NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 27 December 2012

Salam Tahun 2013 Masihi


SINAR 2013 akan menjelang beberapa hari lagi manakala tahun 2012 akan menguncup dan melabuhkan tirainya; seterusnya menghilang ditelan masa. Rekodnya akan dijadikan catatan lembaran sejarah, itu pun jika tercatat rekod yang baik untuk dipelajari oleh anak-cucu kita, walau bagaimanapun, saat yang telah terlepas tidak akan kembali lagi sebagaimana dinyatakan oleh Imam Asy Syafi’i rahimahullah:


“Aku pernah bersama dengan orang-orang sufi. Aku  tidaklah  mendapatkan  pelajaran  darinya selain dua perkara:

 Pertama, dia mengatakan bahwa waktu bagaikan pedang, jika kamu tidak memotongnya (memanfaatkannya),  maka  dia  akan memotongmu.
Kedua, jika dirimu tidak tersibukkan dengan perkara-perkara yang baik (haq), pasti akan tersibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia (batil).”

Berkata pula Imam Hasan Al Bashri:


“Wahai manusia, sesungguhnya kalian hanyalah kumpulan hari. Tatkala satu hari itu hilang, maka akan hilang pula sebahagian dirimu.”

Firman Allah Taala:


A011


“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”

Sepanjang tempoh 2012 beberap peristiwa besar telah berlaku antaranya peristiwa bersilih gantinya beberapa pemerintahan terutamanya di dunia Arab, bukan sahaja melibatkan pemerintahan tetapi yang penting tertolaknya ideologi lapuk dan digantikan oleh pemerintahan yang mengambilan pendekatan ‘wasatiyyah’ bertunjangkan Islam. Antara negara-negara yang terlibat seperti Tunisia, Libya dan Mesir.

Manakala di Syria, kini sedang berlaku pertempuran sengit di antara pemerintahan keluarga Assad dengan Pejuang Pembebasan Syria (FSA). Pertempuran bukan hanya berlaku di kawasan tertentu sahaja tetapi merata dipelbagai medan sehingga merentas sempadan Negara.

Jika tepat maklumat daripada pelbagai sumber menunjukkan bahawa para pejuang pembebasan Syria sedang mengasak selangkah demi selangkahmenguasai bumi Syria.

Di mana  sahaja jika berlaku penindasan, pilih kasih, utamakan kroni, tekanan yang berterusan kepada kehidupan dan ajaran Islam maka sampai ketikanya kebangkitan ummah akan berlaku. Barangkali boleh diungkapan sebagai revolusi atau kebangkitan rakyat ke arah keadilan.

Pengajaran daripada peperangan Israel-Hamas dalam tempoh lapan hari baru-baru ini menjadi contoh yang menarik dan mungkin menjadi kajian bahawa tidak pernah berlaku dalam sejarah serangan bertubi-tubi yang pernah dilakukan oleh Israel telah dibalas pula dengan beratus-ratus peluru berpandu oleh Hamas, menghujani Israel sehingga ramai penduduknya kecut, ketakutan dan lari lintang pukang termasuk askar dan perdana menterinya. Dahsyat.  Kita berharap semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan persediaan serta persiapan untuk menghadapi hari esok yang belum pasti perlu difikirkan kerana harta yang menggunung apabila telah terlepas ia tidak berguna lagi. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna. Salam Maal Hijrah. Allahu Akhbar


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”