NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 15 March 2016

LIOW TIONG LAI PENGLIPUR LARA MH370 TAHUN KE-2 PENYOROKANNYA



Para penglipur lara yang pernah beraksi sepanjang 24 bulan yang lalu kini semakin senyap; lenyap dan hilang. Pelaku-pelakunya pula senentiasa berubah watak, gaya dan memek muka. Barangkali kerana musim  kemarau telah mendukacitakan suasana semasa yang kini dihirup oleh bahang panas, melenyapkan cerita sebenar tentang MH370 kerana disedut oleh jin Lautan Hindi yang bernafsu menyedut duit-duit amanah bangsa dan terkapai-kapai terdampar dipelbagai tempat. Terkini diberitakan besi buruk ditemui di Mozambique dan Madagascar berhampiran dengan pulau kesayangan Perancis  ‘Reunion Island’, terletak di antara kawasan fatamorgana dan ilusi-ilusi kedajalan.


Ia barangkali kerana tahun ini adalah Tahun Monyet Api menjadikan persekitarannya panas membara kerana bunyinya api. Maka wajarlah plot sesuatu cerita itu dimuktamadkan kerana setiap ulang tahun pencarian penyorokan MH370 yang kosong-kosong itu kerap diwarnai dengan pembuangan besi-besi buruk dipelbagai kawasan lalu dikutip semula besi-besi buruk itu untuk dijustifikasikan sebagai ianya MH370 yang disorok pada 8 Mac 2014. Walau bagaimanapun filemnya belum dimuktamadkan dan diedit secara serius untuk dipersembahkan kepada umum sebagaimana abang-abang Yusuf mempersembahkan pembuktian kepada ayah mereka Yaakub tentang kehilangan yusuf di dalam pengawasan mereka.

Sekelian golongan dungu-dungu meratib ilusi-ilusi kedajalan dengan besi-besi yang di buang dipelbagai tempat itu dan dikumpulkan semula untuk dicantumkan seperti puzzle supaya menjadi suatu cerita kartun abad ini. Budak-budak suka kepada permainan puzzel. Orang dewasa pun ramai juga yang suka bermain puzzel. Moga-moga golongan dungu-dungu memahami kedunguannya.

Kita nak lihat bagaimana percambahan minda di bilik-bilik berhawa dingin di ‘far-far away’ dapat membuktikan bahawa pusaran arus kuat Lautan Hindi tidak menghancur lumatkan besi-besi buruk itu kerana kuasa magis kedajalan dapat memikir kaedah-kaedah plot kedajalan mereka agar mudah difahami ketika merumuskan episod akhirnya.

Adakah pelajar-pelajar tadika lebih cerdik daripada golongan dungu-dungu? Satu soalan cepu emas.

MH370 melambai-lambai Amerika. Manakala MH17 ditembak, sehingga kini tiada pembelaan. 

Persoalannya ialah, apakah kedua-duanya berkaitan? Barangkali Amerika  ada jawapannya. Tanyalah soalan kepadanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”