NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 10 September 2013

Nabi Sulaiman a.s. dengan seekor semut


Diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal bawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah menyatakan di hadapan para sahabatnya tentang maksudnya untuk berkahwin dengan seorang wanita Mekah.

Pada keesokan harinya para sahabat berkumpul untuk menyiapkan keperluan-keperluan untuk majlis pernikahan itu.

Para tetamu  berduyun-duyun datang meraikan majlis tersebut tetapi persediaan jamuan untuk walimatulurus hanya sedikit sahaja.

Di antara  para sahabat membicarakan tentang persediaan itu.

Semasa mereka membicarakan perkara itu, Nabi s.a.w. sedang salat. Setelah Baginda s.a.w. selesai salat maka Rasulullah s.a.w. pun menemui para tetamu. Tiba-tiba Nabi s.a.w. bertanya:

“Wahai sahabatku semua, apakah yang kamu mengumpat tadi?”

Maka mereka menjawab:

“Masalah rezeki, Ya Rasulullah.”

Maka jawab Baginda s.a.w.:

“Belum pernahkan saya menceritakan kepada kamu suatu kejadian yang telah diceritakan oleh Jibrail a.s.  kepadaku?” Tanya Rasulullah.

Setelah itu Baginda s.a.w. pun berceritalah suatu peristiwa tentang Nabi Sulaiman a.s. dengan seekor semut:

“Sahabatku, Nabi Sulaiman sedang salat di tepi pantai. Tiba-tiba di hadapannya lalu seekor semut yang membawa sehelai kertas hijau. Nabi Sulaiman kehairan melihat tingkah laku semut. Nabi Sulaiman a.s. semakin bertambah kehairannya kerana tiba-tiba semut itu melengking keras sekali. Setelah selesai semut itu melengking, beberapa minit kemudian dari arah laut muncul seekor katak berenang menuju ke arah semut itu. Katak itu menjemput semut yang berada di tepi pantai itu. Semut kemudian naik di atas punggung katak lalu membawanya menyelam bersama-sama. Beberapa saat kemudian terlihatlah semut muncul di permukaan air bersama-sama dengan katak tadi. Kejadian itu menambah keingintahuan Nabi Sulaiman a.s. mengenainya.
                 
Baginda a.s. pun bertanya:

“Hai semut, kemarilah!” panggil Nabi Sulaiman a.s.

“Baik, Ya Nabi Allah,” jawab sang semut patuh.

“Cuba ceritakanlah kepadaku keadaanmu tadi,” perintah Nabi Sulaiman a.s.

Semut dengan rasa rendah hati lalu menceritakan keadaan dirinya tadi.

“Ya Nabi Allah,” semut mula berbicara.

“Sesungguhnya di dasar laut sana ada sebiji batu besar. Di dalam batu itu hiduplah bermacam-macam ulat. Ulat itulah yang selalu menjadi rezeki saya setiap hari. Kemudian di dalam laut itu pula Allah s.w.t. menciptakan raja serupa katak. Katak itulah yang amat patuh menjemput saya dua kali sehari ke dasar laut.

Apabila saya telah sampai di dasar laut berhampiran batu besar itu, dengan aneh sekali batu tadi terbelah menjadi dua. Ulat-ulat di dalamnya kemudian keluar dan saya tinggal memakannya. Demikianlah Ya Nabi Allah, Rahmat Allah s.w.t. yang telah diberikan kepada saya. Saya selalu bersyukur atas  anugerah yang melimpah ruah dari Allah s.w.t..

Mendengar cerita semut itu Nabi sulaiman a.s. amat takjub mendengarnya. Benarlah bahawa rezeki tidak terfikir dan disangka-sangka bahawa semut yang hidupnya selalu di daratan itu tetapi rezekinya diperolehinya dari dasar laut.

Demikianlah ibarat orang yang selalu berprasangka baik kepada Allah s.w.t., bahawasanya Allah tidak akan membiarkan hamba-hambanya mati kelaparan yang penting mereka itu berusaha, berikhtiar dan berserah diri kepada Allah secara mutlak.

Maha Suci Allah yang telah mencipta makhlukNya tanpa melupakan rezekinya,” demikian semut mengakhiri ceritanya.

Tepatlah firman Allah s.w.t.:



" ... sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Q.S. At-Talaaq: 2-3)



A002
A003



“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” ( Q. S. At-Talaaq:2-3 )


-----------------------

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”