NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 19 January 2017

AMERIKA, MH370 DAN KEDAJALAN



Amerika sukar menangani MH370 kerana ia tidak ditemui di Lautan Hindi yang dihuni oleh kelompok jin. Jinnya pula jenis spesis lautan dalam yang berkomunikasi dengan manusia di tanah-tanah besar melalui satelit.

Walau bagaimanapun, satelitnya lumpuh ketika penyorokan MH370 dirancang rapi pada ketika waktunya di Malaysia malam hari, dan di Amerika siang hari - terang benderang dengan pancaran matahari yang menyinari buminya.

Amerika melambai-lambai MH370 kerana sukar baginya menyelesaikan masalah penumpang-penumpangnya yang terlena semasa penyorokan merancangkan kedajalan pada 8 Mac 2014.

Suasana sunyi membuai insan-insan mulia didakap mimpi-mimpi di atas awan putih yang diterangi oleh bintang-bintang bertaburan  gemerlapan menambahkan lagi pandangan langit cantik menawan.

Barangkali, sukarnya  menangani MH370 kerana suatu ketika Amerika berkolaborasi dengan Turki dan kini Turki berkolaborasi pula  dengan Rusia. Barangkali juga Kudeta Turki ada ceritanya.

Manakala pejuang-pejuang Daulah Islamiyah semakin memantapkan pasak-pasak mereka di Suriah.

Afghanistan masih melambai-lambai Amerika.

Provokasi di Eropah Timur wajar diteruskan kerana ada nilai ekonomisnya di sana.

Rusia pula semakin menyerlah.

Manakala rakyat Amerika berada dalam dua kelompok; bersetuju atau menolak secara nyata presiden baru mereka?

Ia juga semakin sukar kerana MH17 ditembak diruang udara Ukraine.

Dengan tidak semena-mena Amerika menuduh pejuang-pejuang Donetsk dan Luhansk menembaknya menggunakan peluru berpandu buk, lalu Rusia dipersalahkan kerana proksi kepada pejuang-pejuang tersebut.

Rusia pula mendedahkan bahawa terdapat pesawat pejuang melakukan aksi penembakan dengan melakarkan plot grid dan kontur lingkungan penembakan.

Amerika membalas pendedahan Rusia itu dengan melakukan ilustrasi pergerakan penembakan buk.

Sebagai benarnya tuduhan Amerika kepada Rusia, maka ia berpakat dengan NATO mengenakan sekatan demi sekatan melalui proksinya kepada Rusia.

Amerika dalam ilusi-ilusi kehidupannya senyap membisu kerana ilusi-ilusi pencarian MH370 lopong sebagaimana melompong dan lopongnya pencarian dikawasan yang kosong-kosong.

Puncanya kerana duit nampak dihadapan.

Kedajalan pula mendungukan.

Sehingga hari ini persoalan MH370 dan MH17 masih terbuka untuk dibahaskan kerana golongan dungu-dungu mendungukan diri mereka sendiri.

Mungkah Amerika akan meneruskan tabiat mendajalnya selepas berketuakan presiden baru?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”