ISU SEMASA: MAS akan
buang 14000 kakitangannya
Home » ISU PANAS » ISU SEMASA » malaysia »
KUALA LUMPUR: Antara perkara paling utama dalam pelan
pengstrukturan semula 12 perkara yang diumumkan oleh Pengarah Urusan Khazanah,
Tan Sri Azman Mohktar hari ini adalah penubuhan syarikat baru (NewCo) dimana
akan menjadi ‘rumah’ baru buat syarikat ‘MAS’ lama dengan perpindahan 14,000
kakitangan. Proses perpindahan itu yang termasuk operasi, aset dan liabiliti
dari “MAS lama”(OldCo) kepada NewCo akan disempurnakan menjelang 1 Julai tahun
2015.
Penstrukturan semula syarikat penerbangan negara Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) bakal
meyaksikan syarikat bermasalah itu akan mengurangkan tenaga kerjanya dari 20
ribu kaki tangan kepada 14 ribu orang, pengurangan 30 peratus dari tenaga kerja
sedia ada.
Dari 6,000 pekerja yang akan dihentikan perkhidmatan mereka,
3,500 daripadanya akan ditawarkan pekerjaan di bawah anak-anak syarikat
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sementara selebihnya akan ditawarkan Skim
Perpisahan Sukarela (VSS).
Syarikat NewCo mensasarkan untuk kembali meraih keuntungan
dalam tempoh tiga tahun dari tarikh OldCo dinyahsenarai yang disasarkan akan
berlangsung akhir tahun ini. NewCo akan menyaksikan perubahan kepada model
perniagaan untuk mengambil kira struktur kos operasi yang lebih rendah selain
melihat penjimatan dari usaha rundingan semula dan kontrak pembekalan termasuk
pelaksanaan kos buruh yang akan kembali mengfokuskan kepada laluan serantau
yang lebih menguntungkan berbanding kepada laluan jarak jauh yang tidak
menguntungkan.
Di bawah pelan terbabit yang akan dilaksanakan dalam tempoh
enam bulan, Khazanah akan memperuntukkan RM6 bilion dalam bentuk dana pelaburan kepada NewCo secara
berperingkat-peringkat dan syarat yang lebih ketat untuk tempoh tiga tahun.
NewCo juga mensasarkan untuk kembali menyenaraikan kembali
MAS dalam tempoh tiga sehingga lima
tahun, iaitu dianggarkan dapat dicapai pada akhir 2017 sehingga akhir 2019.
Dari segi kepimpinan syarikat pula, Ahmad Jauhari Yahya akan
terus menerajui syarikat OldCo sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sewaktu tempoh
peralihan selama 10 bulan sehingga 1 Julai 2015, tarikh dimana NewCo disasarkan
untuk mula beroperasi.
Turut diumumkan, lembaga pengarah OldCo akan tetap
beroperasi seperti biasa sehingga satu tempoh yang akan dimumkan kelak.
Khazanah juga akan mula mencari individu yang bakal mengisi
jawatan Ketua Pegawai Eksekutif NewCo dengan calon-calon akan dipilih dari
bakat tempatan dan antarabangsa yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang
penerbangan global. Pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang akhir
tahun ini.
No comments:
Post a Comment