NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 10 October 2013

Ilmu




Ali bin Abi Talib r.a. berbicara tentang kelebihan ilmu:

Segala kemuliaan layak diberikan kepada ahli ilmu kerana memberi petunjuk hidayah kepada seseorang.

Kehebatan seseorang dilihat dari amalan terhadap ilmu diperolehi.

Orang yang bodoh memusuhi orang-orang berilmu.

Golongan penuntut ilmu tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Semua orang akan mati dan orang berilmu sahajalah yang hidup.

Orang berilmu redha dengan pemberian Allah melalui ilmu pengetahuaan, orang jahil memiliki harta.

Harta akan musnah dalam tempoh tertentu, ilmu kekal selama-lamanya.

Tidak layak mereka yang berakal bijak dan adab yang mulia  duduk di kampung.

Belajarlah dengan cara ia engkau akan mendapatkan ganti daripada apa yang telah ditinggalkan.

Bersusah payahlah kerana kesannya akan dikecapi setelah melaluinya.

Air akan menjadi rosak jika tidak mengalir. Ia juga akan berbau busuk.

Air yang bergerak ia akan menjadi bersih dan menyegarkan hidupan di sekitarnya.

Singa jika tidak keluar mencari kehidupan dia tidak akan mendapat mangsanya.

Anak panah jika tidak dilepaskan dari busurnya pasti tidak akan mengenai sasaran.

Matahari dan bulan jika berada pada kedudukan yang sama akan memeritkan dan membosankan.

Bulan purnama jika tidak silih berganti pastilah tidak akan dinantikan oleh orang yang menantikan.

Bijih emas, perak dan timah dianggap tanah biasa jika dibiarkan bertempiaran di tanah. 

Kayu cendana jika masih di hutan masih dianggap kayu biasa.

Jika terpisah dari kediamannya akan menjadi kuat perantauannya dan jika belayar ia akan menjadi mahal seperti emas.

Tuntutlah ilmu kerana seseorang itu bukan dilahirkan dalam keadaan alim.

Orang berilmu tidak sama dengan orang yang jahil.

Orang kenamaan/pembesar kerajaan jika tidak memiliki ilmu dia dianggap hina jika dia bersama orang ramai.

Seseorang kanak-kanak yang berilmu, lebih baik daripada manusia dewasa jahil.

Kelebihan ilmu banyak hanya boleh diraih oleh orang berakal.

Jika ilmu tidak diamalkan maka ia akan menjadi bala dan musibah kepadanya.

Mempelajari ilmu untuk mencapai kerdhaan Allah tetapi digunakan untuk mencari harta nescaya ia tidak akan merasai bau syurga pada hari kiamat.

Jika tidak menuntut ilmu ia akan menjadi hujah atas segala kesalahan dilakukan yang tidak diampunkan.

Diangkat sehingga semua orang menghormati dan mengenalinya.

Jika kita memahami ilmu, sesungguhnya akan dipercayai kata-kata seseorang (terutama) dengan apa yang diamalkanya.

Orang yang berilmu dipandang mulia walaupun ia lebih daripada keturunan yang tidak mulia.

Senentiasa diikuti dalam apa keadaan seperti pengembala kambing senentiasa diikuti oleh kambing-kambing peliharaannya.

Kalau bukan kerana ilmu pengetahuan seseorang tidak akan belajar.

Tanpa ilmu pengetahuan tidak diketahui perkara halal dan haram.

Celaka! Bagi orang-orang yang lahir pada waktu siang dan malamnya kerana mementingkan makan dan minum sahaja.

Orang yang belajar menuntut ilmu, Allah akan menyenangkan baginya jalan ke syurga.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”