belum dapat
mengesahkan identiti kumpulan yang menculik seorang lelaki dan seorang wanita
di Restoran Ocean King di Sandakan tetapi percaya ia dilakukan oleh ‘orang
dalam’.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, polis percaya kumpulan militan
Abu Sayyaf dari Filipina turut terlibat.
“Setakat ini, belum
ada panggilan atau tuntutan wang tebusan daripada pihak penculik,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Penyampaian Anugerah Pingat Kedaultan
Negara kepada kakitangan Jabatan Penjara Sarawak dan Sabah di ibu pejabat
Jabatan Penjara Sarawak di Jalan Puncak Borneo pada Sabtu.
Wan Junaidi berkata, polis masih
menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat perisikan mengenai kes itu.
Katanya, bukan mudah bagi pihak
berkuasa keselamatan untuk mengawal pantai Sabah
sepanjang 1,400 kilometer.
“Namun, markas Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bekerja keras untuk meningkatkan
keselamatan di sepanjang kawasan pantai,” katanya.
Kelmarin, empat lelaki bersenjata
menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan
disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.
Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar
pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45
malam itu.
Seorang lagi mangsa ialah Bernard
Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja
sebagai perunding elektrikal di Kemboja.
Penculikan itu adalah yang
pertama dilaporkan di Sabah tahun ini dan ia berlaku semasa perintah berkurung
dikuatkuasakan dari senja ke subuh yang meliputi 10 daerah dalam kawasan ESSCOM
termasuk Sandakan .
Sumber: http://www.bnbbc.my/?p=47170
No comments:
Post a Comment