NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 19 September 2013

["Kudeta Telah Gagal", kata Penganalisa Tentera]


Oleh: MesirKini

Seorang penganalisa tentera yang disegani menyebut bahawa kudeta di Mesir "telah gagal" selepas hanya dua bulan Presiden Mursi digulingkan. Jeneral Safwat El-Zayat menekan bahawa demonstrasi anti-kudeta di seluruh negara jelas menunjukkan kerajaan kudeta tidak mampu meyakinkan rakyat Mesir akan tindakan mereka melawan arus demokrasi negara ini.

Oleh kerana itu, menurut El-Zayat, bermakna Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi mempunyai pilihan samada mengarahkan pasukannya untuk membunuh lebih ramai pembantah sehingga mereka tidak lagi kembali ke jalanan, satu pilihan yang didakwa dibangkang ramai pegawai tentera; atau libatkan pasukan bersenjata di kawasan lain untuk menarik perhatian media daripada demonstrasi pro-demokrasi yang semakin mendapat sokongan padu.

Bantahan yang berterusan ini merupakan mimpi buruk buat Al-Sisi dan mereka yang bersekongkol dengannya. Kaherah dan Iskandariah sahaja menyaksikan 42 perarakan setakat ini, sementara Jumaat lalu menyaksikan perarakan di bandar-bandar yang baru memulakan aktivisma awam, seperti Abu El-Matamir, El-Mahalla, Suez, El-Wadi El-Jadeed dan kota-kota di Laut Merah.

Oleh sebab itu, operasi ketenteraan di Sinai dan kawasan-kawasan lain dirangka untuk memprovokasi pihak militan untuk bertindak balas dengan keganasan, bagi mewajarkan tindakan keras penuh kezaliman rejim kudeta ke atas demokrasi. Hal ini juga untuk mengalihkan perhatian tentera-tentera daripada situasi politik; ketika mereka sibuk "menentang keganasan", politik akan menjadi sesuatu yang kabur dan tidak menjadi keutamaan.

Tambahan pula, Jeneral El-Zayat percaya, pihak tentera akan terpaksa mengambil tindakan dalam masa terdekat bagi menghentikan keberantakan dalam negara. Ekonomi hampir diambang keruntuhan dengan sedikit peluang untuk pulih, tidak kurang disebabkan oleh kudeta dan tindakan keras mereka terhadap ribuan yang berdemonstrasi menentangnya setiap hari. "Meskipun mereka berusaha keras untuk menutup fakta ini," beliau menyimpulkan, "realitinya kudeta Al-Sisi telah gagal mencapai matlamatnya."

Sumber : Middle East Monitor
#mesirkini
#R4BIA

 --------------------

Coup has failed, says military analyst

Wednesday, 18 September 2013 14:31
645  246    5  900

Safwat ZayatGeneral Safwat El-ZayatA respected military analyst has said that the coup in Egypt "has failed" just two months after the overthrow of elected President Mohammed Morsi. General Safwat El-Zayat noted that anti-coup demonstrations around the country suggest that the coup authorities have not been able to persuade the Egyptian people of the need for the action that they took against the democratic will of the nation.

This, claims El-Zayat, means that General Abdel Fattah Al-Sisi has the choice of either ordering his forces to massacre more protesters until they stay off the streets, an option rejected by many army officers, it is alleged, or get the armed forces involved elsewhere to distract media attention from the growing support for pro-democracy demonstrations.
The ongoing protests are a nightmare for Al-Sisi and his co-conspirators. Cairo and Alexandria alone have witnessed 42 marches so far, while last Friday saw many protests in cities new to such public activism, such as Abu El-Matamir, El-Mahalla, Suez, El-Wadi El-Jadeed and the Red Sea towns.

The military operations in Sinai and other areas are thus designed to provoke militant groups to respond with violence, which will serve as a justification for the coup regime's brutal crackdown on democracy. It will also divert soldiers' attention from the political situation; when they are "fighting terrorism" politics as such pales into relative insignificance.

Moreover, believes General El-Zayat, the army will shortly be forced to take action to stop the country falling apart. The economy is near-collapse with little hope for recovery, not least because of the coup and its repercussions against which thousands are demonstrating on a daily basis. "Despite its best efforts to disguise the fact," he concluded, "the reality is that Al-Sisi's coup has failed in its objectives."

- See more at: http://www.middleeastmonitor.com/news/africa/7419-coup-has-failed-says-military-analyst#sthash.jVwC2dG8.dpuf



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”