NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 30 July 2013

Zakat Dan Asnafnya


A103


“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Q.S. at-Taubah: 103)


Zakat1 adalah sumber bersih daripada hasil2 yang diperolehi oleh golongan kaya tawaduk dan dikeluarkan untuk kemaslahatan umat Islam yang dinyatakan dalam surah at-Taubah ayat 60. Pembayaran wajib dizakatkan sebanyak 2.5 peratus daripada hasil bersih yang diperolehi. Allah s.w.t. memberkati golongan pembayar zakat, pengurusannya3 dan penerima zakat4. Dengan hasil zakat dapat digerakkan sistem pemerintah dengan adil dan saksama serta membangunkan umat dengan gemilang5

Firman Allah s.w.t.:


A060


“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Q.S. at-Taubah: 60)

Fakir ( papa kedana ): Orang Islam yang tidak memiliki sumber pendapatan atau harta untuk dicagarkan bagi memenuhi keperluan hidup diri dan tanggungannya pada ketika pernilaian dilakukan. Permasalah itu akan kekal selagi sumber-sumber pendapatannya berterusan pada paras kepapaan daripada keperluan harian asasi diri dan tanggungannya. Kehidupan tidak berubah-ubah. Fakir tegar.

Miskin ( miskin papa ): Orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan dan harta. Walaupun mempunyai sumber pendapatan tetapi hanya memenuhi sebahagian keperluan harian asasi dirinya dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan tanggungannya. Secara umumnya tidak mencukupi untuk keperluan diri dan tanggungannya.

Amil ( mengurus zakat ): Orang Islam yang bekerja mengurus tadbir sumber zakat sama ada individu, organisasi atau negara meliputi kaedah pengutipan, agihan dan menentukan peruntukan yang wajar diberikan kepada asnaf yang menerimanya kerana mereka diamanahkan menjaga keperluan maslahat umat.

Mualaf ( dijinakkan hatinya untuk memahami Islam ): Orang Islam yang baru memeluk Islam. Orang Islam yang terpinggir. Masyarakat yang terasing dari seruan Islam dan dijinakkan hatinya. Kencenderungan hatinya diharap untuk Islam. Mereka yang belum kukuh Islamnya. Mualaf di kategorikan kepada dua (2) kelompok:

i.  Golongan Muslim:
   a. Orang yang baru memeluk agama Islam.
   b. Orang Islam yang terpinggir/terasing daripada amalan/fahaman Islam 
   c.  Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap imannya tetap  
       masih dan/atau berpengaruh dan/atau yang mempunyai hubungan baik 
       dengan ketua ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.
                
ii. Golongan Kafir:
   a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.
   b. Kecenderungan tindakannya berpihak kepada Islam.
   c. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

Al-Riqab ( hamba ): Orang Islam yang memohon suaka dimerdekakan daripada cengkaman perhambaan atau penaklukan oleh orang kafir. Perhambaan meliputi: menjadi hamba secara fizikal dan mental, terbelenggu oleh kejahilan, ditawan kerana ada nilai tukaran kepada diri dari kelompok orang Islam,  membebaskan golongan lemah dari cengkaman orang-orang yang berkuasa, pembebasan dari perhambaan ekonomi, politik, pengusiran, peperangan dan sebagainya. Contoh dalam negeri seperti along/ceti, riba dan menggerakkan ekonomi rakyat.

Al-Gharimin ( berhutang ): Orang Islam berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi kemaslahatan diri, tanggungan atau masyarakat yang memerlukan tindakan segera. Contohnya: Penjamin hutang, keperluan asasi dan kemaslahatan diri dan tanggungan.

Fisabilillah ( berjuang pada jalan Allah ): Orang Islam atau kelompok yang melibatkan diri dalam kebajikan, dakwah, mendaulat,  menegak dan mempertahan agama Islam. Mereka tidak berganjak dalam menjulang keunggulan Islam diletakkan dipersada gemilang. Contohnya: mujahid, pendakwah, organisasi dakwah, madrasah/pondok/sekolah.

Ibnussabil ( musafir terkandas ): Orang Islam dalam perjalanan bagi maksud-maksud mengimarahkan syiar Islam, menziarahi tok-tok guru/pakar-pakar strategi, berdakwah, berniaga, rakan taulan, keluarga, ziarah/lawatan dari mana-mana negeri atau negara yang terputus sumber kewangannya.

Firman Allah s.w.t.:


A273



“Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. (Q.S. al-Baqarah: 273)


Pautan yang berkaitan: http://ms.wikipedia.org/Zakat
                                      http://www.e-zakat.com/Lembaga Zakat Selangor
                                      http://www.ukm.my/Mengapa Masyarakat  Islam Tidak Berpuas Hati?
                                      http://albakaky.wordpress.com/Faqir Miskin Dalam Asnaf Zakat

Nota kaki:

1. Perlaksanaan kutipan dan pengagihan zakat ditentukan oleh negeri-negeri umat Islam dengan tujuan untuk kemaslahatan masyarakat setempat yang diluluskan oleh ‘ hukum syara' ’ menurut negeri-negeri. Sebagai contoh: zakat dari negeri A hanya untuk orang negeri A sahaja dan kalau ada tempias pun masih teragak-agak menyalurkan bantuan walaupun penduduk negeri umat Islam lain menjerit batinnya mengharapkan simpati disebabkan oleh belenggu kemiskinan, kos kehidupan meningkat, pengusiran dan seterusnya tetapi bagi negeri yang kaya seperti Arab Saudi tiada batasan pengagihan zakatnya melimpahi seluruh penjuru alam.

2. Di samping sumber zakat, hasil daripada sumber-sumber lain juga wajar digunakan untuk memperkuat, memanfaat dan menggerakkan umat supaya kekesalan tidak berlaku jika diperap tanpa aktiviti ekonomi domestik.


3. Amil wajar diberi imbuhan yang setimpal dengan kerja-kerja mereka kerana pendapatan yang 'cukup makan' memberi ruang untuk orang tengah memanipulasi keadaan yang akhirnya keikhlasan bertukar kepada 'peluang, ruang dan harapan'. Jika perlu diberi bonus 12 bulan gaji, berilah kerana skim gaji yang sedia ada berada pada paras maksimum, masih lagi membelenggu kehidupan sedangkan peluang boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya telah diberi imbuhan yang selesa dan 'tabiat mengambil peluang' berlaku juga maka mereka yang terlibat hendaklah dipecat serta merta kerana kelayakannya sebagai amil terbatal.

  
4. Dalam pengagihan zakat wajar juga diadakan suatu pernilaian semula kepada sistem agihan dan penerima  supaya sumber zakat yang ada dapat dimanfaatkan semaksimumnya. Dibangunkan golongan asnaf yang berpotensi melalui latihan-latihan kemahiran intensif, penghasilan produk-produk hiliran dimantapkan, kegiatan-kegiatan huluan dimanfaatkan, melantik perunding-perunding berwibawa prihatin, merancang dan menentukan keperluan makanan dengan penglibatan dalam negeri bagi meminimumkan kos kehidupan asasi masyarakat. Yang akhirnya mengelak krisis makanan yang membelenggu isi rumah berpendapatan rendah dan mengurangkan kadar inflasi khususnya dalam barangan keperluan asasi.

5. Sesungguhnya Allah s.w.t. merahmati golongan yang saling berkasih sayang kerana Allah dan rasulNya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”