NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 12 June 2013

Bila Bayi Menangis



Sinopsis: Catatan ini adalah cetusan daripada peristiwa seorang bayi lelaki tersangkut di dalam lubang kumbahan/tandas pada 25 Mei 2013M bersamaan 15 Rejab 1434H (Sabtu) di daerah Pujiang, bandar Jinhua, wilayah Zhejiang, China. Kebiasaannya bayi-bayi yang terlibat dalam suasana seperti itu akan menemui ajalnya; tetapi tidak pula bagi bayi di Pujiang itu.  Melalui catat ini didoakan semoga bayi tersebut sihat, mendapat lindungan Allah s.w.t. dan menjadi insan di antara golongan pendakwah dan mujahid. Amin.

Bayi adalah suci bersih daripada dosa-dosa. Begitu juga kanak-kanak, mereka juga terlepas daripada dosa-dosa. Apakah dosa yang mereka lakukan sehingga dibunuh, dipulau dan dipinggarkan oleh masyarakat? Atau masyarakat memahami bahawa apabila ibu bapanya berdosa maka anak-anak juga turut terpalit dengan dosa-dosa mereka. Barangkali keadilan hanya diakui oleh mereka yang menguasai penguatkuasaan undang-undang. Siapa berkuasa, kuat dan berharta mereka adalah penegak keadilan? Sebaliknya simiskinan adalah pembawa kesialan dan berada di bawah kongkongan dan kangkangan. Benarkah tafsiran keadilan ditentukan oleh segelintir makhluk rakus, dan/atau penegak kedamaian sejagat? Semoga kita digolongkan antara makhluk penegak kedamaian sejagat.

Bayi akan mengadu dengan pelbagai perlakuannya tatkala menghadapi sesuatu situasi, antaranya ialah;

Bila tersangkut dalam lubang kumbahan menangis.
Bila tersepit menangis.
Bila baru lahir menangis.
Bila lapar menangis.
Bila susu menjadi kelat menangis.
Bila susu ibu berubah rasa disebabkan perubahan naluri ibunya menangis.
Bila susu tak sesuai menangis.
Bila sukatan susu tak seimbang menangis.
Bila susu panas menangis.
Bila susu sejuk menangis.
Bila susu basi menangis.
Bila rimas menangis.
Bila tersedak menangis.
Bila berak menangis.
Bila sembelit menangis.
Bila kencing menangis.
Bila sukar kencing menangis.
Bila sakit menangis.
Bila badan ruam panas menangis.
Bila demam cecair menangis.
Bila kembung perut menangis.
Bila sakit perut menangis.
Bila demam panas menangis.
Bila kesejukan menangis.
Bila kepanasan menangis.
Bila suasana bising menangis.
Bila terjaga menangis.
Bila keadaan gelap tiba-tiba terang menangis.
Bila tidak selesa menangis.
Bila berpeluh menangis.
Bila berlaku perubahan cuaca menangis.
Bila cuaca panas menangis.
Bila cuaca sejuk menangis.
Bila ditinggalkan menangis.
Bila beralih tempat menangis.
Bila bersendirian menangis.
Bila tumbuh gigi sulung menangis.
Bila terperanjat menangis.
Bila mengantuk menangis.
Bila bangun tidur menangis.
Bila sendawa menangis.
Bila tercucuk menangis.
Bila diherdik menangis.
Bila diperli menangis.
Bila letih menangis.
Bila dileter menangis.
Bila terhidu bau badan ia tak biasa menangis.
bila dimandikan menangis.
bila dipakaikan baju menangis.
bila dipakaikan lampin menangis.
bila dipakaikan pampers menangis.
Bila digendong menangis.
Bila didukung menangis.
Bila disenget menangis.
Bila dilambung-lambung menangis.
Bila dicubit menangis.
Bila dipukul menangis.
Bila disengat menangis.
Bila kulit gatal menangis.
Bila digigit menangis.
Bila digigit nyamuk menangis.
Bila dikasari menangis.
Bila dibenci menangis.
Bila dicerca menangis.
Bila terhidu tumisan berlada menangis.
Bila ibunya bermasalah menangis.
Bila bapanya bermasalah menangis.
Bila ibu bapanya bermasalah menangis.
Bila ibu bapanya bertengkar menangis.
Bila menghidu disayangi meninggalkannya menangis.
Bila merasai yang disayangi meninggalkannya selama-lamanya menangis.
Bila ada gangguan-gangguan menangis.
Bila ada gangguan jin dan syaitan menangis.
Bila ada hembusan angin jahat menangis.
Bila lagi ia menangis.
Bila keserasian dan nalurinya tersekat ia pun menangis.

Bila pula bayi berada  dalam keadaan sebaliknya ialah apabila ia berada dalam suasana  aman, selesa, tenteram dan keperluan perutnya disediakan mengikut jadual.

Had bayi apabila ia mula berjalan maka statusnya telah menjadi kanak-kanak. Kanak-kanak pula apabila ia boleh mengendalikan dirinya di dikenali mumayyiz selepas itu menjadi akil baliqh. Selepas Mumaiyz maka makamnya meningkat ke alam remaja. Keremajaan adakalanya cepat matang disebabkan oleh persekitaran dan pergaulan yang mempengaruhi sifat keanak-anakannya.

Dalam keadaan ibu bapa yang hanya memiliki seorang anak; anak itu adalah raja bagi mereka. Ia bukan sahaja berlaku di negara-negara yang padat penduduknya, masalah ekonomi, persaingan, undang-undang yang mensyaratkan kelahiran dan pelbagai kekangan, tetapi yang pasti memang terdapat individu menginginkan seorang anak sahaja. Di kalangan umat Islam digalakkan memiliki anak ramai namun hanya dikurniakan anak seorang sahaja atas pelbagai sebab musababnya. Ada kalanya langsung tiada zuriat. Bagi mereka, anak itu adalah inspirasi, jantung hati, tempat bermanja, berhibur, bermain-main dan sayang yang amat disayangi. Apa sahaja kehendak anak itu sedaya upaya akan ditunaikan. Tiada kata sanggahan. Ibu bapa menjadi gusar jika rajanya muram dan bersedih. Kesusahan, kesukaran dan masalah yang menimpa anaknya dirasai sama seolah-olah terkena mereka juga.

Ibu bapa yang bertanggungjawab ialah mereka yang merasai keperluan dan kehendak anaknya menurut didikan yang telah diberikan kepadanya. Pendidikan bagi kanak-kanak bermula dengan lahirnya bayi  sehinggalah ia berkahwin. Proses pendidikan berterusan walaupun kanak-kanak telah melangkau di alam remaja, bernikah dan beranak-pinak. Kesinambungan pendidikan hanya berakhir setelah ajalnya menemui Allah s.w.t..

Bagi ibu bapa yang prihatin kepada anak-anaknya; pendidikan tauhid dan syariat Islam adalah tonggak kehidupan. Tanpa pendidikan tersebut pelbagai anasir boleh menyusup, meresap, menusuk jantung, merosak dan mempengaruhi naluri, nafsu dan akal yang akhirnya akan menjahanamkan kehidupan. Dengan kefahaman tauhid yang tepat, benar dan lahir daripada keikhlasan akan melahirkan insan yang membawa kepada kedamaian. Ucapan tahniah dan syukur kepada ibu bapa yang tabah menghadapi kesukaran dunia dengan kesabaran.

Catatan ini diilhamkan selepas salat Maghrib dan sebelum menunaikan salat Isyak di Masjid Jamek Sentul, Jalan Haji Salleh, Kuala Lumpur. Semoga ianya bermanfaat. Amin Ya Rabbal Alamin.

11 Jun 2013M bersamaan 2 Syaaban 1434H (Selasa).     




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”